Home » » Tonton Online Songlap Full Movie

Tonton Online Songlap Full Movie

Tonton Online Filem Songlap Full Movie


Tonton Online Filem Songlap Full Movie

Kepada sesaper yang belum tengok filem Songlap ni lagi, boleh la tonton online filem Songlap full movie ni di Youtube sementara filem Songlap ni di block yer... hehe

Aku dah tengok malam tadi..... Mengisahkan tentang 2 orang adik beradik, Am dan Ad yang terlibat didalam kancah sindiket pemerdagangan manusia.....Walau bagaimana pun kedua-dua mereka mempunyai corak hidup yang berbeza... Am sememangnya sanggup terlibat dengan kancah jenayah semata-mata untuk menampung wang perjudiannya, manakala Ad pula mengimpikan masa depan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy dan ingin lari dari dunia kancah jenayah.... 

Aku tak nak cerita lebih-lebih. Kang hilang suspen kan. Hehe. Lagipun aku rasa dah ramai juga yang kaki tonton tu dah tahu sinopsis filem Songap ni.. Kesimpulan dia.... Penguat dalam filem Songlap ni, Shaheizy Sam la semestinya yang memegang watak Am, abang kepada Ad lakonan Syafie Naswip... Pelakon-pelakon lain agak hambar.... Aksi-aksi dalam filem songlap ni boleh tahan juga..... Yang penting bagaimana pengarah filem Songlap ni iaitu Affendee dan Fariza Azrina menyusun jalan cerita. Dari totally tak faham apa sebenarnya yang berlaku, apa sebenarnya yang Am dan Ad lakukan, diorang susun plot-by-by plot sampai la penonton tahu apa yang Am dan Ad ni lakukan... Dan ada juga jalan cerita filem Songlap ni sampai kesudah penonton tak kan faham apa sebenarnya yang berlaku....

Cuma ending dia fail sikit la.... Agak tergantung..... Tak tahu apa kesudahan Am dengan Ad. Mungkin pengarah tak menitik beratkan pada bahagian ending, tetapi bagaimana perjalanan 2 orang beradik ni menempuh perjalanan hidup mereka yang penuh pancaroba ditengah kota untuk meneruskan kehidupan. Bagaimana 2 orang beradik ni meneruskan kehidupan mereka tanpa kasih sayang ibu dan ayah sehingga menjerumuskan mereka ke lembah jenayah.

Songlap | Antara Kasih Sayang, Maruah, Wang Dan Penghormatan

Songlap - Kerja Kotor, Sapu Bersih. Memang kena la tema filem ni. Jom layan....

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment