Home » » Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Kemalangan

Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Kemalangan

Remaja Boleh Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan

Remaja Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan
Remaja Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan
Remaja Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan
Sumber Remaja Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Kemalangan :- Sinar Harian

Sebenarnya aku bukan nak sentuh sangat bab remaja yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa selepas kemalangan tu. Sebab pada aku, tak ada yang luar biasanya. Tak silap aku aku ada juga macam ni kat luar negara. Ada juga kes luar negara, dalam rancangan 'Believe It Or Not', aku masih ingat mamat tu boleh menulis perkataan dari belakang ke depan selepas kemalangan kalau tak silap. 'Kereta' tapi dia tulis 'aterek' dengan lancar dan berbentuk satu ayat. Pernah tengok dalam TV orang tu lupa ingatan tapi bila kepala dia terhantuk, dia dapat mengingati balik perkara-perkara yang sebelum ni dia lupa? Atau seorang yang buta dapat lihat balik selepas dia terhantuk. Pernah kan.

Otak mengawal segala mekanisme dalam badan. Terdapat berjuta urat saraf dalam otak, termasuklah saraf untuk mengawal bahasa pertuturan. Mungkin terdapat saraf yang terganggu didalam otak Noraini Ismail ni yang menjadikan dia macam tu.

Apa yang aku kesalkan.... Masalah yang dihadapi oleh Noraini ni macam bahan ketawa atau bahan lucu pula. Kenapa aku cakap macam tu? Tengok screen capture di bawah

Remaja Bertutur Bahasa Asing Selepas Kemalangan

Kawan tu sakit der... Bukan dia nak jadi macam tu.... Aduhai... Macam orang yang ditimpa masalah, kita tepuk tangan pula seronok melihat. Dah lah dari keluarga kurang berada.
Aku tak tengok benda ni sebagai 'kebolehan'. Kalau kebolehan tu, seseorang tu tak kan hadapi masalah dengan keistimewaan tu kan. Tapi ada juga yang bagus komennya... Yang tumpang simpati...

Tak ada apa-apa mistik pun kes ni.. Sebab dia melibatkan otak. Apa-apa pun ni semua ditentukan Allah S.W.T.. Moga adik Noraini Ismail akan pulih dan keluarga dia tak kan hadapi masalah lagi.

Yang dalam cerita Spiderman tu bolehlah jadi bahan lawak... Kena ketik labah-labah langsung dapat kuasa panjat dinding... Kan??

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment