Home » , , , , » Blogwalking Management

Blogwalking Management


First sekali aku nak gtahu entry ni :
1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking (Tak terrer SEO macam aku, wajib blogwalking, mminat belakang kira :))

Korang mesti tahu apa itu blogwalking kan. Kalau tak tahu, blogwalking ni jalan-jalan kat blog orang lain, dan tinggalkan link korang tuk tingkatkan traffik ke blog korang. Tapi bagaimana cara untuk blogwalking? Blogwalking hard atau blogwalking smart? Haaaa.... Ingat study jer ke ada hard smart ni...

Mula-mula dulu aku blogwalking, hantam kromo jer. Singgah jer mana blog yang terklik dek mouse ni. Alhamdulillah, follower meningkat sikit. Komen pon kalau dulu satu entry nak dapat 10 komen pon susah, sekarang tak la sesusah dulu. 

Pernah dengar Blogwalking Manegement? Aku dapat idea ni setelah aku agak kelamkabut untuk blogwalking ke setiap blog yang telah aku follow. 10 blog bermaksud 10 entry kena baca dan tinggalkan komen. Kalau 20 blog? 30 blog? 100blog? Blogwalking Management ni bukan sekadar cara macam mana korang singgah ke satu-satu blog tu, tapi macam mana nak manage korangnya masa blogwalking disamping mengekalkan korang melawat blog yang korang follow (follow-up) tu dan MEMBUATKAN BLOGGER YANG KORANG FOLLOW TU TURUT FOLLOW BLOG KORANG (Tak follow pon, sekurang-kurangnya singgah ke blog kita dan tinggalkan komen dah ok dah)

Disini aku buat satu-satu step Management dia. Aku beranggapan korang dah ada follower yang follow korang. Pelawat blog setia korang sendiri.
1. Apabila korang buat satu entry baru. Sementara menunggu entry korang dikomen, g blogwalking dengan blog-blog yang korang dah follow dan tinggalkan ler link entry baru korang tu. (kerje-kerja mengeping aku anggap korang dah buat la erk)
2. Apabila ada komen baru didalam entry baru korang tu, tinggalkan kerja-kerja blogwalking korang tu, balas komen yang baru korang dapat tu. Then pergi ke blog jurukomen tersebut. Kalau pengomen tu adalah follower korang atau korang follow dia, cek samada dia ada entry baru atau tidak. Jika ada, tinggalkan juga komen korang tuk entry baru dia. Sekarang sudah ada perhubungan diantara 2 hala yang "harmoni". U komen    I komen lorrr.. Tapi jika dia tiada entry baru cukuplah sekadar membalas komen dia. Jika pengomen tu korang belum follow, cek blog dia. Menarik tak entry-entry dia di mata korang, kalau menarik silakan follow.Kalau tak menarik, tapi suka suki nak follow, tak yah la kot aku rasa. Sebab nanti akan buat korang pening kalau banyak sangat yang korang follow.
3. Buat perkara yang sama terhadap jurukomen-jurukomen yang lain. Sekarang korang dah mewujudkan satu hubungan diantara blogger yang akan membuatkan jurukomen tu akan datang lagi ke blog korang dan tinggalkan komen di blog korang.
4. Selesai kerja-kerja melawat blog-blog pengomen korang. Teruskan melawat blog-blog yang telah korang follow tadi dan sambung kerja-kerja blogwalking korang tu.

Jangan terlalu baik hati. Dalam Blogwalking Management ni, korang mesti akan jumpa blog-blog baru kan. Jika pertama kali korang lawat dan komen blog baru tu tetapi blog tu tak bertandang pon ke blog korang, It's ok. Tapi kalau dah 10 kali korang komen, tapi dia tak singgah blog korang pon, tak yah follow dah ler kot. Buang masa jer kot. Yang aku maksudkan ni adalah blogger-blogger atau bog-blog baru. MELAINKAN BLOG TU BERINFORMASI. (Selalunya yang tak bertandang atau komen blog kita yang baru ini adalah blog-blog otai. Sebab mereka takut PR mereka drop kalau tinggalkan komen kat blog yang PR rendah :) Dalam soal ni aku tak salahkan mereka. Bab ni depend kat korang la. Kalau nak terus follow, itu hak korang

Lagi satu kalau komen korang TAK DIAPPROVE oleh empunya blog tu. Cek balik kenapa. Kalau korang rasa komen korang tu ok jer, tak menyakitkan hati empunya blog tu tapi dia suka suki tak nak approve, mungkin dia nak member-member dia jer kot bagi komen kat dia, tak yah datang dah lah ke blog tu. memang buang masa korang. Tapi kalau korang rasa korang nyer komen tu menyakitkan hati, g la mintak maafffff.....cakapla korang manusia biasa, bukan oltramennn...

Itulah sedikit sebanyak tips aku nak bagi untuk Blogwalking Management ni. Lagi sekali aku ingatkan. Tips ni :
1. Hanya untuk mereka masih newbie macam aku.
2. Follower masih ciput macam aku. Follower ribu riban, tak seswai
3. Tak tahu cara blogwalking yang betul.
4. 24 jam ngadap komputer atau lappy
5. Minat blogwalking

So, selamat berblogwalking dengan consistent :)

Camner korangnya Blogwalking Management? Share la kat sini? hehe

P/S: Tak yah guna tips ni kalau setakat jerit kat Shoutbox. Tak kan menjadi!!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

23 comments:

  1. owh
    boleh diamalkan juga nih
    memudahkan kerja nak balas kunjungan orang
    thanks 4 da info

    P/S : Laksa Sarawak Versi Alor Setar Memang Sedap

    ReplyDelete
  2. hans :sama-sama bro.... :)

    cik.shabah :sama-sama :)

    ReplyDelete
  3. yeahhhh....entri yg sgt bergune utk para blogger :D

    ReplyDelete
  4. saya belum paham betul sebenarnya adari dulu, sampai saya menemukan artikel ini. thx ya..

    mampir balik yukk kesini :)

    ReplyDelete
  5. i loiikeeeee your entry ni haha :)

    ReplyDelete
  6. betul tu amry... memang semua tips yg ko bg tu aku ada buat... selalu juga aku blogwalking kat blog2 newbie tp takde balasan, pemutus mls dah nak pergi lagi... aku lebih suka peri ke blog yg peramah mcm ko je ni...(dlm blo la, reality ko ni pendiam kan??)

    ReplyDelete
  7. wawa azam :Terima kasih wawa. "Jika ianya berguna, maka bergunalah ia". Thanx again :)

    blog doodey :harap ianya membantu doodey ya. Sering aja aku mampir sama blog kamu. Blog kamu bagus juga deh. banyak tips-tips nya :)

    Gadis bunga :Terima kasih Bunga :) Rasanya blog Bunga tak kurang hebat :)

    Kyra :Thanx Kira. Sejuk mata memandang blog awak. Very simple :)

    intankuterpilih :Betul intan. Aku rajin g blog ko sebab ko pasti balas tiap komen aku. itu akan membuatkan pembaca akan datang balik ke blog kita. tul tak? Peramah ker?hehehe...sesaper boleh tolong sediakan talam? Aku nak kembang ni....huhu..Ha'a. kat luar aku agak pendiam :)

    ReplyDelete
  8. salam

    semua ilmu ini penting utk semua blogger,,

    syira juga mengalami keadaan diatas, kadang2 rasa sakit hatikan..tapi sabar jelah... kita yang etrhegh-hegeh g komen kat depe, tapi depe? ops...terlebih sudah.... tak pe , yang penting kita enjoy :)

    ReplyDelete
  9. Syira :salam syira. Ituah serba sedikit dunia blog. Yang penting kita enjoy....kan? :)

    ReplyDelete
  10. memang patut diamalkan tips ni...
    komen mengkomen amalan mulia hehe

    ReplyDelete
  11. Hazwan17 :Betul hazwan. Bukan cara "PAM" minyak jer..hehehe

    ReplyDelete
  12. nice entri. sediakan jugak blogwalking list. cam aku, letak kat satu page (Blogwalking), mana2 blog yg ada hubungan dua hala aku list situ ja senang nk visit lagi. Lama2 sure bertambah

    ReplyDelete
  13. Tupai karan :warg!!!satu lagi tips menarik dari tupai...boleh dicuba ni...yehaaaa!!!

    ReplyDelete
  14. bguna entry ni... itu la cara nk ramaikn followers..huhu

    ReplyDelete
  15. Nasihat simple perlu disiplin dan konsisten tentu akan menarik pengunjung ke blog kita

    ReplyDelete
  16. yup betul tu aku pun setuju sgt sgt :)

    ReplyDelete
  17. Azana :Yup. Jangan tau SPAM je. tul tak?

    akubiomed :thanx bro akubiomed. Sekali abang otai bagi nasihat.... setuju bro. Nak berblog bukan sekadar suka-suka atau isi masa lapang jer. Kena ada disiplin dan konsisten, baru boleh pegi jauh. Ewah. Aku pula yang bagi nasihat.hehe

    Internet Marketing :Thanx Internet Marketing kerana setuju dengan aku. Aku just berkongsi rasa jer... :)

    ReplyDelete
  18. menarik..ada juga idea baru macam ni ya..

    ReplyDelete
  19. menarik..ada juga idea baru macam ni ya..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment