Home » » Sekali Aku Ditimpa Kemalangan. Adoi!!!!

Sekali Aku Ditimpa Kemalangan. Adoi!!!!

Entry ni aku ingat nak buat waktu aku ditimpa kemalangan pada 15 Dis hari tu. Tapi entry lain pulak yang aku buat. Tagging Trend. Ish!!
Pagi 15 Dis tu adalah hari aku bekerja pada shift pagi dan kejadian ni berlaku sewaktu aku on the way nak pergi kerja. Aku dah lewat dah pagi tu. Lewat daripada biasa yang sememangnya lewat. Hohoho....

Disebabkan aku dah lewat aku pon sedikit rush la. Waktu aku bawa moto tu aku mengantuk sebab malam tu aku tidur lewat. Jam 2 Pagi baru aku tidur. 5.30 dah nak kena bangun. So memang tak cukup tidur la. Lebih kurang lagi 500 meter nak sampai kilang aku. Aku ditimpa malapetaka ni. Sekali aku hentam Honda Aircord daaa.... Milik wanita muda berbangsa cina. Nasib baik la dia tak marah-marah aku. Kalau tak mahu aku marah dia balik. Hehehe.. Yer la dia marah, dah memang salah aku. Waktu Dia nak amik parking, aku tak nampak dia bagi signal dan aku tak terfikir pulak kalau-kalau dia nak masuk parking, Yer la dah lambat kan. Ingat nak Scan-In jer kat kepala ni. Akhirnya......Screchhhhhhh....BAM!!!! Nasib baik aku jatuh kat tepi jalan, kalau tengah jalan? Ish! Kemek juga la kereta dia kat bahagian belakang. Moto aku tak apa-apa. Aku? Luka sikit kat kaki kiri. G klinik, dapat sedas tembakan senapang patah sejarum dan MC. Setelah 2 hari, badan aku mula sengal-sengal hingga hari ni. Doktor bagi ubat, tak makan pon, luka sikit jer.

Agak-agak nak ketuk body kereta yang kemik kena berapa erk? Saper ada pengalaman? Atau korang ada buka kedai atau korang ada member buka kedai ketuk kereta. Sila-sila share. Hehehe... Paham-paham la soalan ni.... Aku kena bayar ganti rugi baiiii.... Aduyaiiii... Melayang lagi duit aku....

Kalau ada kamera waktu tu boleh jadi wartawan untuk kemalangan yang menimpa diri sendiri kan...hehehe.... Aduh! Sakit badan ku :P

Kelakar wei gambar ni. hahahah
Saje tak nak buang water mark dier...Kire kredit la tu erk kat owner dia.. Tok... Nek...Cucu tumpang pinjam gambar...wakaka

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. dah kena baru takut.hehe....sib baik aku tak apa2.

    ReplyDelete
  2. saper tak suka alami benda ni...lain la kalau orang tu pelagak ngeri. hehe

    ReplyDelete
  3. cian ko..x psai2 duit melayang.. huhu naseb badan..

    ReplyDelete
  4. nak buek camno....bondo dah nak jadi..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam Amry.
    Apa khabar..harap baik je la ya walapun kemalangan....makan ubat dan jgn tak makan ikut cakap aku...ngkau akan terimakasih akat aku nanti....pasal ketuk kereta...ngko cuba call owner kereta tu...banyak mana ngko boleh ganti...apa yang pecah/patah ke kerosakan ke...aku ada jugak motor langgar kereta aku...bicang balik aku bayar RM200 mamat yg langgar aku tanggung selebihnya...

    ReplyDelete
  6. salam bang radzuan..huhu. rasa macam aku jadi seorang adik kepada seorang abang la plak. hehe. terharunya.yer la. saya tak ada abang. saya memang macam ni, kalau luka kecik memang tak makan ubat,tapi kalau yang melarat memang saya makan la.sekarang dah ok dah.RM200??adoi. macam banyak duit nak kena keluar ni. tak tahu lah, kereta dia cuma kemik. pecah atau patah tak ada la.tnggu 22 ni nak g bengkel ngan owner tu...sebab 22 baru gaji. hehehe. nasib baik la owner tu boleh slow talk. kalau tak....

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment