Home » , » Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Aidilfitri

Puspakom sdn bhd menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena sambutan hari raya aidilfitri bermula 6 Ogos sehingga 24 Ogos di semua cawangan Puspakom seluruh negara.

Pemeriksaan kenderan percuma yang ditawarkan oleh Puspakom merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya. Pemeriksaan ini dijalankan oleh pemeriksa kenderaan bertauliah Puspakom.

Cara Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Daripada Puspakom

Untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma daripada Puspakom ini, pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan Puspakom yang ingin dikunjungi dan seterusnya tarikh spesifik untuk memeriksa kenderaan mereka akan diberikan.

Pelanggan juga boleh melayari laman web Puspakom, www.puspakom.com,my untuk senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927

Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupakan komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam memastikan tahap keselamatan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk dipandu terutama pada musim perayaan ini

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. BAGUS ADA PROMOSI BEGINI.. BAGUS UNTUK RAKYAT, LEBIH2 LAGI NAK BALIK BERAYA NANTI..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment