Penyanyi Dan Pelakon Veteren Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Latiff Ibrahim diatas pemergian arwah. Bila terbaca tentang pelakon dan penyanyi veteren Latiff Ibrahim meninggal dunia, aku tak berapa kenal dengan nama Latiff Ibrahim, bila aku tengok gambar baru tahu orangnya...... Aku tak pasti la Allahyarham Latiff Ibrahim lebih dikenali dari segi nyanyian atau lakonan. Waktu Allahyarham popular aku kecik lagi rasanya. Tak pernah dengar lagu-lagu Allahyarham tapi aku suka gaya lakonan arwah yang bersahaja dan cool....
Sekali lagi takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Latiff Ibrahim. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin
Admin
10:50 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSumber Kadar Dividen KWSP 2011 6% :- Berita Harian Online
-------------------------------
Banyak juga tu kadar dividen KWSP bagi tahun 2011... Yang bergaji besar, dah bertahun kerja, lazatlah... Macam aku yang tak sampai 10 tahun ni boleh lah... Gaji pula kecik jer... Sikit-sikit, lama-lama bertimbun juga kan ;)
Bukan cerita artis, bukan isu semasa, bukan cerita politik, bukan pasal gadget, bukan bisnes.... Bukan bukan bukan... Ini kisah bagaimana seorang anak yang pernah dibuang sejak lahir, yang tidak pernah melihat wajah kedua ibu bapanya, yang tidak pernah mendapat kasih sayang ayah dan ibu, yang hidup merempat, mampu berjaya didalam hidup.
Muhd Khairul Hafiz Abdullah, 25, telah membuktikan seorang anak buangan juga mampu berjaya seperti orang lain yang mendapat kasih sayang juga perhatian insan bergelar ibu bergelar bapa. Seorang pengusaha perniagaan makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli.
Menjadi seorang pengusaha makanan sejuk beku dan juga penternak ikan keli sememangnya bukanlah kejayaan besar yang mampu menggemparkan satu dunia macam kejayaan Mark Zuckerberg mencipta laman sosial facebook. Tetapi bagaimana Muhd Khairul Hafiz Abdullah menggorak langkah daripada seorang anak buangan, merempat mampu menjadi seorang yang berdikari dan berjaya seperti hari ini.
Setengah daripada kita melihat kejayaan seseorang itu dengan melihat kejayaan dia pada hari ini, setengahnya lagi melihat bagaimana bagaimana kejayaan itu dicipta dan kejayaan yang paling besar adalah kejayaan daripada hasil usaha sendiri.
Ramai yang berjaya hasil daripada usaha sendiri. Tak dinafikan. Tetapi bagi Muhd Khairul Hafiz, dalam langkah mencipta kejayaan dirinya, dia juga perlu berdepan dengan status dirinya sendiri dan dia tidak pernah menjadikan status sebagai anak buangan sebagai penghalang untuk dia berjaya seperti orang lain.
-----------------------------------
"Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha mencari ibu atau bapa kandung, cium tangan serta ucap terima kasih kerana sekurang-kurangnya mereka membiarkan saya hidup"
Kata-kata dari seorang yang sangat berfikiran positif. Kata-kata dari seorang yang tidak pernah menyalah orang lain atas apa yang telah berlaku ke atas dirinya.
Satu kesilapan yang besar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa Muhd Khairul Hafiz Abdullah.
Tetapi......................................
Setiap yang berlaku ada hikmahnya....................
Semoga Muhd Khairul Hafiz Abdullah akan terus berjaya menjadi seorang usahawan dan dapat bertemu dengan orang tuanya....
Fatwa Forex Haram | Perniagaan Pertukaran Mata Wang Asing Haram
Kota Bharu : Jawatankuasa Fatwa Kebangsan hari ini memutuskan umat islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan dikalangan umat islam.
Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum islam.""Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian." katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 disini hari ini.
Abdu Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet dikalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak melibatkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu." katanya.
-------------------------------
Isu fatwa FOREX haram ni rasanya dah lama....3 4 tahun dah....dari tahun 2007/8.
Aku baru tahu pasal perniagaan pertukaran mata wang asing ni haram sebab aku tak main forex, kawan aku ada la.... Tapi biasalah, bila bermain dengan duit, kadang benda halal haram tu sanggup diketepikan.... Contoh... Tikam nombor ramalan... Terang-terang haram tu, tapi ada juga umat islam yang pi tikam no.... Tikam nombor tu dah haram, dia tambah lagi dosa dengan 'menurun nombor', 'puja nombor ekor'. Elok sangat la tuh!!
Penyanyi Whitney Houston Meninggal Dunia
Penyanyi Whitney Houston Meninggal Dunia - Utusan Online
Pada mereka yang hidup dalam era kegemilangan 1980an dan 1990an, tentu kenal dengan penyanyi Whitney Houston ni. Penyanyi yang memiliki suara tinggi. Tapi sayang, masalah penyalahgunaan dadah telah merosakkan reputasi dia sebagai penyanyi.
Lagu Whitney Houston yang paling aku minat 'I Will Always Love You'
Kerajaan Menyemak Semula Elaun Yang Diberikan Kepada Guru Besar
Sumber Semakan Semula Elaun Guru Besar - Utusan Online
Elaun Guru Besar kalau RM100 memang sikit, tapi gaji dah besar kira ok la...Ayah aku gaji tak sampai pun RM1000 :D
Admin
7:17 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKenapa Ramai Driver Gantung Patung Bawah 'Bumper' Belakang Kereta
Pernah tengok anak patung digantung di belakang bumper kereta?? Macam gambar di atas tu. Aku banyak juga jumpa kereta yang menggantung patung di bumper kereta ni. Aku terfikir gak, apa motifnya menggantung patung di belakang bumper kereta tu? Dapat elakkan kemalangan ker? Dapat memindahkan cas elektrik dari kereta ke atas jalan raya ker? Dapat menambah kelajuan kereta ker? Tapi jawapan yang aku pilih, mungkin driver tu bermunge-munge hatinya... Suka pada sesuatu yang comel :P
Sekarang aku dah tahu jawapannya........
Asal usul budaya menggantung patung di belakang bumper kereta ni sebenarnya daripada budaya orang Thailand. Orang Thailand percaya orang-orang yang meninggal akibat kemalangan, roh mereka akan berlegar-legar sekitar tempat kemalangan tersebut, terutama roh kanak-kanak. Untuk mengelakkan roh-roh tersebut mengganggu mereka, mereka menggantung anak patung di bumper kereta untuk mengelakkan roh-roh tersebut mengganggu mereka dan mengakibatkan kemalangan.
Firman Allah, Mafhumnya - Maka barangsiapa mengikut petunjukKu, maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling tadah, tidak ingat kepada Ku, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitkannya di Hari Kiamat dalam keadaan buta. (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka. (Riwayat Abu Daud)
Jadi kepada sesaper yang menggantung anak patung dibelakang bumper kereta tu, cabut ler. Yang baru tahu tu jangalah menggatal pulak nak gantung anak patung di bumper kereta yer.
Tonton Full Movie Online Sumpahan Kum Kum
Terbaik!! Itu komen aku selepas aku menonton Full Movie Online Sumpahan Kum Kum ni. Bukan sekadar bergenre seram, tetapi penuh dengan pengajaran. Antara filem seram terbaik yang aku tengok. Dari segi jalan cerita, tahap keseraman (aku syorkan yang ada penyakit jantung dan perempuan mengandung jangan tengok), dan pengajaran aku bagi A.
Sinopsis Sumpahan Kum Kum
Kisah bermula selepas kematian Mak Som. Mengisahkan tentang keluarga Adi yang diganggu oleh jelmaan Milah. Milah seorang gadis hodoh yang semasa riwayat hidupnya pernah mendapat rawatan daripada Mak Som iaitu menggunakan ilmu hitam, susuk, untuk kelihatan cantik. Milah melanggar pantang larang yang ditetapkan Mak Som yang menghalang Milah daripada melihat cermin selama 44 hari. Disebabkan itu, wajah Milah yang cantik telah bertukar hodoh dan untuk mengembalikan kecantikan wajahnya, Milah terpaksa membunuh 9 gadis sunti dan menghisap darah kesemua gadis-gadis yang dibunuh. Tanpa sengaja, Milah telah membunuh anak perempuan Mak Som. Disebabkan itu, Mak Som telah membunuh Milah. Sewaktu kematian Milah, Milah telah bersumpah yang dia akan mengganggu seluruh keluarga Mak Som iaitu membunuh kesemua gadis sunti keturunan Mak Som. Dalam pada masa yang sama, Adi mempunyai seorang anak perempuan bernama Tini..........
**Kalau Sumpahan Kum Kum ni dah kena block dek Youtube.. Harap maklum yer....
Pelajar IPT Guna Azimat 'Daun Sirih Hikmat' Untuk Lulus Peperiksaan Bahasa Inggeris
Dalam era teknologi macam ni, masih ada rupanya pelajar IPT yang terlalu taksub dengan kepercayaan-kepercayaan khurafat macam ni. Adulaa... Menyimpang sungguh. Pelajar IPT tu. Sia-sia belajar sampai menara gading kalau bergantung kat azimat 'daun sirih hikmat' tu.
Kalau atas paper keputusan baik, tapi time interview terkebil-kebil. Tak guna juga.
Remaja Boleh Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan
Sumber Remaja Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Kemalangan :- Sinar Harian
Sebenarnya aku bukan nak sentuh sangat bab remaja yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa selepas kemalangan tu. Sebab pada aku, tak ada yang luar biasanya. Tak silap aku aku ada juga macam ni kat luar negara. Ada juga kes luar negara, dalam rancangan 'Believe It Or Not', aku masih ingat mamat tu boleh menulis perkataan dari belakang ke depan selepas kemalangan kalau tak silap. 'Kereta' tapi dia tulis 'aterek' dengan lancar dan berbentuk satu ayat. Pernah tengok dalam TV orang tu lupa ingatan tapi bila kepala dia terhantuk, dia dapat mengingati balik perkara-perkara yang sebelum ni dia lupa? Atau seorang yang buta dapat lihat balik selepas dia terhantuk. Pernah kan.
Otak mengawal segala mekanisme dalam badan. Terdapat berjuta urat saraf dalam otak, termasuklah saraf untuk mengawal bahasa pertuturan. Mungkin terdapat saraf yang terganggu didalam otak Noraini Ismail ni yang menjadikan dia macam tu.
Apa yang aku kesalkan.... Masalah yang dihadapi oleh Noraini ni macam bahan ketawa atau bahan lucu pula. Kenapa aku cakap macam tu? Tengok screen capture di bawah
Kawan tu sakit der... Bukan dia nak jadi macam tu.... Aduhai... Macam orang yang ditimpa masalah, kita tepuk tangan pula seronok melihat. Dah lah dari keluarga kurang berada.
Aku tak tengok benda ni sebagai 'kebolehan'. Kalau kebolehan tu, seseorang tu tak kan hadapi masalah dengan keistimewaan tu kan. Tapi ada juga yang bagus komennya... Yang tumpang simpati...
Tak ada apa-apa mistik pun kes ni.. Sebab dia melibatkan otak. Apa-apa pun ni semua ditentukan Allah S.W.T.. Moga adik Noraini Ismail akan pulih dan keluarga dia tak kan hadapi masalah lagi.
Yang dalam cerita Spiderman tu bolehlah jadi bahan lawak... Kena ketik labah-labah langsung dapat kuasa panjat dinding... Kan??
Faktor Mempengaruhi Pendapatan Nuffnang
Kepada sesaper yang memiliki blog, tak kira menggunakan hosting berbayar mahupun yang percuma, rasanya perkataan Nuffnang bukan lagi perkataan yang asing. Semua blogger tak kira newbie atau dah capai tahap otai tahu yang Nuffnang antara salah satu lubuk untuk menjana pendapatan daripada blog.
Ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan baru dapat cash-out RM50 daripada Nuffnang. Ada juga yang tak sampai sebulan, dah dapat beratus-ratus ringgit daripada Nuffnang, beribu pun ada.
Kat sini ada beberapa faktor atau cara yang mempengaruhi pendapatan seseorang didalam meningkatkan pendapatan Nuffnang
1. Status ahli Nuffnang - Didalam Nuffnang, terdapat dua status, iaitu status Ordinary Member dan juga Glitterati Member. Mereka yang mendapat status Glitterati, nisbah pendapatan mereka lebih tinggi berbanding status Ordinary. Untuk mendapat status Glitterati Member ni mudah jer, jangan ada iklan lain yang 'bersekedudukan' dengan iklan Nuffnang yang diharamkan oleh pihak Nuffnang didalam blog tersebut.
2. Buffered Earning - Dalam bahasa melayunya, Buffered Earning ni bermaksud Pendapatan Bertumpuk. Buffered Earning ni bergantung kepada advertiser atau pengiklan yang beriklan dengan Nuffnang. Mereka akan memilih blog-blog yang tertentu untuk meletakkan iklan-iklan mereka berdasarkankan beberapa faktor yang terdapat pada blog tersebut seperti keahlian ahli, bilangan traffik, niche blog, gaya persembahan serta beberapa faktor lain.
3. Iklan Advertorial - Iklan Advertorial merupakan iklan berbayar yang istimewa daripada Nuffnang. Iklan Advertorial ini bermaksud blogger dibayar berdasarkan artikel yang ditulis tentang satu-satu iklan. Iklan Advertorial juga dikenai sebagai Sponsored Post. Bayaran yang bakal diberikan sangat menarik kerana ia boleh mencecah sehingga RM600 untuk satu post. Kelayakan untuk mendapatkan Sponsored Post ini adalah satu-satu blog itu perlu setia dengan Nuffnang dan mempunyai hit traffik 1000 sehari minimum.
4. Cost Per Action (CPA) - Cost per Action adalah pendapatan dimana blogger akan diberikan komisyen untuk setiap pembelian pelawat daripada iklan-iklan yang terdapat didalam blog mereka
5. Menyertai contest Nuffnang - Nuffnang sering mengadakan contest-contest untuk para blogger dengan tawaran hadiah yang menarik. Melalui contest, blogger berpeluang menggandakan lagi pendapatan mereka didalam Nuffnang.
Ada sesetengah blogger kata Nuffnang pilih kasih. Aku sendiri tak paham pilih kasih yang macam mana. Tapi mungkin Nuffnang akan lebih melihat kepada blog atau blogger yang aktif bersama mereka seperti menyertai event-event yang diadakan nuffnang, yang rajin bertanya Nuffnang itu ini dengan menghantar tiket petanyaan atau cadangan.
Admin
11:30 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia3. Iklan Advertorial - Iklan Advertorial merupakan iklan berbayar yang istimewa daripada Nuffnang. Iklan Advertorial ini bermaksud blogger dibayar berdasarkan artikel yang ditulis tentang satu-satu iklan. Iklan Advertorial juga dikenai sebagai Sponsored Post. Bayaran yang bakal diberikan sangat menarik kerana ia boleh mencecah sehingga RM600 untuk satu post. Kelayakan untuk mendapatkan Sponsored Post ini adalah satu-satu blog itu perlu setia dengan Nuffnang dan mempunyai hit traffik 1000 sehari minimum.
4. Cost Per Action (CPA) - Cost per Action adalah pendapatan dimana blogger akan diberikan komisyen untuk setiap pembelian pelawat daripada iklan-iklan yang terdapat didalam blog mereka
5. Menyertai contest Nuffnang - Nuffnang sering mengadakan contest-contest untuk para blogger dengan tawaran hadiah yang menarik. Melalui contest, blogger berpeluang menggandakan lagi pendapatan mereka didalam Nuffnang.
Ada sesetengah blogger kata Nuffnang pilih kasih. Aku sendiri tak paham pilih kasih yang macam mana. Tapi mungkin Nuffnang akan lebih melihat kepada blog atau blogger yang aktif bersama mereka seperti menyertai event-event yang diadakan nuffnang, yang rajin bertanya Nuffnang itu ini dengan menghantar tiket petanyaan atau cadangan.
Foto Album Elektronik a.k.a Facebook
Entry ni idea 3 saat.... Idea datang menjelma selepas baca entry "Baru Belajar Chatting Facebook".
Entry "Belajar Chatting Facebook" oleh Adele mengisahkan tentang ibu bapa dia yang tak tahu bermain Facebook dan belajar cara untuk berkomunikasi menggunakan Facebook.
Dalam entry aku ni pula mungkin mengimbau sedikit kisah silam.... Kalau dulu waktu belum ada Facebook, ingat tak bagaimana ibu bapa kita menyimpan gambar-gambar kenangan. Mungkin gambar-gambar diorang waktu muda-muda, waktu kita masih kecil.... Melalui foto album kan yang aku sendiri tak tahu lah tebal mana foto album tu kalau banyak sangat gambar yang disimpan. Kalau gambar-gambar yang dah lama tu, mungkin berwarna hitam putih kerana teknologi pada waktu tu yang tak sehebat teknologi zaman sekarang. Kalau gambar tu dah masuk era gambar berwarna, gambar yang lama tu akan kelihatan kekuning-kuningan. Kerana tindak balas udara dan persekitaran.
Sekarang dah berubah.... jarang sekali foto album digunakan untuk menyimpan gambar-gambar yang bakal menjadi kenangan pada kita nanti. Kalau ada mungkin foto gambar perkahwinan atau majlis-majlis tertentu yang diframekan dan digantung didinding rumah untuk menjadikan foto tersebut istimewa. Kalau dulu, ambil gambar menggunakan kamera, pergi ke kedai gambar, mintak dicucikan gambar tersebut. Sekarang tak perlu lagi semua tu, ambil sahaja gambar, langsung dimasukkan ke dalam komputer, facebook lebih tepat. Langsung segenap manusia boleh lihat gambar-gambar tersebut :)
Kalau 10 tahun dulu sebelum adanya Facebook, foto dialbumkan. agak-agak lagi 10 tahun kedepan bagaimana pula gambar-gambar disimpan untuk dijadikan kenangan??
Lebih suka lihat foto album...lebih menggamit memori berbanding lihat di facebook..... Lebih lapuk kepingan gambar tu, terasa lebih bermakna kepingan gambar tu.... Kan?
Tingkatkan Traffik Blog Dengan Facebook Comment Plugin
Facebook Comment Plugin merupakan satu 'application' yang terdapat didalam laman sosial Facebook yang boleh dimasukkan ke dalam laman web/blog sebagai widget.
Facebook Comment Plugin membolehkan seseorang pelawat laman web atau blog meninggalkan komen mereka menggunakan akaun facebook mereka tanpa perlu mereka memasukkan nama, email, atau alamat URL. Mereka yang meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini besar kemungkinan mereka tidak mempunyai laman web atau blog.
Dengan menggunakan Facebook Comment Plugin ini, ianya akan dapat membantu sesebuah laman web atau blog itu menjana traffik daripada laman sosial Facebook secara viral. Viral disini dapat didefinisikan sebagai penyampaian secara tidak langsung sesuatu maklumat (laman web/blog) kepada orang lain melalui orang tengah atau perantara. Contoh : Ali meninggalkan komen didalam sebuah blog bertajuk "Tingkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin" menggunakan Facebook Comment Plugin yang terdapat didalam blog tersebut. Melalui komen yang ditinggalkan oleh Ali tadi, sekaligus entry blog bertajuk "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Facebook Comment Plugin" tadi dapat disebarkan melalui akaun facebook Ali dimana rakan-rakan Ali turut dapat mengetahui serta melihat kewujudan entry blog tersebut. Daripada Ali seorang, entry tersebut dapat disebarkan kepada 10 orang, melalui 10 orang, disebarkan lagi kepada 10 orang yang lain dan seterusnya.
Tetapi keberkesanan meningkatkan traffik blog menggunakan Facebook Comment Plugin ini bergantung kepada beberapa faktor seperti niche blog, tajuk entry, dan juga siapa pelawat blog itu sendiri.
Niche blog : Kalau niche blog tu tentang cintan cintun si blogger tu kepada kekasih dia, berapa kerat sangat nak masuk ke dalam blog tersebut serta meninggalkan komen. Niche tentang isu semasa, sukan, dunia artis mungkin dapat meningkatkan peratus pelawat meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin ini. Kata yang lebih mudah, niche yang dapat menarik minat orang ramai untuk membaca entry tersebut.
Pelawat : Jika pelawat yang membaca entry "Meningkatkan Traffik Blog Menggunakan Comment Plugin" tersebut kebanyakannya merupakan 'return visitor' yang sememangnya mempunyai blog mereka sendiri, pelawat tersebut pasti akan meninggalkan komen menggunakan comment widget daripada penyedia blog itu sendiri berbanding menggunakan Facebook Comment Plugin. Tetapi jika pelawat-pelawat blog itu daripada search engine atau rakan-rakan facebok yang mungkin tidak mempunyai blog, ini akan meningkatkan peratus pelawat tersebut meninggalkan komen menggunakan Facebook Comment Plugin.
Namun begitu, menggunakan Facebook Comment Plugin ini ada baik buruknya juga. Ini kerana jika pembaca meninggalkan komen melalui Facebook Comment Plugin ini, tiada 'notification' yang akan memberitahu empunya milik laman web atau blog tersebut akan komen-komen baru yang diterima seperti mana terdapat notification daripada sistem blog yang memberitahu akan kewujudan komen baru jika pembaca meninggalkan komen daripada ruangan komen blog itu sendiri. Mungkin fungsi notification ini tidak penting bagi seseorang blogger itu kerana dia hanya sekadar untuk meningkatkan traffik, tetapi ianya sangat penting jika ia membabitkan sesebuah temujanji, mungkin blogger itu seorang pakar perniagaan internet yang mana terdapat pembaca yang menjemput blogger itu membuat 'talk', atau mungkin blogger itu seorang pakar motivasi.
Apa-apa pun semuanya bergantung kepada empunya blog atau laman web itu sendiri samada ingin memasukkan Facebook Comment Plugin atau tidak. Jika dirasakan blog itu mempunyai banyak traffik daripada enjin carian atau mempunyai pembaca setia daripada laman sosial facebook, Facebok Comment Plugin ini mungkin dapat membantu meningkatkan lagi bilangan traffik blog atau laman web tersebut. Macam Amry's Blog, suka-suka letak jer Fcebook Comment Plugin ni, kalau ada pembaca yang tingalkan komen menggunakan Facebok Comment Plugin tu, adalah, kalau tak ada, tak ada lah. Nasib lah :)
Admin
1:51 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Orang Gila Bersuara Emas
Orang gila? Aku tak pasti, video ni aku terjumpa kat Youtube bertajuk "Orang Gila Bersuara Merdu" Merdu sungguh suara dia. Aku 3 4 kali dengar walaupun aku tak paham apa yang dia nyanyikan, orang Indonesia. Aku berani jamin korang pun akan ulang dengar video "Orang Gila Bersuara Merdu" ni. Memang sedap suara dia.
Tonton Live Streaming Online TV
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kat sini aku nak share satu laman web yang menyiarkan Live Streaming Online TV. Banyak juga saluran TV yang terdapat didalam laman web tersebut. Kira kalau nak taip, penat juga jari aku ni. Yang best tu, Live Streaming TV Astro pun adaaaaa..... Memang tarbaek lah!!
Kepada sesaper yang tak der TV kat bilik atau rumah tu, yang tak ada Astro tu, Web Live Streaming Online TV ni mungkin akan membuatkan korang termelompat sekejap! Terutama kepada kaki tonton TV.
Layanzzzzzz..........
Web Live Streaming Online TV bukan kepunyaan Amry's Blog, oleh itu sebarang masalah penyiaran, bukan masalah Amry's Blog.
UPDATE :
Live Streaming untuk media prima TV3, NTV7,TV9,8TV
Kualiti gambar 1000%!!