![]() |
| Word Verification |
Entry ni aku buat khas untuk mereka yang guna Word Verification pada ruangan komen terutama blogspot.
Aku beberapa kali hampir 'terbabas' dek kerana Word Verification ni. Sebab nye aku tak tahu yang blog tu buat Word Verification. Siap jer aku kasi komen pada ruang komen blog tersebut, hajat dihati memang nak "X" terus jer lah, malas nak tunggu. Tetiba kuar Word Verification.. Mak aiii.... Sib baik aku tak kuar terus Cik Tipah Oiiii....Kalau tak rugi masa aku, ko pon tak dapat komen Cik Tipah...
Word Verification yang lansung kuar kat dalam kotak komen sewaktu nak komen tu accept lagi la kan. Sebab sebelum klik 'Pubish Comment' tu dah ada Word Verification tu, ini yang jenis kuar selepas klik 'Publish Comment'. Bukan semua pembaca jenis suka menunggu. Kena blog tu berat, nak publish komen pon amik masa....memang selepas tulis komen tu, tanda 'X' ni jerlah yang dicarinya. Silap-silap tak kasi komen langsung. Hohoho......So sila berhati-hati yer kepada yang menggunakan Word Verification tu terutama yang word Verification kuar selepas tulis komen. Kalau boleh tak yah lah letak Word Verification tu.
Fakta tentang Word Verification
1. Digunakan untuk mengelak komen Spam.
Kebiasaanya komen Spam ni banyak menerjah kedalam blog-blog yang "do follow". Komen Spam dihantar melalui Spam Bot. Spam Bot maksudnya komen tu bukan dihantar manual. Orang yang hantar komen tu pon bukan masuk blog tu pon. So Word Verification ni untuk mengelak komen Spam masuk ke dalam komen sebab Spam Bot tak boleh baca imej.
Agak-agak blog korang 'no follow' dan tak pernah dapat komen spam sebelum ni tak yah la letak Word Verification tu.
2. Pembaca malas nak tinggalkan komen.
Aku pon kadang-kadang malas nak komen kalau ada Word Verification ni, tapi sebab aku rasa aku memang nak komen gak, aku komen la. huhu.... Word Verification ni dah la susah nak baca kadang-kadang tu. Leceh.
Senang kata mengurangkan traffik juga la word Verification ni
P/S : Rasa-rasa nak dapat banyak komen, buang la komen tu. Kalau tak nak buang. suka hati ko laaaaa.....
Cik Tipah dalam cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal. Yang nazak pon tak dikira :P
Admin
11:53 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAda yang dah tahu ada yang tak tahu lagi.....Tanpa mengambil tahu siapa yang dah tahu siapa yang belum, aku tetap nak buat entry ni gak. Hohoho.... Kenapa? 1 sebab aku memang nak war-war kan pon akan kewujudan komuniti blogger yang baru ni. 2, atas permintaan admin komuniti itu sendiri. Aku sendiri baru dapat tahu akan kewujudan komuniti baru ni daripada blog intankuterpilih, dan tak habis terjah pon lagi forum side tu.
Memang menarik lah web tersebut kerana disitu semua blogger boleh berkumpul memberi atau berkongsi idea masing-masing atau para newbie tu boleh lah belajar selok belok tentang dunia blog ni kat situ kan. Banyak sub-sub topik yang boleh didapati disitu seperti Umum, Blogspot, Wordpress, Joomla, Motivasi, Sudut Agama, Bahasa Pertuturan, Hiburan Forum, Graphic dan Photography, Komputer dan Internet, Kelab dan Komuniti dan Iklan dan Jualan.
Kepada yang baru kenal dunia blog tu (aku pon baru kenal. hehehe) Berforum juga merupakan satu cara yang dapat digunakan untuk meningkatkan traffik blog korang selain dari ping. Pada aku forum lebih baik dari ping sebab melalui forum, korang dapat mengekpressikan lagi diri korang dengan memberi idea atau berkongsi idea yang bernas.... Dari situ juga korang dapat membina kreadibiliti korang. Otai-otai, betul tak? hehe
So, apalagi.... Terjah jommmmm..... Expressikan dirimu!!! :P Selamat berforum!!!
P/S : Terkejut aku derrr bila tahu adminnya adalah nescafe ais...... Aku dulu mula-mula belajar HTML kat blog nescafe ais ni laaaa..... Pergh. Banyak Tutorial kat blog dia..sekarang dah buat forum plak....Mantap dowh!!!
Admin
4:31 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaHak hak.....Tetiba pula aku nak buat entry suka suki ni.....huhuhu..... Apa yang dah besau? Wops!!!! Jangan menguningkan otak korang erk! Sekeh kepala kang.. kekeke...Gurau jerk.
Dah besau-besauuuuu adik-adik aku erk. Aku jer yang tak besau-besau...hahahahaha......
Kalau dulu mak ayah aku tak cukup tangan nak jaga kami adik beradik yang seramai 7 beradik.
Kalau dulu masing-masing sibuk buat kerja sekoah yang cikgu bagi.
Kalau dulu semua comel-comel jerk dengan hingus meleleh (Sekarang comel-comel gak weiiii, Hingus jer yang dah tak meleleh...hohoho)
Kalau dulu mak aku jenuh menjerit....."masukkkkkk!!!!! Dah malammmmmm...."
Kalau dulu mak aku duk berleter...."Baca la bukuuuu....duk maaaaaain jer" (Sekarang ada lagi suara tu. hehe)
Kalau dulu aku leh sound-sound lagi adik-adik aku....(Sekarang ada lagi, tapi setahun sekali la kot.. huhu...silap-silap aku kena sound balik. Erk!!)
Sekarang semua pakat besar dahhhh.....
Dah boleh kawin wei!!
Mak aku kalau duk ngan adik-adik dah macam kawan-kawan dah lagaknya.
Sekarang semua dah pandai fikir sendiri dahhhh..... Kalau dulu disuruh baru terhegeh-hegeh. Ngeeee...
Dah besau-besau dahhhhh adik-adik aku hari ni erk. Hmmmm..... Macam tak percaya jer.
Kang kalau dah ada yang kahwin, macam mana pula suasananya erk? Hmmmm :P
Rindu pulak aku zaman kanak-kanak riang dulu. Hohohoho
Admin
7:31 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Aku rasa sebagai orang islam, ungkapan "syurga dibawah telapak kaki ibu" sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Malah setiap kata-kata ibu itu adalah doa yang paling mujarab.
Disini aku bukanlah ingin membicarakan tentang soal agama kerana aku bukanlah arif dan mungkin aku sendiri jahil didalam ilmu agama. Namun, berita tentang "Hanyut Kerana Ibu" yang disiarkan didalam suratkhabar Metro 17 Jan 2011 mungkin membuat kita berfikir kembali hadis diatas. (Berfikir kembali tidak bermaksud menyangkal)
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : "wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah". Rasulullah bertanya :"Apakah ibumu masih hidup". Orang itu menjawab ya. Rasulullah SAW bersabda : "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu. Disanalah syurga berada". (Riwayat At-Thabrani)
Disini aku bukanlah ingin membicarakan tentang soal agama kerana aku bukanlah arif dan mungkin aku sendiri jahil didalam ilmu agama. Namun, berita tentang "Hanyut Kerana Ibu" yang disiarkan didalam suratkhabar Metro 17 Jan 2011 mungkin membuat kita berfikir kembali hadis diatas. (Berfikir kembali tidak bermaksud menyangkal)
KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.
“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
Makin lama,makin pelik aku ngan dunia sekarang.....Dah tak tau beza mana baik mana buruk dah sekarang ni. Ibu yang dianggap mulia dan disanjung tinggi sanggup merosakkan masa depan anak perempuannya sendiri. Dunia dah semakin tuaaaa....... Admin 11:43 AM New Google SEO Bandung, Indonesia“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.
Aku rasa tentu korang dapat tangkap apa maksud tajuk entry aku ni kan.
Kalau tak dapat tangkap buat2 dapat dah lah. hehehe (Kang dapat jugak)
Kali ni entry aku ni lebih menjerumus kepada perbelanjaan kewangan la kot walaupon aku bukanseorang pakar ekonomi :P Aku dah lama nak buat entry ni, tapi tak terbuat2. hohoho
Pernah tak korang alami satu situasi dimana waktu korang dapat gaji, korang pergi shopping, korang rasa macam semua benda yang korang tengok tu korang nak beli (Ni bagi perempuan la kot. hehe.. lelaki tak terkecuali)
Atau pon korang ni jenis obses terhadap sesuatu contoh kenderaan.... Nak make-up tu, nak make-up ini, tukau rim tu tukau rim ni, nak tukau engine dan bermacam lagi lah nak tukau. Haaa ni lelaki.
Kalau student tu, dapat PTPTN, nak beli kasut la, baju la, dan time tu juga la nak enjoy sakan. kan kan kan. Duit tengah tebal niii..hehe
Kadang nafsu membeli pastu belah ni kadang tak dapat dibendung walaupon tahu budget untuk benda-benda tu takder sebenarnya dan benda-benda tu tak penting pon. Tapi disebabkan banyak duit, rambang mata dibuatnya.
Aku rasa dalam 10 orang, 9 orang mungkin tergolong dalam golongan diatas termasuklah aku. hehehe....
Lagi sorang tu adakah dia kedekut?
Bagaimana yang dikatakan disiplin didalam perbelanjaan ni? Macam aku (aku tak kata aku disiplin erk)
* Aku akan lahirkan rasa malas untuk pergi ke Shopping-shopping mall ni. Apalagi shopping mall yang besar-besar, maklumlah kalau dah ke shopping complex ni, semua nak cekau. Macam aku, aku jenis lond ranger, so mungkin kat situ ada kelebihan sikit pada aku. Mau tak malas kalau pergi shopping sorang-sorang. hohoho. Rasa macam ada kat planet Marikh jap duk kat shopping complex sorang-sorang.
* Kalau teringin kan sesuatu benda tu pulak, agak-agak penting baru lah aku rembat. Contoh baju atau seluar. Agak-agak kat dalam almari tu penuh lagi dengan baju seluar yang agak-agak boleh pakai, tak yah lah beli dulu. Atau phone, asal boleh guna kira ok la kannn... Tak yah la ikut trend sangat..
* Lahirkan rasa kedekut.... "Ish, sayang pulak aku nak belanjakan duit ni, tebal ni" hohoho (Kedekut yang positif yer, bab derma tu lain kira) Rasa kedekut ni kalau ada dalam diri, sah boleh kawal duit belanja. hehehe. Tapi kedekut bertempat lah. Bukan macam citer Tangkai Jering tu yer :P Janganla takut nak kuar duit sendiri, duit kawan dirembatnya. "Mat, ko belanja aku hari ni erk. Aku tak da duit" Aduyaiii... Bukan rekaan, pernah berlaku yer. Si A ni punya la cakap tak der duit sampai mintak semua kawan belanja dengan muka sekupang dia. Kawan punya pasal belanja la walaupun kawan tu pnbukan berduit sangat. Last-last si A ni beli rim 17" 4 ketul. Terbakau lerrrr kawan-kawan yang belanja dia tu. Hampeh
Banyak lagi cara nak mendisiplinkan diri didalam mengurus perbelanjaan ni. Antara lainnya.
* Elakkan penggunaan kad kredit. Kalau nak pakai kad gak, guna jer debit kad. Kredit kad ni sangat bahaya terutama kepada mereka yang tidak berhemah didalam pengurusan kewangan. Ramai yang muflis disebabkan kad kredit ni.
* Dapat gaji, bayar dulu atau asingkan duit tersebut dengan hutang-hutang yang perlu dibayar terlebih dahulu. Kalau ke shopping complex dulu...kirim salam le..huhu
* Membuat budget harian. Buat budget agar duit tidak terlebih flow out atau kering ditengah jalan sebelum gaji yang akan datang. hohoho
Ni adalah hujah/pendapat aku dalam mendisiplinkan diri didalam perbelanjaan ni.
Korang ada hujah korang? Macam mana cara korang manage perbelanjaan korang? huhu
Mereka yang dah berumah tangga tu amat dialu-alukan. hehehe
Admin
3:23 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia










