Gilor la aku update entry ni kul 3 pagi... Hantu blog tul aku ni. wakaka... (Baru balik lepak ngan member kat kedai makan dier :P )
Aku rasa ramai yang tahu atau sedar akan perkara ni.... Atau tak ramai.... Lantak ler. Tapi sememangnya benda yang aku nak cerita ni mungkin boleh upkan traffik sebanyak 1% ke blog korang. Sikit gile :P
Tajuk entry. Sedar atau tidak tajuk entry sememangnya mampu untuk dijadikan magnet untuk menarik traffik ke blog korang. Tajuk entry ni aku bahagi kan kepada 2 skop la erk. 1 skop dari segi Onpage Optimization (SEO), satu lagi dari segi Offpage Optimization. Aku tak nak citer apa itu Onpage apa itu Offpage disini kay. Kalau aku cerita, berjela juga la aku mencarut karang. hahahaha
OnPage Optimization
Aku ngaku awal-awal la aku bukan pakar dalam bidang SEO. Tapi dari segi Onpage ni, tajuk akan memberi traffik dengan memasukkan keyword kedalam tajuk entry tu. Lagi satu tajuk entry jangan terlalu panjang. Mengikut spec yang dibuat oleh pakcik Google. Jumlah maksimum perkataan untuk tajuk adalah 60 perkataan sahaja termasuk space. Jika tajuk terlalu panjang, Google akan senaraikan 60 perkataan sahaja. So kurang SEO friendly disitu. Contoh tajuk : Pak Meon Nak Kahwin Lagi Satu Dengan Janda Kampung Sebelah Minggu Depan. Bila Search, tajuk korang yang akan keluar hanya 'Pak Meon Nak Kahwin Lagi Satu Dengan Janda Kampung Sebelah M' Minggu Depan dah hilang. Kalau kat URL pulak, jadi macam ni '/2011/02/pak-meon-nak-kahwin-lagi-satu-dengan.html' Andai kata Minggu depan tu Keyword korang macam mana? Rugi kan.
OffPage Optimization
Yang ni aku nak cerita ni. Pernah Ping entry blog kan? Ping ni bermaksud menyenaraikan blog korang kedalam satu-satu site. Bila Ping, entry dan description akan kuar. Kat ping site tu pulak, berlambak-lambak (banyak) blog orang lain. So disini la tajuk korang memainkan peranan. Tarik mata pembaca dengan tajuk yang gempak-gempak atau yang menimbulkan tanda tanya atau rasa ingin tahu pembaca tu. Aku sendiri kalau merayap kat ping site macam Gengblogger atau Innit, aku akan cari tajuk yang akan menarik untuk aku terjah blog tu. hohoho
Contoh, 'Redmummy Jana 12K Dengan Blog'. Edit sikit tajuk tu jadi menarik. 'Jana 12K Hanya Dengan Berblog?' Atau 'Tips Jana 12K Dengan Hanya Berblog' (Menarik ker contoh yang aku bagi ni. hehehe). Antara 3 3 tajuk tu mana yang membuatkan pembaca rasa ingin tahu? Kalau aku yang ke 3 tu kot. Macam Pengiklanan berbayar la atau Adwords (Yang ni saper yang pernah guna tahu la). Tajuk amat memainkan peranan penting untuk orang klik iklan tu. Samala dengan blog.
Tapi perlu diingat, jangan menipu pembaca. Menipu maksudnya disini tajuk lain, tapi isi kandungan lain. Tak ke rasa tertipu pembaca tu. Buang masa dia jer dia cakap karang kan. Sekali dua ok la, tapi kalau selalu, kena juga la sumpah seranah tu. hehe (Kalau kenakan orang macam mana pulak erk? Hmmm). Kalau boleh tajuk biar la selari dengan isi kandungan ok.
Kesimpulannya : Jadikan tajuk entry korang sebagai salah satu daya penarik traffik ke blog korang dan juga blog aku sendiri :P
Apa-apa pon terpulang la nak letak tajuk apa pon. Yang ni tips sahaja okayy....
Apa aku melalut merepek tahap Niyang Rapik tengah-tengah pagi ni??? Grrrr
Admin
3:55 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Rindunya aku nak buat entry pasal dunia blog ni..... 3 entry aku yang terakhir berkisar tentang isu semasa. Pemilihan Raya Kecil Dun Tenang dan Rusuhan di Mesir. Lebih suka entry pasal Rusuhan di Mesir. More to Humanity. Kena ambil peduli, tak terbayang kalau aku yang ada kat sana.
Apa kesilapan besar seorang blogger yang aku maksudkan? Aku tak nak cakap kesilapan ni kesilapan newbie atau orang lama, sebab tak tahu berapa lama diorang-diorang ni dalam dunia blog. Tapi kebanyakannya aku jumpa yang newbie la dan bermediumkan Blogspot.
Kesilapan BESAR....dan kesilapan yang sangat MERUGIKAN pada pandangan aku. Sapa yang aku terpetik nama dia tu jangan marah yer. Nak tegur jer, bukan nak marah pon :) Yang aku petik ni follower aku.
Tengok Screenshot dibawah :
Lihat screenshot yang ini pula :
Dari 3 gambar yang pertama dengan gambar terakhir, dapat tangkap 'kesilapan besar' yang aku maksudkan? Ya! 3 gambar yang pertama tu TAK ADA LINK UNTUK KE BLOG DIORANG. Sangat rugi dan buang masa. Rugi sebab orang lain tak dapat g ke blog diorang. Bertambah tambah tambah rugi ler kalau dia masuk ke blog aku ni atau blog saper-saper yang hanya jadi follower tapi tak komen. Memang orang lain tak dapat g ke blog korang dikkkk.... :P
Lagi satu teramatlah rugi kalau korang bagi komen yang mana setting pada komen blog tersebut disetkan kepada Users With Google Account Only yang mana kita tak dapat letakkan URL blog kita. Rugi dowh!!
Ada lagi beberapa follower aku yang setkan profile diorang dimana tiada link ke blog diorang. Aku petik tiga dah la yer. Yang aku petik tu kalau terbaca entry ni jangan marah pulak, aku tegur jer dan juga sebagai contoh. Ok la tu jadi model kan. hehe
Pastikan set profile korang supaya ada link korang k. Caranya :
1. Pergi ke Dashboard korang.
2. Klik Edit Profile
3. Klik pada select blog to display
4. Seterusnya select pada senarai blog korang yang korang nak paparkan dan link korang akan terpapar seperti ini didalam profile korang.
Jangan sia-siakan usaha blogwalking korang k :)
p/s : Jiwa aku tengah kacau bilau. Aku dalam dilema. Ya Allah, kuatkanlah hati ku :'(
Admin 12:05 PM New Google SEO Bandung, Indonesia

Masih berkisar tentang perkembangan rakyat/pelajar Malaysia di Mesir.
Laporan daripada Berita Harian 2 Feb 2011.
Air Asia menyediakan pesawat khas untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jedah, Arab Saudi. Pesawat A340 dan A330 yang boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan pesawat A320 sebagai transit untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terperangkap di negara bergolak itu. Pesawat yang mampu memuatkan penumpang seramai 180 orang itu akan membuat penerbangan 4 kali sehari itu akan memindahkan rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah sebelum dihantar pulang ke Malaysia dengan pesawat A330 dan A340.
Turut sama dalam operasi itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Selain pesawat Air Asia, tiga pesawat C-130 milik TUDM dan pesawat Malaysia Airlines Boeing 747 turut digunakan didalam operasi tersebut. Dianggarkan seramai 11000 rakyat Malaysia yang rata-ratanya adalah penuntut di Mesir dan tempoh untuk menghantar kesemua rakyat Malaysia ke Jeddah akan mengambil masa 5 hari iaitu 3000 penumpang setiap hari.
p/s : Lega rasanya...... Terima kasih kepada mereka yang terlibat didalam operasi ini.
p/s/s : Maklumat semasa tentang keadaan Warga Malaysia di Mesir ditubuh. Layari
Admin
10:12 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Rentetan daripada kejadian rusuhan di Mesir, seramai 6,000 pelajar di Universiti Al-Azhar diminta bersiap sedia untuk dihantar pulang ke Malaysia. Kata seorang pelajar Universiti tersebut, Kamarul Azwan Kamal Hizar, 24 ketika dihubungi Harian Metro.
Namun mereka masih menunggu keputusan daripada kerajaan Malaysia samada menghantar mereka pulang atau dipindahkan ke negara jiran yang lebih selamat.
Menurut Kamarul lagi, walaupon keadaan semakin tenang, tetapi mereka tetap perlu berhati-hati dan berwaspada kerana ramai penjenayah berjaya melepaskan diri dari penjara. Tambahan kawalan keselematan di sana juga sudah tiada menyebabkan berlakunya kes rogol dan pecah rumah. Sumber : Harian Metro
Menurut laporan dari Utusan pula, hari ini 1 Feb, Perhimpunan dan mogok yang disertai berjuta-juta penduduk di Kaherah akan diadakan bagi menggesa perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
----
Harap rakyat Malaysia di sana selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku. Diharap perkara ini akan segera selesai juga. Tak dapat dibayangkan kalau aku ada saudara mara kat sana...... Risau tak terkata. Admin 10:35 PM New Google SEO Bandung, Indonesia

Tepat jam 10pm 30 Jan 2011, terjawablah sudah keputusan Pilihan Raya Dun Tenang N5, Johor dengan kemenangan berpihak kepada BN dengan mendapat undi 6699 undi manakala PAS mendapat 2992 undi.
Calon BN, Mohamad Azahar Ibrahim menang majoriti 3707 undi, meningkat berbanding pada tahun 2008 sebanyak 2492 undi. Mohamad Azahar juga meraih 115 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari jumlah keseluruhan 119 kertas undi. 3 kertas undi diperoleh dari calon PAS, Normala Sudirman manakala 1 undi pos ditolak.
Keputusan undi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.
P/S : Tahniah kepada BN. Jangan sia2 kan amanah dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan.
Admin
11:11 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia