Home » , , » Cara Memasukkan Keywords Didalam Entry Blog

Cara Memasukkan Keywords Didalam Entry Blog

Satu lagi entry yang aku rasa cukup segan untuk aku buat. Ya, entry yang berkenaan SEO ni ler. Maklumlah aku bukannya pandai bab SEO ni. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Tapi sewaktu aku nak buat entry ni, aku ada search di Google berkenaan entry yang aku buat ni. Aku search bukan sebab nak copy paste artikel orang lain tuk masukkan dalam entry aku ni yer, harap maklum. Aku search untuk cari sedikit lagi info tentang entry aku ni yang aku tak baper nak faham sangat.

Kalau sebelum-sebelum ni aku buat entry tentang SEO tanpa bukti menunjukkan blog aku dah diindex, kali ni alhamdulillah, aku ada sedikit bukti tuk ditunjukkan kepada korang dan untuk menguatkan lagi hujah aku tentang tips yang akan aku berikan ni. Sewaktu aku search di Google, aku taip frasa ni "cara letakkan keyword didalam blog". Setelah siap taip frasa tersebut, alangkah terkejutnya aku sebab blog aku muncul didalam first page result. Ini buktinya.


Dengan adanya bukti ni, berani lah sikit aku tuk buat entry ni kan. Ok. Berbalik pada tajuk entry aku ni "Cara Memasukkan Keywords Didalam Entry Blog". Kalau sebelum ni aku ada buat entry tentang "Cara Letakkan Meta Tags Description Dan Keyword Didalam Setiap Blog Post Blogspot", kali ni aku akan cerita sikit cara memasukkan keyword didalam entry blog atau dimana lokasi yang sepatutnya korang letakkan keywords korang didalam setiap entry blog.

Secara amnya keywords perlu diletakkan di dalam 3 lokasi utama. Lokasi utama tersebut adalah:
1. Didalam Title entry.
2. Didalam Description (Meta Tag Description)
3. Didalam body entry korang sendiri.

1. Didalam Title entry.
Korang tahu kan apa itu Title? Title adalah tajuk untuk entry korang tu lah. Macam entry aku ni, Cara memasukkan keywords didalam entry blog adalah Title. Cara memasukkan keywords korang didalam Title ni  adalah dengan memastikan adanya keywords yang korang pilih tu didalam tajuk entry tersebut. Contoh keyword aku "Keywords". So, dalam Title aku tu, aku perlu pastikan ada perkataan "Keywords" didalam tajuk entry aku tu. Title adalah lokasi pertama yang dicari oleh crawler didalam pencarian sesuatu keywords.

2. Didalam Description (Meta Tag Description)
Tahu Description? Kalau layout blog korang yang ada "read more" atau "baca selanjutnya" didalam satu-satu entry, ayat atau perenggan pertama yang korang boleh lihat sebelum klik "read more" tu dikira description. Tapi description tu hanyalah untuk kita, tetapi bukan untuk crawler. Kalau entry korang tak ada Meta Tag Description ni, crawler menganggap entry korang tu tak ada description dan seterusnya keywords di dalam Description tidak dapat dicari oleh crawler. (Lihat Cara membuat dan memasukkan Meta Tag Description didalam entry) Dah tengok, so pastikan keywords korang ada didalam description tersebut.
Contoh Meta Tag Description untuk keyword "Keywords"
<meta content='cara memasukkan keywords ke dalam....' name='description'/>
Ada kan perkataan "keywords" didalam description tersebut? Description ini tidak semestinya ayat atau perenggan pertama entry korang tu. Tetapi pastikan ayat atau perenggan untuk description tersebut ada keyword korang tu

3. Didalam body entry korang.
Bab ni yang aku agak komfius tu. huhu. Tapi yang pasti keyword korang wajib kena ada dalam body entry korang tu. Yang buat aku komfius, dia ada "keywords density". Tahu keywords density? Keywords densiti ni kira macam ketumpatan keyword korang tu la. Ketumpatan maksud dia keyword didalam body korang tu tak boleh terlalu sikit atau terlalu banyak. Ada percentage dia. Percentage yang disarankan adalah antara 3%-7%. Jika keywords terlalu sedikit, ianya akan menjejaskan kualiti (relevan) entry korang di mata crawler. Jika terlalu banyak pula, entry korang akan dianggap spam.

Setakat ni dulu entry kali ni. 1 jam juga aku buat entry ni. Makumlah, bukan pakar SEO pon. Kalau ada pakar-pakar terbaca entry ni, kalau ada salah, sila lah tegur yer.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. aish...thanks amry share ilmu ni... aku sblm x penah tau pn SEO ni menatang ape...uish... kena baca btol2 ni nk kasi paham jugak la.. n

    tp ape kelebihan buat benda ni...heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. menarik tips SEO ni..aku sangat2 suka SEO^_^

    ReplyDelete
  3. banyak kali juga aku study tentang SEO ni, tp still lemau gak..adoi..

    ReplyDelete
  4. Ali : Tahu yang basic kira ok dah... Aku belajar pon dari blog-blog tutorial orang lain.mula-mula main copy paste jer kod Meta Tag tu, lama-lama kenal la kod dia

    Azana: Aku mula-mula dulu pon tak tahu benda ni. SEO tu pun aku tak tahu apa maksud dia.belajar sikit, tahu la juga. kalau pandai bab SEO ni. blog ko akan tersenarai didalam google. kalau tersenarai dalam google pelawat memang ramai ler.meriban sehari, walau tak der entry baru. SEO ni banyak benda kena tahu, aku pon terkial-kial juga bab SEO ni.

    zuar :Yup. SEO memang menarik.Thanx bro melawat blog ni and bagi komen, blog ko sempoi le yang tentang info tu, aku dah follow.

    intankuterpilih :memang banyak benda nak kena belajar ngan SEO ni. Aku pon lemau gak ler...

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Kalau nak lebih mencabar, cuba keyword pendek.
    Tu long tail keyword kurang saingan.

    *Terima kasih untuk entry meta tag tu. Sebab sebelum ni saya baca, semua meta tag untuk homepage sahaja. Maknanya blh masuk untuk entry yg berasingan lah ye.

    Tapi kekurangannya, kalau ada 100 entry, kena buat 100 kali. bahaya juga tu, takut effect loading speed.

    ReplyDelete
  6. kalau nak guna keyword pendek, memang tak timbul la blog ni.hehe, saya tak pandai sangat lagi, guna yang kurang saingan dululah.
    Saya dapat tahu tentang meta tag entry ni dari blog luar, omputih, lupa dah dianya URL.
    Itulah, tapi macam saya saya buat meta tag untuk entry yang penting atau berinfo jer.entry biasa-biasa saya tak buat.Setakat ni loading speed saya masih ok, mungkin measih belum banyak meta tag yang saya buat.

    ReplyDelete
  7. I went to seminar before this, they have reconmmended me to go for 3-5% of density. But well, I have followed the tips, but I dun see much helping. maybe the wrong words.

    ReplyDelete
  8. Seminar for SEO? waaa... I don't know there have Seminar for SEO. I also not too sure about keywords density.
    Besides Onpage Optimization, offpage also affect for our SEO.

    ReplyDelete
  9. penting seo ni, tapi saya tahu yang basic2 aja

    ReplyDelete
  10. SEO tu penting bagi
    seorang blogger.

    ReplyDelete
  11. Sharinginfo :Sama la. saya pon tahu basics jer.

    Ali :Yup. Betul. Tapi depend gak tujuan seseorang tu buat blog. kan kan kan :)

    ReplyDelete
  12. i have visited this site a couple of times now and i have to tell you that i find it quite nice actually. keep it up!

    ReplyDelete
  13. kalo seo tu nama dia peng mcmna plak?hg try guna nt lagi laju seo untuk entry km tu....

    ReplyDelete
  14. waa... thanx , faham dah sikit2... heee

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment