![]() |
| Tagging Rules |
Jawapan hatitupai "ala, hg wat blk entry camtu, jwb soklan2 pas tu tag kwn2 len plak. untuk eratkan persahabatan sesama blogger. cewah" Haaaaa.... itu lah jawapan si tupai ni. Tang "untuk eratkan persahabatan sesama blogger" tu yang aku buat gak la tag men-tag ni....Sebenarnya kurang minat tag men-tag ni. Dalam FB pon jarang aku tag member kecuali benda tu menarik atau ada info atau ada pengajaran ker. Kalau sekadar posing kat kebun bunga nak tag. Kim salam lah. huhuhu. Ok lah...Entry ni tuk member blog aku...HatiTupai.
1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
~ Bang, Laksa penang 1.
~Nasi goreng ayam 1. Bahagian peha erk.
~Mee Udang. Udang taruk 10-15 ekor k.
2.2 jenis air apa yg korang paling suker?
a) Teh ais 1......! Siapppp!!!
b) Milo Ais kaw punya 1!! Take Away...
3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
~Malay, Western, 2 jer aku nak letak. Ada yang tak puas hati? :P
4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
~Of course masak meggie!! Hahaha
5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
~RM10 sudahhhh..... Asal kenyang.... lalalala
6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
~Pen Mutiara Curry House, Batu Maung Penang....( Majikan sponser, kalau tak, tak dernyer merasa :P Lebih suka makan kat gerai.... Aku orang kampung ma)
7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
Kuda.......Cantik.
8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Tak leh gtau...Kang ada yang Spy. Wakaka
9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
~KFC, Drumstick (Tul ker aku eja ni...)
10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
~Tak yah hidang la....Aku bukan makan sangat ponnnnn
11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
~Buah nenas.
12.Menu raya yg paling disukai.
~Rendang daging.
13Jajan/cekedes favourite?
~Soklan apo ni....? haha
14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
~Ayam masak lomak cili api....
15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
~Sambal apa tah....Mamak mana tah masak.
16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
~Maggie kari sebungkus... hehehe
17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
~Paksa?...suka hati korang la nak buat ker tak.....Mereka adalah.
Azana - WaLk tO rEMemMbEr - http://azanan.blogspot.com/
Ecah - Jalan.Singgah.Baca.Komen - http://blogcaripasal.blogspot.com/
Shazmiey Abdurahman - Dari Mata Hati :: Incik Shazmiey - http://luminory0912.blogspot.com/
IntanKuTerpilih - Sekadar Menulis Apa Yang Ku Rasa - http://intankuterpilih.com/
Daus Ramli - Segalanya Disini - http://dausramli.blogspot.com/
Selesai sudah kerja aku.......Hmmmm
P/S: Terbocor sudah serba sedikit maklumat peribadi aku....Hohoho
Jam menunjukkan jam 12.11 tengah malam. Selesai sudah menerjah blog pengomen tegar blog aku. Ali Ridha... Oic Ali. Aku rasa blog hang best. Ayat pon selamber gaban baja hitam. Dan aku rasa ko ni pon jenis mamat selamber macam ultramen yang selamber je pakai seluar dalam kat luar. hahaha. So aku melawak lebih kurang jangan simpan dalam hati. Simpan dalam poket tak per. Apa aku merepek ni. Wakaka... Kalau ko bagi aku 10 komen aku bagi ko 12 komen. Ok tak? Nak aku komen lagi. Tunggu esok pulak. Mak aku kata jangan gelojoh..Aku nak gelak lagi. hahaha... Lol! Disebabkan banyak sangat aku komen kat blog ko dalam 1 malam sampai aku lupa apa aku nak tulis. Ish!! Tamat!!
Tamat bab merepek jer. hehehe.. Ok. Setelah beberapa bulan yang lalu setelah perasaan serious dalam diri aku untuk berblog lahir, kini aku semakin merasakan kehangatan didalam dunia blog. Dalam blog member aku yang agak pakar dalam SEO menyatakan bahawa kehangatan didalam dunia blog akan mula dirasai apabila Page Rank telah mencecah 4 dimana ramai pelawat datang dari enjin carian. Sebaliknya aku, walaupon PR aku masih bertapa di angka 0, aku telah mula merasakan kehangatan didalam dunia blog ni. Jika kawan aku cakap yang kehangatan blog akan lahir apabila PR mencapai satu tahap, bagi aku kehangatan dunia blog telah mula dirasai apabila ada satu "connection" atau hubungan diantara blogger-blogger yang lain. Apabila ada satu felling
P/S: Ini apa yang aku rasa didalam dunia blog. Perasaan korang aku tak tahu.
P/S/S: Entry yang aku buat ni bukan untuk mendapat publisiti murahan (Ewah macam artis la plak) atau untuk mencuri perhatian bloger-blogger lain. Tapi apa yang sememangnya aku rasakan didalam dunia blog ni setelah aku serious didalam dunia blog.
P/S/S/S: Entry kali ni pendek jer. Sebab entry ni adalah catusan dari otak seminit aku. Huahuahua (Macam-macam stail aku gelak erk. Ish)
P/S/S/S/S: Nak sambung terjah blog member yang lain.
P/S/S/S/S/S: Berapa banyak P/S daaaaaaaaa Admin 12:49 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Hahahaha... Entry ni aku tulis setelah selesai kelas aku. Ops! Jangan salah paham. Aku bukanlah seorang pelajar lagi. Tajuk tu gimik je. Tapi memang aku baru habis kelas training aku. Kelas training yang diatur oleh majikan di tempat kerja aku. Aku Technician pekak je. Sebab tu kena training. Kalau Manager tak yah training-training dah. Maki hamun pekerja bawahan aku jer. Muehehe. Lebih kurang 15 orang tadi yang attend training tu yang diadakan 2 hari iaitu hari ni dan juga esok. Selesai je kelas terus aku cari CC. Panas jer jari aku ni nak menaip. Dalam training pon boleh tercetus idea ni. Ok gak. Memang tengah kering idea ni. hehehe...
Kelas training aku tadi "Introduction To Mechatronics" Korang tahu apa Mechatronics? Tak yah tahu la sebab bukan benda tu yang aku nak citer kat sini.
Kenapa aku nak buat artikel ni. Ok. Aku dulu adalah pelajar Politeknik Ungku Omar di dalam Diploma Mechatronics. (Ada sesaper sini budak PUO? :p ) Jurusan yang aku amik di PUO dulu bukanlah atas pilihan aku. Tetapi kerana dipaksa. Waktu SPM dulu aku budak jurusan perakaunan dan aku antara pelajar terbaik gak dalam subjek tu di sekolah aku dulu sehingga aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa tak perlu aku cerita kat sini, aku terpaksa melanjutkan pelajaran aku didalam bidang Teknikal iaitu Mechatronics. Disebabkan atas dasar dipaksa dan langsung tiada basics dan minat didalam jurusan tersebut, aku belajar pon ala balai je. Serious. Selama 3 tahun aku menuntut di PUO tu aku tak tahu apa benda yang aku belajar sehingga la aku melangkah ke alam pekerjaan sekarang.
Hari ni setelah hampir 5 tahun aku bekerja, aku kembali merasakan aku seorang pelajar. Ya, seorang pelajar yang mempunyai minat didalam apa yang dipelajari satu masa dahulu. Baru ku tahu betapa seronoknya menjadi seorang pelajar dan betapa bestnya Course yang aku ambil dulu yang satu masa dulu aku tak pernah rasa perasaan seronok ni.
Perasaan yang aku alami ni seringkali dirasakan oleh kita semua. Sedar ngan tidak sedar je terutama orang macam aku ni la yang mensia-siakan zaman belajar dulu. Huhuhu.. Pernah tak korang terkenang zaman korang masih dialam persekolahan dulu atau sewaktu korang di U dulu yang mana sekarang korang dah pon berada didalam pekerjaan atau pon dah berumahtangga. Aku kadang rindu gak time tu. Belajar sama-sama ngan member. Buat assignment. Gurau sana gurau sini. Toyol sana toyol sini :P (tahu toyol? Meniru waktu exam. Hahahaha) Lepak sana lepak sini yang mana semua tu aku tak dapat nak rasa dah waktu dialam pekerjaan ni. Sememangnya zaman belajar adalah zaman yang paling best. "Kadang waktu yang sedang kita jalani dulu kita tidak menghayati kemanisannya sehinggalah kita terkenangkannya kembali pada hari ini (Ayat jambu la plakkkk..huhu)
Kepada korang yang tengah belajar lagi sekarang ni, hargai, hayati dan ceriakan masa korang tu. Belajar betul-betul. Jangan jadi macam aku. Erk...? Sebab satu hari nanti ianya akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup korang....
P/S: Kan best kalau boleh diputarkan kembali waktu ke zaman dahulu. Rindunya aku kat kawan-kawan aku dulu...
P/S/S: Leceh betul CC ni. Connection lembab dol! Admin 6:29 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| Student Life |
Kelas training aku tadi "Introduction To Mechatronics" Korang tahu apa Mechatronics? Tak yah tahu la sebab bukan benda tu yang aku nak citer kat sini.
Kenapa aku nak buat artikel ni. Ok. Aku dulu adalah pelajar Politeknik Ungku Omar di dalam Diploma Mechatronics. (Ada sesaper sini budak PUO? :p ) Jurusan yang aku amik di PUO dulu bukanlah atas pilihan aku. Tetapi kerana dipaksa. Waktu SPM dulu aku budak jurusan perakaunan dan aku antara pelajar terbaik gak dalam subjek tu di sekolah aku dulu sehingga aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa tak perlu aku cerita kat sini, aku terpaksa melanjutkan pelajaran aku didalam bidang Teknikal iaitu Mechatronics. Disebabkan atas dasar dipaksa dan langsung tiada basics dan minat didalam jurusan tersebut, aku belajar pon ala balai je. Serious. Selama 3 tahun aku menuntut di PUO tu aku tak tahu apa benda yang aku belajar sehingga la aku melangkah ke alam pekerjaan sekarang.
Hari ni setelah hampir 5 tahun aku bekerja, aku kembali merasakan aku seorang pelajar. Ya, seorang pelajar yang mempunyai minat didalam apa yang dipelajari satu masa dahulu. Baru ku tahu betapa seronoknya menjadi seorang pelajar dan betapa bestnya Course yang aku ambil dulu yang satu masa dulu aku tak pernah rasa perasaan seronok ni.
Perasaan yang aku alami ni seringkali dirasakan oleh kita semua. Sedar ngan tidak sedar je terutama orang macam aku ni la yang mensia-siakan zaman belajar dulu. Huhuhu.. Pernah tak korang terkenang zaman korang masih dialam persekolahan dulu atau sewaktu korang di U dulu yang mana sekarang korang dah pon berada didalam pekerjaan atau pon dah berumahtangga. Aku kadang rindu gak time tu. Belajar sama-sama ngan member. Buat assignment. Gurau sana gurau sini. Toyol sana toyol sini :P (tahu toyol? Meniru waktu exam. Hahahaha) Lepak sana lepak sini yang mana semua tu aku tak dapat nak rasa dah waktu dialam pekerjaan ni. Sememangnya zaman belajar adalah zaman yang paling best. "Kadang waktu yang sedang kita jalani dulu kita tidak menghayati kemanisannya sehinggalah kita terkenangkannya kembali pada hari ini (Ayat jambu la plakkkk..huhu)
Kepada korang yang tengah belajar lagi sekarang ni, hargai, hayati dan ceriakan masa korang tu. Belajar betul-betul. Jangan jadi macam aku. Erk...? Sebab satu hari nanti ianya akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup korang....
P/S: Kan best kalau boleh diputarkan kembali waktu ke zaman dahulu. Rindunya aku kat kawan-kawan aku dulu...
P/S/S: Leceh betul CC ni. Connection lembab dol! Admin 6:29 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Hahahaha....ini entry bodos-bodos jer aku buat. Tak tahu nak tulis apa. Hehehe.
Cabaran ni dirasmikan oleh Yiedpozi sebenarnya. Aku dah lama baca entry kat blog dia tentang kelajuan menaip ni. Cuma aku malas nak amik pusing sangat. Tetiba malam ni aku tak tahu nak tulis apa. Try jer laaaa... Heehehe... Tapi sempoi gak.5 Pemenang akan diberikan masa 2 bulan untuk letakkan banner iklan di blog dia.
So ini adalah keputusan aku. (Laju la gak daripada Yied... Hehehe... Gila berlagak :P )
So, kalau korang nak try test korang nyer speeding. G kat link dibawah
http://www.malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/
Dapat result buat satu entry kat blog korang, screen capture result korang seterusnya gtahu result korang kat yied dengan meninggalkan link entry korang kat dalam comment entry dia. Ni link entry dia
http://www.yiedpozi.info/2010/12/seberapa-pantaskah-korang-menaip.html
![]() |
| Online Marketers |
Waktu tengah buat entry ni, kepala aku agak serabut. Banyak benda nak kena buat. Aduyaii...Tapi aku nak tulis gak entry ni kejap. So, kalau ayat aku tunggang langgang, harap makumlah.
Beberapa hari lepas, ada pelawat blog aku ni menggunakan nick Amal dan dia menjerit didalam ShoutBox aku "jom tengok produk bes". Aku pon macam tertarik dengan jeritan dia, so aku pon klik la link dia tu. So link Amal ni adalah berkenaan perniagaan MLM iaitu Asia Herbal Biotech. Aku pon belek la kejap blog tu, sememangnya blog tersebut hanya berkisar tentang biz tersebut. Aku cek profile Amal pulak. Blog tersebut berusia tak sampai 2 bulan lagi. So, entry ni aku buat khas untuk En Amal dan mereka-mereka yang menjalankan perniagaan online ni samaada MLM, Affiliate, Jual produk maya atau apa-apa lagi lah yang sewaktu dengannya. Aku tak pasti adakah En amal ni masih baru atau lama didalam dunia perniagaan online ni sebab apa yang aku akan tulis ni dah sering disebut oleh Online Marketers diluar sana.
Aku pernah berada dalam situasi En Amal ni suatu masa dulu dimana ingin memasarkan biz aku melalui blog. Tapi pengalaman dah mengajar aku. Sekarang tiba masa aku tuk berkongsi pula apa yang aku dah belajar dulu. Ops!! Masih banyak yang aku kena belajar.
Pesanan penaja:
Disebabkan entry ni tentang bisnes, lebih sesuai aku gunakan "saya" dalam membahasakan diri dan memanggil ko kepada "awak" :P
Ok En Amal. Entry ni untuk awak.
1. Blog sememangnya boleh dijadikan medium pemasaran yang baik, tidak dinafikan. Tetapi kena ingat, sebelum awak fokus untuk pasarkan produk awak melalui blog, terlebih dahulu awak kena fokus untuk mesrakan blog awak dengan enjin carian dan mendapat ramai pelawat untuk blog awak. Jika tidak blog awak umpama sebuah kedai yang berada jauh didalam hutan yang tidak diketahui orang, dan tempoh untuk mendapat pelawat yang ramai bukan tugas yang mudah dan mungkin memakan masa yang agak lama. Bukan tak boleh pasarkan produk melalui blog, tapi bangunkan terlebih dahulu produk awak. Dalam blog tersebut jangan terlalu menceritakan tentang perniagaan awak sahaja. Bina kreadibiliti terlebih dahulu. Mungkin awak boleh juga menulis tentang selok belok perniagaan didalam blog tersebut, atau menceritakan bagaimana untuk menjalankan perniagaan di internet, atau menulis sesuatu yang boleh memberi semangat kepada orang lain dengan menceritakan kejayaan orang lain. Dari situ pembaca atau prospek awak akan lebih mempercayai awak untuk mendapatkan produk awak atau menyertai awak. So, bina kreadibiliti. Jangan terlalu tunjukkan yang awak hanya membuat blog untuk biz awak. Gunakan pendekatan Psikologi. Cuba lihat blog ini http://joegrimjow.blogspot.com/ perhatikan blog tersebut. Dan klik bahagian BISNESS.
Dalam bisnes terutama MLM, En Amal kena pantas. Pantas sebarkan bisnes En Amal. "DALAM BISNES KENA CEPAT BERTINDAK. TETAPI JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN PULANGAN YANG PANTAS"
2. Mungkin En Amal ingin save budget dengan menggunakan blogspot sebagai web En Amal. Kebiasaannya jarang mereka yang menjalankan perniagaan MLM menggunakan blogspot. Blogspot selalunya untuk blog peribadi, perkongsian pendapat dan lain-lain. Pada pendapat saya jika menggunakan blogspot untuk MLM, kurang berkesan. Mungkin En Amal boleh menggunakan alternatif lain yang jarang digunakan selain menggunakan blog. Boleh guna Free Web Builder yang mana web En Amal kelihatan seakan-akan Web, bukan Blog. Contoh Free Web Builder, http://www.yola.com
Untuk lebih nampak professional dan En Amal bersungguh dalam biz ni, beli Domain sendiri dan bina Landing Page. Mudah je. "UNTUK MENDAPATKAN DUIT, JANGAN TAKUT KELUARKAN DUIT"
3. Autopilotkan perniagaan. Pernah dengar Email Marketing? Email Marketing ni atau Sistem Autoresponder adalah satu kemestian kepada mereka yang menjalankan perniagaan Online. Pernah isi Form didalam mana-mana web atau Landing Page yang meminta nama dan alamat? Selepas isi, Email akan masuk ke inbox En Amal setiap hari? Pernah kan? Kenapa penting Email Marketing ni?
Saya masuk laman web En Amal, saya baca isi kandungannya. O ini tentang bisnes, tapi saya tak nak masuk. Tiba-tiba dalam Web tersebut ada E-book laporan PERCUMA tentang biz tersebut, tapi kena isi form terlebih dahulu. Saya pon isi. Percuma kan. Amik jer lah. Selepas isi, saya dapat email dari En Amal setiap hari dan saya baca. Email-email tu menceritakan tentang biz tersebut, kelebihan, kata-kata pujukan, tawaran menarik dan sebagainya. Akhirnya saya tertarik dan saya pon join. Buat sekali je Email-email untuk Subscribers, dan Done!!! Kerja awak telah di autopilotkan. "PERTAMA KALI ORANG TU MASUK LAMAN WEB KITA, BELUM TENTU MEREKA BERMINAT DENGAN PRODUK ATAU TAWARAN KITA. TETAPI DENGAN PUJUKAN, MEREKA AKAN BERFIKIR KEMBALI TAWARAN TERSEBUT DAN SEKIRANYA MENARIK...." Inilah tugas Email Marketing. Tak ada duit untuk menggunakan servis Email Marketing berbayar. Ada yang percuma. Google jer. Salah satu contoh free Email Marketing, Getresponse
4. Laman Web dah ada, Email marketing dah ada. Tapi macam mana nak sebarkan bisnes saya ni. Ada dua cara. Berbayar dan percuma.
Percuma. 1.
Hantar laman web kedalam web pengiklanan percuma. Ada banyak. Google jer.
2. Ataupun gunakan FaceBook, cari ramai kenalan, letak alamat laman web tu didalam FB dan bina kreadibiliti.
3. Hantar alamat laman web kedalam senarai enjin carian seperti Google dan Yahoo.
4. Join forum-forum, buat siggy dan join topik-topik didalam forum tersebut.
Berbayar.
1. Gunakan Google Adwords atau Pay Per Clicks (PPC)
2. Cari servis-servis yang dapat membantu mengoptimumkan laman web.
"KAEDAH PERCUMA KENA KERJA KERAS SIKIT, KURANG BERKESAN.
KAEDAH BERBAYAR KENA ADA DUIT, LEBIH BERKESAN"
Kalau En Amal dah tahu kesemua perkara ni sebelum ni, boleh abaikan entry ni. :) Saya hanya ingin berkongsi. So. Good Luck!!!
"JIKA IANYA BERGUNA, MAKA BERGUNALAH IA" Admin 3:52 PM New Google SEO Bandung, Indonesia









