Home » » Kasar ker membahasakan diri "Aku"?

Kasar ker membahasakan diri "Aku"?

Macam mana nak mulakan ayat ni....errr... Kalau pada artikel-artikel sebelum ni saya membahasakan diri saya "saya", sekarang ni tetiba pulak terasa nak tukar bahasa pengantara diri tu kepada "aku". Ish, yang ini pon nak post gak ker? :p  Dah beberapa hari juga fikir menda sesimple ni. Hmm... Bukan apa, rasa macam agak kasar kan kalau guna "aku". Kalau cakap ngan member lain la kan.... Kenapa saya rasa agak kasar erk? Sebab saya rasa, yang baca blog ni bukan kenal saya dan mungkin baru nak kenal-kenal (Ada ker yang nak kenal ni..hehe) Macam kat luar la, nak tumpang tanya kat seseorang tu yang kita tak kenal... "Mat, 'aku' nak tanya sini ada tak bank yang berdekatan?" Kasar kan bahasa tu? Kan kan kan.... Rasa sebelum dia nak jawab dia perhati dari atas sampai bawah kita kan kan kan... Silap-silap tak dijawabnya soalan tu, blah cam tu jer... Kalau 'bernasib baik' sikit, kena sound. Hahahaa....

Setelah beberapa hari fikir rasannya, saya akan menukarkan bahasa perantara saya ni dari "saya" kepada "aku".
Dunia blog ni lain, tak macam dunia luar tu, masing-masing dah faham kan. So terpulang lah kepada penulis nak bahasakan diri dia apa pun. Eden ke, I ke, kite ke... 

Itu satu sebab kenapa saya nak gunakan "aku". Satu lagi sebab yang agak logik, blog ni bukan blog rasmi pun, blog peribadi. So ayat pon biasa-biasa jer la. Lain la kalau saya ni orang terkenal macam pakar motivasi ke yang perlu menggunakan ayat formal kan.

Satu lagi sebab kenapa saya nak guna "aku"... saya nak jadi diri saya sendiri :) Rasa kalau guna saya ni, perasan budak baik la plak...hehehe... Kalau guna "saya" rasa macam tak sesuai sangat nak buat ayat-ayat bersahaja... dan rasa lebih feel nak bersuara kalau guna "aku"... Bersuara??

Setelah memikirkan sebab musabab diatas, jadi selepas ni blog ini akan menggunakan bahasa pengantar diri "aku". Harap maklum :p

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. ok je kalau nak guna bahasa 'aku'. Aku pon guna 'aku' gak...rasa mcm sempoi dan mesra gitu...tak perlu nak formal2 sgt...

    ReplyDelete
  2. Alamak , terasa pulak sebab saya selalu guna saya . Hehe :D Tapi , ok what guna aku . kadang-kadangg pun , saya guna aku juga

    ReplyDelete
  3. itu la...rasa lebih selesa guna aku kan..ngeee...depend juga...kalau dalam komen, orang tu guna saya, kita pon ber"saya" la juga. :)

    ReplyDelete
  4. Selamber r bro...Thanx komen...Blog ko best..siap dah direview lagi...memang sempoi..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment