Assalamualaikum rakan-rakan sekalian......Sedar tak sedar kita telah pun berada di penghujung Ramadhan. Terlalu pantas rasanya waktu berlalu. Bagaimana persiapan raya korang? Rumah dah berhias ker? Baju raya berapa pasang? Kuih raya banyak ker tahun ni? Yang dah berkeluarga tu, tahun ni raya dimana?
Semakin hampirnya syawal, semakin meriahlah suasana dirasakan terutama ibu bapa dikampung yang menyambut anak-anak mereka dari kota. Kita juga dapat lihat kalau dikampung hari-hari biasa lengang, kini penuh dengan kenderaan-kenderaan dari kota yang berpusu-pusu pulang. Kemeriahan semakin dirasai apabila ramai yang keluar membeli belah menyiapkan persiapan terakhir menyambut syawal yang bakal tiba.
Dalam kemeriahan kita menyambut syawal yang bakal tiba, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik yang tidak dapat beraya bersama orang yang tersayang atau mereka yang kurang berkemampuan. Senangkanlah hati mereka agar mereka juga dapat menikmati susasana raya yang hanya setahun sekali ini. Dengan membuat orang lain gembira aku percaya kita akan lebih menikmati kegembiraan itu malah kegembiraan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat menyambut hari lebaran
Takbir bergema di hening pagi
memohon keampunan ke hadrat Illahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulu ucapan salam Aidilfitri
Akhir kata dari aku, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Ada salah silap, terkasar bahasa, harap dimaafkan.
Berhati-hati memandu di jalan raya.
Admin
11:16 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian...... Kita dah pun memasuki 10 hari terakhir didalam bulan Ramadhan. Bagaimana puasa-puasa korang? Harap rekod masih bersiha la yer. hehe........ Dah lama rasanya tak buat entry sengal-sengal... hhohohho...
Ok. entry kali ni bukan entry sengal.
Bapa Bayi Kembar Tiga Mohon Bantuan
Kisah sepasang suami isteri ni pernah masuk berita TV3 baru-baru ni. Aku sempat tengok sekilas. Kisah pasangan suami isteri ni juga dah pun mendapat liputan media cetak dengan tersiarnya kisah diorang dalam Utusan Malaysia 17 Ogos baru-baru ni.
Bapa Kembar Tiga Mohon Bantuan - Utusan Malaysia |
Walaupun aku belum berkeluarga.... dan sah-sah la aku belum ada anak kan. Tapi aku tahu susahnya untuk menyara seorang bayi terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sebab aku ada kawan yang susah macam ni, tapi bukan anak kembar la. Walaupun bukan kembar tapi cukup perit aku tengok dia nak besarkan anak dia yang seorang tu. Ini kan pula 3. Korang yang dah berkeluarga aku rasa lagi sedia maklum la kan. Bukan sikit duit wooo.... Pampers jer dah berapa ringgit, susu lagi.... Dengan pendapatan RM400, sememangnya tak cukup.
Ketepikan alasan dibawah :
** "Ala...suami dia kuat, bini dia boleh kerja. Boleh tampung la"
** "Itu la... &^$$&* sangat. Kan dah dapat kembar"
** "Janganla nak meminta sangat. Usaha sendiri la"
** " Ala, pihak berwajib ada"
JANGAN BILA KES ORANG ISLAM KITA ATAU PASANGAN NI PERGI KE GEREJA MINTA BANTUAN SEBAB TAK DAPAT BANTUAN DARI KITA SAUDARA ISLAM DIA, BARU KITA NAK MENYALAK HINA-HINA DIORANG, SALAHKAN DIORANG. TEPUK DADA TANYA SELERA. BAK KATA NABIL RJ... LU FIKIR SENDIRI
Tak payah banyak... Macam kata mama kembar tiga ni yang juga ibu kepada kembar tiga. RM5 seorang, kalau 300 orang tak RM1.5K. Tak luak kot RM5 tu..
Sumbangan boleh diberikan menerusi akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim : 02-048-02-051121-2
yang beralamat : Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong 09100 Baling Kedah
Phone no : 013-4214573
Kita semua sibuk buat persiapan raya, sebaliknya bagi pasangan keluarga ini. So, sempena bulan mulia ni, jom kita ringankan beban keluarga ni yang hanya 1 dari mereka yang memerlukan bantuan.
---------------------------
Pengurangan bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan Kemerdekaan 2011
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bulan kemerdekaan 2011 ini. 24 Lebuh Raya akan memberikan diskaun atau rebat tol kepada pengguna-pengguna Lebuh Raya seluruh negara pada 30 dan 31 Ogos ini
Senarai Lebuh Raya Terlibat Pemberian Rebat 2011 |
Selain dari itu, sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka untuk mengelakkan kesesakan di Pantai Timur.
Tiga laluan yang akan dibuka iaitu bermula dari
* Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Bukit Ajil sepanjang 42.4 KM.
* Laluan Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 KM
* Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 KM.
Jadual pemberian diskaun/rebat tol sempena hari raya 2011 - anastasyea |
Dalam pada itu, kenderaan yang membawa muatan berat tidak dibenarkan menggunakan laluan Lebuh Raya pada 27 dan 28 Ogos dan juga pada 3 dan 4 September ini.
--------------------
Pelbagai usaha dilakukan untuk memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna Lebuh Raya sekaligus mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang sememangnya meningkat pada musim perayaan.
Semoga kita menjadi pemandu dan penunggang yang berhemah.
Sentiasa bersabar ketika berada di atas jalan raya.
Ingat orang yang tersayang.
Admin
9:36 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSenarai Harga Barang Runcit Bagi Tahun 2011
Senarai Harga Barang Runcit 2011
Harga Barang Runcit 2011 | Harian Metro |
Lapor Kenaikan Harga Barang Kawalan
Perkara biasa bila tiba musim perayaan, peruncit atau pemborong akan menaikkan harga barang runcit untuk mengaut keuntungan. So sebagai pengguna kena peka dengan perkara ni terutama yang berada di kawasan pekan atau luar bandar kerana majoriti kurang ambil tahu atau kurang terdedah akan perkaran ni yang menjadikan peniagan atau pemborong menaikkan harga barang runcit sesuka hati. Pastikan peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barangan runcit yang telah dikawal. Jika terdapat peruncit atau pemborong yang tidak meletakkan tanda harga atau menaikkan harga barang kawalan sesuka hati sila laporkan kepada : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di talian
03-88825500
Admin
9:37 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNuzul Al-Quran |
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.... Hari ni selesai sudah kita mengerjakan ibadah puasa yang ke 17 iaitu 17 Ramadhan......
17 Ramadhan merupakan tarikh dimana berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, iaitu pada malam jumaat di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa Agung didalam sejarah umat manusia dimana Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada nabi S.A.W.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan yang mana isi kandungannya meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, mualamat dan munakahat dan sebagainya. Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada nabi Muhamad selama kira-kira 23 tahun (13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah) mengikut peristiwa semasa yang berlaku.
Dan orang-orang yang kafir berkata : Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus?) Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepada mu dengan teratur satu persatu. (Al-Furqan : 32)
ANTARA KEHEBATAN AL-QURAN
1. Allah berfirman yang bermaksud. "Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun denan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka saling bantu membantu sesama sendiri. (Al-Israa' : Ayat 88)
2. Orang yang membaca, melihat dan menghafaz sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran merupakan sumber hidayah bagi kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun dikalangan umat manusia atau jin yang mampu mecipta ayat setanding Al-Quran. Firman Allah "Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar. (Al-Baqarah : Ayat 23)
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi S.A.W
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bermakna sifat kehebatan, keagungan dan kesaktian Al-Quran secara tersendiri dengan pengertian dan pemahaman yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. "Inilah kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunuk kepada orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : Ayat 22)
8. Mendapat gajaran dan pahala kepada sesiapa yang membaca Al-Quran. " Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"
"Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah ( Al-Quran) dan Sunnahku (Al-Hadis)
Peringatan untuk penulis dan sesiapa sahaja yang melawat Amry's Blog
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran
PELUANG TAMBAH PENDAPATAN DENGAN EMAILDUIT
EMAILDUIT |
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat.......
Kat sini aku nak announce sikit lah satu peluang menambah pendapatan yang aku rasa mungkin baru juga. EMAILDUIT.
Yang selalu datang ke blog aku ni, korang mesti perasan banner yang aku pasang tu kan? Ha.... tu bukan banner Nuffnang okay. Itu adalah banner untuk EMAILDUIT
-----------
Program berkonsepkan "Affiliate", "Pay per Click" dan juga "Pay per Lead"
Terdapat 2 pakej.
Pakej Percuma - RM0 : Setiap link korang yang diklik, korang akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 (Pay per Click). Sekiranya terdapat mana-mana individu yang mendaftarkan diri dibawah korang sebagai ahli berbayar iaitu mengambil Pakej Biz bernilai RM100, korang akan mendapat komisyen sebanyak RM10 iaitu 10% komisyen (Pay per Lead)
Pakej Biz - RM100 : Setiap link yang diklik, korang akan mendapat komisyen RM1. Sekiranya terdapat mana-mana individu yang mendaftar sebagai ahli berbayar (Pakej Biz), korang akan mendapat komisyen sebanyak RM60. 60% komisyen
Sebagai ahli berbayar atau yang mengambil Pakej Biz, korang juga akan diberikan 3 Ebook yang mana Ebook tersebut bertindak sebagai produk didalam program ini.
(Pengambilan Deposit untuk mendapat pulangan berganda tanpa mempunyai produk boleh dianggap SCAM didalam perniagaan online)
(Pengambilan Deposit untuk mendapat pulangan berganda tanpa mempunyai produk boleh dianggap SCAM didalam perniagaan online)
Mudah. Hanya dengan "park" link referral korang, korang akan mendapat komisyen melalui klik dan juga pendaftaran ahli baru (Ahli berbayar). Tidak kira samada link disebar menggunakan Email, Blog, Iklan-iklan percuma, mahupun laman sosial. Had minimum pengeluaran komisyen adalah RM70.
Syarat pengeluaran/cas-out adalah korang perlu mempunyai seorang ahli berbayar dibawah korang dan setiap cash-out tidak boleh ahli berbayar yang sama untuk kali kedua.
Walau tanpa sebarang modal, korang tetap mampu menjana pendapatan dengan EMAILDUIT
Daftar sekarang dan jadi antara yang terawal!!!
-----------------
Review aku tentang EMAILDUIT
BERBALOI - Walau berdaftar secara percuma, korang tetap mampu menjana pendapatan dengan EMAILDUIT ini. Kalau ambil Pakej Biz..........??? 1 klik RM1, kalau 10 orang yang klik tak RM10...Atas angin jer. Kalau 10 10 ambil Pakej Biz... Tak RM600..... Kenapa aku cakap 10 10..?? Sebab mudah ma.... "Park" link sahaja. Modal cuma sekali.. Kalau nak untung la kan....... Kalau tak nak... Aku pon tak paksa ambil pakej tu.... Bukan semua berduit meeeiiii..... Tapi kalau ambil baloi tak??
MUDAH - Bukan MLM k yang nak kena pujuk-pujuk orang suruh join. Biar Income yang pujuk diorang. Kenapa aku cakap macam tu?? Alo kawan..... 1 klik RM0.10 dengan RM1 mana u mau??? Satu ahli baru bawah u komisyen RM10 dengan RM60 mana u mau?? Lu olang tak payah pujuk-pujuk ma... Lia olang boleh sindili pikir ma..... Soly soly..wa kembali menjadi melayu asli.. :P Kalau korang la, RM100 sekali join, dapat komisyen yang jauh ebih tinggi dari RM0.. Mana korang pilih?
MURAH - RM100... Tak la murah kan.. Orang macam aku berat juga nak hulur RM100 tu.... Tapi............ Sekali bayar sahaja maaaa...... Murah la kan?
** Sila respek aku sebagai referral korang. Tolong jangan dibuang referral kod aku k.
Tapi kalau nak buang silakan. Sebab sesiapa yang berdaftar bawah aku, akan diberikan percuma
Tapi kalau nak buang silakan. Sebab sesiapa yang berdaftar bawah aku, akan diberikan percuma
Ebook "Asas Panduan Affiliate"
beserta lesen PLR (Hak penjualan semula)
Apalagi yang ditunggu?? Jom kita buat duit Raya!!!
Klik banner dibawah
Pengaruh Kristian |
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
SATU LAGI CARA ORANG KRISTIAN MENYEBARKAN AGAMA MEREKA
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
UPDATED: BLOGPOT TELAH DIHAPUSKAN SEHARI SELEPAS ARTIKEL INI DIPUBLISH.
UP RANKING BLOG | TIPS MUDAH TINGKATKAN BOUNCE RATE
Kembali dengan sedikit tips SEO..... :P. Rasanya para otai SEO tentu tahu apa itu Bounce Rate. Haaaa..... So entry aku ni untuk mereka yang bukan otai la yer. Macam aku..hehe.
Apa itu Bounce Rate?
Ok. BI aku fail. Tapi daripada pemahaman aku Bounce Rate ni bermaksud tempoh seseorang pelawat atau pengunjung blog atau web tu berada pada satu-satu page. Semakin lama pelawat itu berada pada page tersebut, semakin bagus Bounce Rate web atau blog tersebut.
Bounce Rate dinilai menggunakan sukatan %, iaitu dari 1% hingga 100%. Semakin rendah % Bounce Rate, semakin bagus anggapan Google terhadap isi kandungan blog tersebut mengikut permintaan keyword. Lebih tepat, Bounce Rate dibawah 30% adalah yang terbaik. Bounce Rate yang melebihi 60% adalah kurang baik.
Daripada petikan diatas, Google menyatakan untuk mendapatkan % Bounce Rate yang bagus, isi kandungan didalam entry tersebut perlulah relevan mengikut kata kunci yang disetkan. Sekiranya kata kunci yang dicari relevan dengan entry blog, maka pelawat akan membaca keseluruhan entry tersebut yang membuatkan pelawat berada pada page itu untuk tempoh yang lebih lama.
TUTORIAL MENGARAHKAN WINDOW BARU DIBUKA UNTUK KE LINK LAIN
Itu tips yang diberikan oleh Google....... Tips dari aku pula yang ramai dah tahu iaitu................
Setkan blog dimana arahkan satu window baru dibuka apabila pengunjung ingin pergi ke page atau url lain. Macam ni.
Jadi secara teori apabila pelawat klik pada link lain, pelawat tersebut masih stay pada main page tadi.... (kalau dia tak klik "X" la..huhu) Sedikit sebanyak cara ni dapat memberikan sedikit impak pada Bounce Rate dan mungkin boleh menaikkan sedikit ranking blog. Sikit la kot.....hehe.. caranya........
Pergi ke Dashboard
Klik Design
Klik Edit HTML
Salin kod HTML dibawah...........
paste kan diantara kod
Klik preview untuk memastikan tiada masalah.
paste kan diantara kod
Klik preview untuk memastikan tiada masalah.
Jika tiada masalah klik save.
Nak check Bounce Rate, boleh check di Google Analytics.
Siapa-siapa yang terror SEO, meh la kongsi pandangan..hehe
Admin
12:10 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNak check Bounce Rate, boleh check di Google Analytics.
Siapa-siapa yang terror SEO, meh la kongsi pandangan..hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian.... Moga senantiasa berada dalam keadaan sihat.
Beberapa hari ni hangat diperkatakan tentang isu bantuan pihak gereja yang beragama Kristian terhadap individu-individu beragama islam.. Kalau semalam (paper semalam kalau tak silap, kecoh pasal individu beragama islam sendiri menyebarkan ajaran Kristian ni dan memujuk saudara-saudara islam untuk menganut agama Kristian)
Isu ni aku dengar lama dah.... Tak silap aku juga dulu pernah kuar kat paper tentang seorang makcik ni yang terima bantuan daripada pihak gereja kerana desakan hidup, bila dapat tahu barulah pihak berwajib "sibuk nak beri bantuan".
Paper Harian Metro hari ni (7 Ogos) mendedahkan pula tentang seorang wanita yang terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja dan telah menerima bantuan tersebut hampir setahun.
Seorang Wanita Islam Menerima Bantuan Daripada Gereja
Seorang Wanita Islam Terima Bantuan Gereja Kerana Desakan Hidup
Aku bukan nak sokong apa yang pihak gereja tu buat, tapi cuba kita fikir sejenak. Kenapa wanita tu terima bantuan daripada gereja?? Orang yang bukan seagama kita. Dari segi sudut kemanusiaan, memang tak salah kalau kita membantu atau menerima bantuan daripada orang yang bukan seagama sekalipun, tapi rata-rata dari kita terutamanya umat islam tahu bahawa bantuan yang diberikan dikhuatiri mempunyai motif lain. Motif memujuk orang islam agar menganut agama kristian dengan cara memberi bantuan. Pujukan cara halus. Yang akhirnya terpaksa akur kerana TERHUTANG BUDI. Rasa marah akan bangkit kerana menganggap individu yang beragama islam tu menjatuhkan agama islam sendiri kerana menerima bantuan daripada gereja.
Sebelum kita nak hina wanita tu, sebelum kita nak pandang serong pada mereka yang terima bantuan daripada pihak gereja tu, jom kita tanya diri kita dulu. Kenapa waktu dia tak terima bantuan tu, kenapa waktu dia dalam kesusahan, terlebih dahulu kita yang seagama dengan wanita tu tak tolong dia???? Kenapa bila dia terima bantuan daripada gereja, baru kita nak sibuk.... Sibuk apa? Sibuk mengeji. Sibuk menghina. Konon dia menjatuhkan maruah orang islam. Sepatutnya bila kita dapat tahu perkara ni, kita bukan nya menghina, sebaliknya bagi bantuan kepada dia.
Dia terima bantuan tu kerana terpaksa. Bukan dia yang pergi ke gereja tulis surat mohon bantuan.
DIA TERPAKSA KERANA DESAKAN HIDUP.
Dia bukan suka-suka nak terima bantuan tu, dia tak ada upaya. Dia ada masalah kesihatan yang terpaksa membesarkan anak-anak dia. Dia bukan saja-saja tak nak kerja.
Dalam paper tu dah dinyatakan yang dia bukan tak pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, tapi apa respon yang dia dapat??? Mengapa kita tak lihat dari sudut tu?? Betul untuk memohon bantuan perlu ada syarat-syaratnya. Jelas bukan wanita tu tidak berupaya. Dia ada penyakit. Tapi kenapa pihak kita sendiri tidak membantu??? Tak cukup syarat ni, tak cukup syarat tu. Bila dah jadi macam ni, kita sibuk salahkan perempuan tu. Secara peribadi aku agak kesal dengan apa yang dilakukan oleh pihak berwajib kita. Maaf kalau pendapat peribadi aku kurang menyenangkan. Jangan terlalu mengikut syarat sedangkan individu tu benar-benar memerlukan bantuan. Memangla kalau dikaji, perempuan tu masih boleh sara hidup dia. Mungkin berniaga kecil-kecillan...... Tapi modal nak dapat dari mana?? Kalau diluluskan bantuan dari pihak kita, RM70 tu mungkin boleh dijadikan modal.
Tak dapat bantuan..... Fine. Tapi kenapa orang-orang disekeliling yang melihat derita perempuan tu tak bantu?? Kenapa bila dah jadi macam ni, hina dia. Konon dia memalukan umat islam.
Kita semua tahu yang orang Kristian sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk mengajak umat islam menganut agama diorang. So kenapa kita nak marah?? Itu cara diorang. Tak marah maksud aku disini, kalau kita dah tahu cara diorang macam tu, kenapa kita tak protect saudara kita sendiri daripada orang kristian ni menyesatkan saudara kita???
Pada pendapat peribadi aku, kita sepatutnya membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik macam wanita tu, jangan bila dah jadi macamn ni, kita keji dia, hina dia. Itu akan lebih memburukkan keadaan.
Maaf jika pendapat aku bertentangan dengan pendapat korang. Ini adalah pendapat peribadi aku. Jangan bila benda macam ni berlaku. Baru kita sibuk nak bangkit kononnya kita sayangkan agama kita. Tak nak dipandang rendah apa semua. Sepatutnya sebelum benda ni berlakulah kita perlu tunjukkan yang kita ni sayangkan agama islam, sayangkan saudara-saudara kita. Bantu mereka yang kurang bernasib baik. Lindungi mereka daripada pengaruh-pengaruh penganut agama lain yang sememangnya mahu menyesatkan kita.
Sebelum kita nak hina orang tu, keji orang tu, tanya diri kita dulu kenapa dia jadi macam tu? Sebelum kita hina orang tu, keji orang tu, tanya diri kita dulu, kita dah bantu ker dia untuk mengelakkan dia daripada benda ni berlaku. Aku bukan nak salah diri sendiri atau umat islam tapi cuba berpijak pada bumi yang nyata.
Akhir kata. Maaf jika pendapat aku kurang menyenangkan korang.
Admin
3:05 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog sekalian. Pada tarikh entry ini dipublish, kita telah pun menyempurnakan hari ke-6 rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan bagi dirinya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui." - (Surah Al-Bakarah : 184)
Daripada ayat diatas, dan seperti yang kesemua kita umat islam maklum, kita diwajibkan untuk membayar zakat apabila cukup syarat-syarat nya.
Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
SYARAT-SYARAT MENGELUARKAN ZAKAT
1. Islam
2. Mempunyai sesuatu yakni makanan, harta atau wang yang berlebihan untuk keperluan diri sendiri juga kerpeluan orang dibawah tanggungangnya untuk satu hari siang dan malam hari raya itu.
3. Menemui dua masa iaitu akhir ramadhan dan awal syawal. Orang yang meninggal sebelum terbenam matahari atau anak yang baru lahir selepas matahari terbenam malam satu syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
WAKTU-WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan hingga terbit matahari esoknya.2. Waktu afdhal - Sebelum solat sunat hari raya
3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh - Selepas sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu syawal
5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal
NIAT ZAKAT FITRAH
"Wang sebanyak $___ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala"
Dibawah disenaraikan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri untuk tahun 1432 H/2011M
Kadar zakat fitrah 1432H/2011M |
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian juga pelawat-pelawat Amry's Blog. Semoga berada dalam keadaan sihat disamping orang tersayang.
JOM UP TRAFFIK BLOG DENGAN CARA COPY PASTE
Sekarang aku nak jadi jahat. Ada sapa-sapa nak marah?? Silakan. Huhuhu.
Ok. Aku tak tahulah kalau ada siapa-siapa nak marah kalau aku buat entry ni. Sebab aku rasa ni SALAH SATU CARA JAHAT UNTUK UPKAN TRAFFIK! TAPI BUKAN BLACK HAT OK. Kira aku mengantoikan orang la ni.. lalalalala...OPS!! Shh... Aku rasa ramai dah kot yang tahu pasal ni... hehe
PERIKSA ENTRY BLOG YANG TELAH DICOPY
Kalau waktu mula-mula aku berblog dulu, kecoh aku dengar pasal kes copy mengopy entry blogger-blogger lain. Yer la bising la kan sebab suka-suka hati jer ciplak idea orang pastu tempek kat blog sendiri. Pas tu bangga konon dia yang buat la entry tu. Kan. Kalau kasi kredit** tu tak per la juga.
Sekarang zaman dah berubah k. Bukan zaman batu kapur lagi dah. Kalau dulu ada yang marah bila entry blog dicopy sesuka hati, sekarang ni aku rasa pemilik entry blog yang telah dicopy tu akan berterima kasih kepada yang copy entry dia tu. Sebab apabila entry blog dicopy dan ditampal pada blog orang lain, seterusnya ada pelawat yang datang melawat dan membaca entry blog yang mengopy tu, secara automatik traffik yang masuk kedalam blog yang mengopy tu akan turut dirasai oleh entry blog asal, walaupun pelawat blog yang mengopy entry tadi tu tak datang pon ke blog asal. So, lagi banyak entry yang dicopy, lagi banyak la TRAFFIK PERCUMA kan?
PROTECT ENTRY BLOG DARI DICOPY ATAU UPKAN TRAFFIK SECARA PERCUMA
Tynt adalah satu web yang menyediakan khidmat ni dimana satu script (Script ni kod HTML ker? Aku tak tahu) akan diberikan bila kita log-in menggunakan blog kita, script tu perlu ditampal didalam template blog pada bahagian Head.
Sign-Up sebagai Publisher kepada siapa yang belum daftar blog dan seterusnya log in.
Pergi pada bahagian "Tynt Content"
Klik "Script", klik "Customize Attribution" dan seterusnya ikut arahan yang diberikan
Ada juga aku dengar kaedah ni boleh buat PR drop. Yang tu aku tak sure. Kena tanya para otai.
Ada siapa-siapa nak copy entry aku ni.... Terima kasih banyak-banyak la aku ucapkan yer. Nanti raya datang rumah, aku kasi duit raya. Miahahaha
Sign-Up sebagai Publisher kepada siapa yang belum daftar blog dan seterusnya log in.
Up traffik blog percuma |
Up traffik blog percuma |
Up traffik blog percuma |
Ada siapa-siapa nak copy entry aku ni.... Terima kasih banyak-banyak la aku ucapkan yer. Nanti raya datang rumah, aku kasi duit raya. Miahahaha
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian, juga pengunjung-pengunjung Amry's Blog (Bajet ramai visitor :P)
Bajet entry ekslusif k. Tak pernah-pernah rasanya aku buat entry pasal jejaka-jejaka atau gadis-gadis yang hot ni. Hehehe. Aku tak sure berita harian metro tentang kes Pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek dan tunangnya si Aimie Harmelia putus tunang yang aku baca ni berita 3 Ogos atau 4 Ogos. Kadang online paper ni walaupun tarikh dah baru, tapi berita masih semalam punya. Tak kisah lah tu.
Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek dan Aimie Harmelia putus tunang.
Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, Aimie Harmelia Putus Tunang |
Harian Metro suruh beli paper kalau nak tahu berita penuh :P
Aku kurang mengikuti perkembangan orang-orang popular ni. Berita tentang si Apek ni putus tunang dengan Aimie Harmelia ni pon aku dapat tahu dari Online paper awal pagi 3 Ogos semalam yang mana dari berita tu dikatakan pertunangan diorang ni putus gara-gara orang ketiga. Si Apek ni ada kekasih baru. Dari berita yang aku baca tu la kan.
Pst : Ingatkan artis-artis jer bikin cerita-cerita panas macam ni. Pemain bola sepak pon ada erk. Hmm.... Biasalah... Orang dah terkenal kan... Kepada Aimie Harmelia dan keluarga, takziah diucapkan. Hm..
Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan |
Kenapa 2 negeri ni? Penang tempat aku kerja mei... Perak.. Negeri tempat tumpahnya darah ku.... Waaaa kelas gituuuuu :P
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI PERAK
* ZON 1 - TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
* ZON 2 - IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
*ZON 3 - PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
* ZON 4 - TEMENGGOR DAN BELUM
* ZON 5 - TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
*ZON 6 - SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI PULAU PINANG
Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh umat islam
Admin
6:38 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Open.......
your.........
EYES........
*** Edited...er...geng...sorry....aku rasa ni bukan wordless lagi dah. Cuba lihat shape asli pic ni then korang nampak tak apa yang aku nampak? Yang aku merahkan. Aku rasa lain macam derr pic ni. Ish! Macam menghina islam, tulisan jawi n menghina bulan Ramadhan jer pic ni. Apa pendapat korang? Aku rasa memang kurang senang ngan pic ni :(
Admin
9:01 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia*** Edited...er...geng...sorry....aku rasa ni bukan wordless lagi dah. Cuba lihat shape asli pic ni then korang nampak tak apa yang aku nampak? Yang aku merahkan. Aku rasa lain macam derr pic ni. Ish! Macam menghina islam, tulisan jawi n menghina bulan Ramadhan jer pic ni. Apa pendapat korang? Aku rasa memang kurang senang ngan pic ni :(