Home » » Kenapa Perempuan Nangis Di Hari Perkahwinan Mereka

Kenapa Perempuan Nangis Di Hari Perkahwinan Mereka

Sebelum ni aku hanya lihat jer dalam drama-drama atau filem televisyen bia mana kalau perempuan tu bernikah, perempaun tu akan menangis.....Hm.. Kenapa erk?
Nangis sebab terlalu gembira kerana sudah bergelar isteri kepada orang tersayang?
Nangis sebab tak lama lagi terpaksa meninggalkan mak ayah yang selama ni tingga bersama?
Atau nangis kerana kedua-duanya??
Rasanya kedua-duanya kot... ;)

11 Ogos 2012.... Aku agak sebak....kot.... Bukan sebab aku tengok perempuan nangis dalam drama atau filem dalam televisyen....
Sebak juga kot sebab ada orang peluk dan hormat aku..... ;)

----------------------------------------------------------------

11 Ogos 2012.... Aku sebak lihat adik aku nangis salam peluk cium mak aku..... Sebak kot sebab gembira...... Gembira kot sebab adik aku dah bergelar isteri orang, Gembira kot sebab salah satu impian adik aku dah tercapai... Siapa nak tengok adik dia bersedih kan..Hee.... Mungkin sedih juga sebab lepas ni dia kena ikut suami dia.. Dulu dia ada boleh temankan dan tengok-tengokkan mak ayah aku kat kampung... Hm...

Yang peluk aku tu pulak dah tentu la adik ipar aku.... Bergenang juga ayaq mata ceq waktu tu... haha...
Adik ipar aku tu ok la orangnya.. Bagus budi bahasa apa semua.... Rasanya dia lebih baik daripada aku kot...  Dan yang lebih penting aku tengok dia boleh harap la tuk jaga adik aku tu...

Tak ucap pun takziah kat diorang... Aku ni agak diam sikit.. Mengacau jer kuat... Ngan adik ipar aku tu pun jarang bercakap.... Konon-konon abang ipar dia ni garang la...wakaka.... Aku memang macam ni derrr.... Susah nak rapat ngan orang... Heee....

--------------------------------------------------------------------

Kepada adik aku Fazillah Ton Binti Mohamad Puad
Adik ipar aku, Zek Ruzaini Bin Mat Nor
Selamat Pengantin Baru
Moga Bahagia dan Kekal Selamanya
Tahniah.


Ada macam pinang dibelah 2 tak??
Make-up terlampau.... Kalau tak lagi cantik kot adik aku tu... Hohoho

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment