1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking (Tak terrer SEO macam aku, wajib blogwalking, mminat belakang kira :))
Korang mesti tahu apa itu blogwalking kan. Kalau tak tahu, blogwalking ni jalan-jalan kat blog orang lain, dan tinggalkan link korang tuk tingkatkan traffik ke blog korang. Tapi bagaimana cara untuk blogwalking? Blogwalking hard atau blogwalking smart? Haaaa.... Ingat study jer ke ada hard smart ni...
Mula-mula dulu aku blogwalking, hantam kromo jer. Singgah jer mana blog yang terklik dek mouse ni. Alhamdulillah, follower meningkat sikit. Komen pon kalau dulu satu entry nak dapat 10 komen pon susah, sekarang tak la sesusah dulu.
Pernah dengar Blogwalking Manegement? Aku dapat idea ni setelah aku agak kelamkabut untuk blogwalking ke setiap blog yang telah aku follow. 10 blog bermaksud 10 entry kena baca dan tinggalkan komen. Kalau 20 blog? 30 blog? 100blog? Blogwalking Management ni bukan sekadar cara macam mana korang singgah ke satu-satu blog tu, tapi macam mana nak manage korangnya masa blogwalking disamping mengekalkan korang melawat blog yang korang follow (follow-up) tu dan MEMBUATKAN BLOGGER YANG KORANG FOLLOW TU TURUT FOLLOW BLOG KORANG (Tak follow pon, sekurang-kurangnya singgah ke blog kita dan tinggalkan komen dah ok dah)
Disini aku buat satu-satu step Management dia. Aku beranggapan korang dah ada follower yang follow korang. Pelawat blog setia korang sendiri.
1. Apabila korang buat satu entry baru. Sementara menunggu entry korang dikomen, g blogwalking dengan blog-blog yang korang dah follow dan tinggalkan ler link entry baru korang tu. (kerje-kerja mengeping aku anggap korang dah buat la erk)
2. Apabila ada komen baru didalam entry baru korang tu, tinggalkan kerja-kerja blogwalking korang tu, balas komen yang baru korang dapat tu. Then pergi ke blog jurukomen tersebut. Kalau pengomen tu adalah follower korang atau korang follow dia, cek samada dia ada entry baru atau tidak. Jika ada, tinggalkan juga komen korang tuk entry baru dia. Sekarang sudah ada perhubungan diantara 2 hala yang "harmoni". U komen I komen lorrr.. Tapi jika dia tiada entry baru cukuplah sekadar membalas komen dia. Jika pengomen tu korang belum follow, cek blog dia. Menarik tak entry-entry dia di mata korang, kalau menarik silakan follow.Kalau tak menarik, tapi suka suki nak follow, tak yah la kot aku rasa. Sebab nanti akan buat korang pening kalau banyak sangat yang korang follow.
3. Buat perkara yang sama terhadap jurukomen-jurukomen yang lain. Sekarang korang dah mewujudkan satu hubungan diantara blogger yang akan membuatkan jurukomen tu akan datang lagi ke blog korang dan tinggalkan komen di blog korang.
4. Selesai kerja-kerja melawat blog-blog pengomen korang. Teruskan melawat blog-blog yang telah korang follow tadi dan sambung kerja-kerja blogwalking korang tu.
Jangan terlalu baik hati. Dalam Blogwalking Management ni, korang mesti akan jumpa blog-blog baru kan. Jika pertama kali korang lawat dan komen blog baru tu tetapi blog tu tak bertandang pon ke blog korang, It's ok. Tapi kalau dah 10 kali korang komen, tapi dia tak singgah blog korang pon, tak yah follow dah ler kot. Buang masa jer kot. Yang aku maksudkan ni adalah blogger-blogger atau bog-blog baru. MELAINKAN BLOG TU BERINFORMASI. (Selalunya yang tak bertandang atau komen blog kita yang baru ini adalah blog-blog otai. Sebab mereka takut PR mereka drop kalau tinggalkan komen kat blog yang PR rendah :) Dalam soal ni aku tak salahkan mereka. Bab ni depend kat korang la. Kalau nak terus follow, itu hak korang
Lagi satu kalau komen korang TAK DIAPPROVE oleh empunya blog tu. Cek balik kenapa. Kalau korang rasa komen korang tu ok jer, tak menyakitkan hati empunya blog tu tapi dia suka suki tak nak approve, mungkin dia nak member-member dia jer kot bagi komen kat dia, tak yah datang dah lah ke blog tu. memang buang masa korang. Tapi kalau korang rasa korang nyer komen tu menyakitkan hati, g la mintak maafffff.....cakapla korang manusia biasa, bukan oltramennn...
Itulah sedikit sebanyak tips aku nak bagi untuk Blogwalking Management ni. Lagi sekali aku ingatkan. Tips ni :
1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking
So, selamat berblogwalking dengan consistent :)
Camner korangnya Blogwalking Management? Share la kat sini? hehe
P/S: Tak yah guna tips ni kalau setakat jerit kat Shoutbox. Tak kan menjadi!!!
Admin
1:29 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia![]() |
| Sumber :Harian Metro |
“Maafkan ayah nak...walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga.
Itulah rintihan suara seorang bapa, Shahrul Rahman 33 tahun yang disuarakan terhadap anak di dalam kandungan isterinya, Aishah Ismail 26 tahun pada 2006. Artikel yang menjadi tajuk utama Harian Metro 28 Dis 2010. Shahrul Rahman, seorang pengawal keselematan yang terpaksa mengambil keputusan tersebut rentetan dari kesempitan hidup yang dialami. Kisah hidup mereka bermula apabila perniagaan Shahrul sebagai pengendali makanan dikantin sekolah mengalami kemerosotan.
Kesempitan hidup mereka menjadi lebih tidak tertanggung apabila Shahrul terpaksa menanggung hutang ceti haram yang dipinjamnya. Selain daripada pernah mencuba untuk membunuh diri, Shahrul juga hampir menukar agama kerana terpengaruh dengan rakannya yang hidup senang selepas menukar agama.
Shahrul yang hanya berpendatan RM780 sebulan hanya mampu menumpang bilik dirumah rakannya di Kota Damansara. Pernah satu ketika mereka hanya mampu makan ubi kayu yang ditanam dibelakang kantin selain anak kedua dan ketiga pasangan itu tidak pernah diberikan susu sebaliknya hanya air sejuk.
Anak keempat pasangan itu telah pon diserahkan kepada seorang penjawat awam setelah menerima wang "sagu hati" berjumlah RM2K. Kini isterinya disahkan mengandung lagi pada bulan lalu dan rungsing memikirkan kandungan yang bakal lahir itu dan berhasrat menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan itu kepada keluarga lain
-----
Itulah antara kesukaran hidup yang dialami oleh Shahrul Rahman setelah perniagaannya menemui kegagalan. Sedih juga la aku dengan nasib diorang tu. Macam mana la kalau aku ditempat dia kan. Tapi rasanya bab serah anak tu aku rasa mungkin ada jalan lain. Dipahamkan Shahrul ni tinggal di Kota Damansara. Aku tak pernah g Kota-kota ni, tapi kaau dah kota, sara hidup pasti tinggi kan. Why not dia pindah ke satu tempat yang tidak memerlukan sara hidup yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurang sikit kos sara hidup.
Lagi satu bab anak dalam kandungan tu, ish, kalau dah tahu keluarga tak mampu, kenapa tak rancang keluarga kan. Untuk apa menerima "ahli keluarga baru" jika hanya sekadar untuk menyerahkan ahli keluarga baru tu kepada orang lain.
Umpama menyempitkan lagi bilik yang sudah sempit yang telah sedia ada sempit. Along!!!. Rasanya kalau Sedara Shahrul tu tak buat pinjaman Along tu, mungkin dia masih mampu memperbetulkan keadaan kan.
Dah ada pengalaman berniaga. Bukalah perniagaan lain, tak kisah la perniagaan kecil sekali pon, buka kedai goreng pisang, jual nasi lemak atau apa-apa perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Lama-lama keadaan ni pasti dapat diperbaiki. 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.
Itulah antara pendapat aku. Kalau sekarang kecoh pasal Piala Suzuki AFF. Perkara macam ni perlu dikecohkan juga. Admin 10:34 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Tetiba aku pun terikut semangat dengan kemenangan Malaysia malam tadi menewaskan Indonesia 3-0. Kalau blog lain mengulas tentang perlawanan Malaysia melawan Indonesia di dalam Piala Suzuki AFF malam tadi, aku rasa tak perlu lagi lah aku nak ulas lagi pasal tu kan. Lagipun aku rasa 1 Malaysia dah tahu pasal kemenangan tersebut kan. Dan lagipun aku ni bukan peminat bola sangat. Kalau nak buat entry pasal perlawanan bola tu pon aku rasa dah terlambat :P
Malam tadi walaupun dalam tugas (shift malam), tapi sempat juga aku keluar ngan kawan-kawan pergi kedai mamak menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Jarang aku tengok perlawanan bola kat kedai mamak ni. Sebagai bukan peminat bola yang tegar, aku sendiri teruja la dengan perlawanan tu. Yer la kan. Negara sendiri mara ke Final Piala Suzuki AFF. Kena la bagi sokongan. Dalam kesempatan ni, aku nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia sebab menang 3-0 malam tadi melawan Indonesia. Yang ni baru lah masa yang tepat tuk laung MALAYSIA BOLEH!!!. Tul tak? Malaysia ni semua boleh, sampai benda tak elok pon BOLEH! (Sorry lari tajuk :P) Harap dalam perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta 29 Dis ni, Malaysia akan mengekalkan rentak kejuaraannya. Walaupon menang dalam perlawanan pertama, jangan terlalu taksub sebab perlawanan kedua sedang menanti. Ketaksuban yang terlampau bakal mengundang kekecewaan!
P/S :Pagi tadi aku balik umah, sedang duk makan ngan family, mak aku cakap, adik aku menangis dengan kemenangan tersebut. Pergh!!! Semangat gila. Sekali aku terasa nak nangis. hehe. GO MALAYSIA!!! U CAN DO IT!!! Admin 12:48 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan aku yang sering berkunjung ke blog aku ni. Kepada yang rajin baca blog aku ni, pasti tahu gaya penulisan aku yang macam kanak-kanak rebina (ada member blog aku kata aku macam kanak-kanak rebina..hehe).
Aku rasa korang tak dapat tangkap lagi kan apa yang aku nak cakap dalam entry aku kali ni. Korang setuju tak kalau aku cakap "gaya penulisan seseorang tu mencerminkan diri seseorang tu?" Mungkin ada yang setuju, tak kurang juga yang menyangkal. Tul tak? Aku sendiri tak beraper setuju dengan kenyataan yang aku buat tu.
Dalam dunia blog, kita berblogwalking, lawat blog tu, lawat blog ni, bermacam gaya penulisan kita jumpa betul tak? Sometimes gaya penulisan seseorang tu berpandukan nichie blog dia. Contoh blogger tu seorang pakar motivasi, tak kan gaya bahasa yang dia sampaikan dalam blog dia macam budak-budak yang berumur 10 tahun kot. Tapi adakah kerana dia seorang pakar motivasi, menggunakan bahasa skema, dengan mudah kita menggagap dia seorang yang skema juga di dunia realiti? Maybe dia seorang yang suka bergurau juga diluar, menggunakan bahasa "gua lu" dengan rakan-rakan diluar. Bagaimana pula jika seseorang tu yang menggunakan gaya bahasa kebudak-budakkan didalam blog dia (maybe macam blog aku), tulis entry bodos-bodos, kita terus mengganggap dia seorang yang tidak matang? Siapa tahu didunia realiti dia seorang yang serious dan matang? Menggunakan bahasa kebudak-budakkan didalam blognya sekadar untuk membuat pembaca enjoy sewaktu membaca entry dia. Siapa tahu. Betul tak? So, kurang tepat la pada aku untuk judge diri si penulis dengan gaya penulisan dia.
Macam blog aku ni, sometimes aku buat gaya penulisan macam kanak-kanak rebina hanya untuk menghiburkan pembaca blog aku dan aku sendiri tengah happy waktu menulis entry tersebut, tapi tahu tak korang yang aku seorang yang agak pendiam diluar dan jarang bercakap. Dan sometime aku buat gaya penulisan yang sedikit serious sesuai dengan topik satu-satu entry yang aku buat.
Tapi yang aku pasti, dari gaya penulisan seseorang tu, kita boleh menilai perasaan dia sewaktu dia menulis entry tersebut. Maybe dia sedang happy waktu menulis, sedih, marah atau apa-apa lagi perasaan. Juga dapat menilai kepandaian seseorang itu mengolah bahasa yang ingin disampaikan. Setuju?
P/S :Sometimes untuk menilai seseorang, perlu menggunakan deria keenam.
P/S/S : Don't judge a book by the cover Admin 12:47 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Terasa lama juga aku tak berblogwalking. Visitor sah-sah menjunam. Tak blogwalking pon menjunam gak.. huhu
Kali ni aku nak kasi tips sikit kat korang. Kalau dah baca tajuk aku kat atas tu, sah-sah korang dah tahu tips apa aku nak bagi kan. Tanpa membuang masa, jom terjah entry aku ni.
Seperti semua orang sudah sedia maklum kan, harga minyak baru saja naik baru-baru. So dok asyik merungut-rungut pon tak guna juga, harga tetap sama. Jadi macam mana caranya tuk kita memaksimumkan penggunaan minyak dan meminimumkan kos minyak yang perlu kita tanggung setiap hari. Tips ni rasanya ramai yang tahu, pernah keluar dalam suratkhabar pon, tapi saja lah aku nak tulis kan.
Tips Menjimatkan Petrol Siri 1
1. Isi minyak ketika suhu rendah/sejuk
Kebiasaannya suhu rendah pada waktu pagi atau malam. Kalau korang rasa sejuk tu, suhu rendah la maknanya tu.... Kenapa isi sewaktu suhu rendah? Secara teori, petrol mempunyai molekul-molekul gas didalam nya. Dan secara teorinya juga, molekul-molekul gas ni akan terbebas dari ikatan polimer masing-masing apabila suhu meningkat atau panas (Pergh, guna bahasa sains pulak aku...hehe). Dengan terbebasnya molekul-molekul gas ni, maka kuantiti petrol itu akan berkurang. Nak test? Isi petrol dalam botol bertutup, letakkan ditengah-tengah panas atau kawasan lapang (kalau rjin timbang dahulu kuantiti botol tersebut) Biarkan beberapa ketika, selepas tempoh tertentu korang akan lihat botol tersebut berwap dan bergas. Apabila korang buka penutup tersebut, akan ada bunyi gas terbebas. Selepas tu, cuba timbang balik, berkurang ker bertambah? Pernah isi minyak waktu tengah hari? Waktu korang buka penutup tank minyak korang, ada bunyi tak? Ada bau gas tak? Kalau ada, itu tandanya gas terbebas dan kuantiti minyak korang telah pon berkurang. So, nak jimat, isi minyak sewaktu suhu rendah. Elakkan juga kenderaan korang terjemur ditengah panas. Ianya akan membebaskan gas didalam tank minyak korang.
2. Hos Nozzle.
Renggangkan hos nozzle sewaktu mengisi minyak. Kenapa? Ambil paip yang panjang kat rumah korang, gulung-gulungkan sikit, buka paip sehingga air keluar, kemudian tutup. Ada air tak dalam paip tu yang tertinggal selepas korang tutup paip tu? Sama la dengan hos nozzle petrol :)
3. Pemicu Nozzle
Sewaktu menarik picu nozzle, elakkan menarik picu tersebut terlalu banyak. Dari segi teori, jika pemicu ditarik terlalu banyak, minyak akan cepat keluar dan banyak tanpa korang sedar, gas turut keluar dengan jayanya dan ini akan mengurangkan kuantiti mnyak yang masuk kedalam tank. Tak percaya? Ambil 2 botol kosong, 1 isi dengan menekan habis pemicu, 1 lagi sedikit sahaja pemicu ditarik. Korang akan lihat perbezaan yang amat ketara. Kalau isi RM10, tak per lah kan, kalau RM100? Rugi woooo
4. Pemanduan
Sewaktu korang memandu, sebolehnya elakkan meter RPM korang melebihi 3. Teorinya, jika pedal minyak ditekan melebihi RPM 3, minyak akan lebih laju mengalir ke port pembakaran enjin. Elakkan juga memecut atau memberhentikan kenderaan secara mengejut.
5. Tempoh isi minyak
Isi minyak sebelum 12 tengah malam pada hari harga minyak akan dinaikkan....hahaha
Nantikan Tips Menjimatkan Petrol Siri 2 yang lebih hangat daripada biasa...hehe
P/S: Banyak pulak teori aku dalam entry ni erk....huhu Admin 5:27 PM New Google SEO Bandung, Indonesia










