Home » , , , » Kronologi Kejadian Pesawat MH17

Kronologi Kejadian Pesawat MH17

Kronologi Kejadian Pesawat MH17 Amsterdam Kuala Lumpur Terhempas


Kronologi Penerbangan Pesawat MH17 sebelum terhempas

Susulan daripada kejadian pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam Kuala Lumpur pada 17 Julai yang lalu, berikut adalah konologi sebelum pesawat tersebut terhempas.

17 Julai 2014
12:15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) : Pesawat berlepas dari lapangan terbang Amsterdam.

10:15 malam (waktu Malaysia) : MAS menerima laporan daripada ATC Ukraine bahawa mereka terputus hubungan dengan penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30KM dari Tamak, kira-kira 50KM daripada sempadan Rusia-Ukraine

18 Julai 2014
12:00 tengah malam : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menulis Tweet "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta"
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas MH17.

2:07 pagi : Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada hari Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di Selatan Ukraine selepas menerima berita akan kejadian pesawat MH17 terhempas di kawasan tersebut

2:30 pagi : Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada hari Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di Sempadan Ukraine adalah satu tragedi dasyat dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan untuk mengenal pasti punca MH17 terhempas.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment