Prestasi Harimau Malaya Merudum Di Bawah Rajagobal
Aku bukanlah peminat sukan tegar yang mengikuti setiap perkembangan semasa sukan negara. Tidak kiralah bola sepak, badminton, hoki atau sukan-sukan lain. Sekadar 'terduduk' di depan televisyen dan tersiar rancangan sukan mungkin aku tonton, kalau nak set time semata-mata nak tengok aksi sukan, mungkin tidak.
Walaupun kurang mengikuti perkembangan semasa sukan negara, telinga dan mata aku tidak terlepas terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya yang kian merosot dibawah pimpinan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Sudah lama terdengar dan terbaca mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak Malaysia yang kian membimbangkan tapi aku buat tak endah. Kekalahan demi kekalahan menimpa pasukan bola sepak malaysia, Harimau Malaya di bawah pimpinan Datuk K Rajagobal sehingga beberapa kali diberi peluang kepada Datuk K Rajagobal untuk memperbaiki mutu persembahan Harimau Malaya tetapi keadan masih tetap sama.
Yang terbaru, pasukan bola sepak Malaysia mengalami kekalahan teruk didalam tiga siri perlawanan persahabatan dengan Liga Kelab J di Jepun.
Tanpa meraih sebarang jaringan gol, pasukan bola sepak kebangsaan ditewaskan 0-2 dengan Kelab Divisyen Satu Shimisu S Pulse. 0-5 dengan kelab di zon penyingkiran Liga J, Shonan Bellmare. 0-5 dengan kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy.
Pasukan negara ditewaskan oleh pasukan dari kelab bola sepak?? Walaupun kurang arif mengenai dunia sukan, tapi aku rasa pasukan negara tidak selayaknya ditewaskan oleh pasukan bola sepak yang hanya berstatus kelab.
Memberikan alasan bulan Ramadan antara salah satu faktor kekalahan kerana pemain tiada tenaga untuk bermain seolah-olah tidak dapat diterima.
“Pengajaran yang saya dapat di sini, kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa. Kalau kita datang ke Jepun pada masa akan datang, mungkin bukan ketika Ramadan.
“Kita perlu sedar pada perlawanan kedua, kita main jam 11 pagi dan perlawanan ketiga, 3 petang. Kita main tiga babak dan keletihan itu datang pada babak kedua dan ketiga.
“Apapun, saya tetap hormat pemain sebab mereka berusaha memberikan yang terbaik ketika berpuasa dan ada ketikanya kita mampu beri tekanan kepada pihak lawan. Saya rasa ini persiapan yang bagus untuk perlawanan menentang Barcelona,” kata Datuk K Rajagobal yang tiba dari Jepun semalam.
Sedar akan kritikan-kritikan yang diterima dan desakan yang memintanya meletak jawatan susulan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan yang membimbangkan, Datuk K Rajagobal cuba mempertahankan dirinya.
“Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang suka sangat saya undur diri.
“Tapi saya bukan penakut. Saya akan pikul tugas saya hingga kontrak berakhir 31 Disember. Selepas itu barulah majikan buat keputusan dan saya juga akan buat keputusan.” Rajagobal turut membidas kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini yang memintanya melepaskan jawatan.
“Ini bulan Ramadan, jangan buat dosa. Kalau kita nak kritik, biarlah tepat dan konkrit.
“Kalau mereka datang ke Jepun dan tengok prestasi sebenar pemain dalam bulan Ramadan, itu tak apa. Tapi, mereka tidak ada di situ, mereka hanya memberikan komen berdasarkan keputusan perlawanan, itu tidak adil. Kritikan mereka sepatutnya berdasarkan fakta, itu sajalah yang saya nak beri nasihat.
“Sebelum ini pun ramai yang kritik, ramai yang ganggu tapi saya tak akan lari daripada fokus saya,” katanya.
Hari ini, Datuk K Rajagobal sekali lagi diberi peluang untuk terus menerajui pasukan bola sepak kebangsan sehingga tempoh kontraknya dengan pasukan Harimau Malaya berakhir Disember tahun ini iaitu sehingga berakhirnya kempen kelayakan Piala Asia 2015 tahun depan.
Sumber : Hmetro & kakibolasepak
--------------------------------------------------------------------
Hm.... apa pendapat peminat-peminat sukan Bola Sepak Kebangsan?
Sudah banyak peluang diberikan tetapi prestasi Harimau Malaya terus mengecewakan.
Pandangan aku sebagai non-fan sukan
Bukan kata tak layak, tapi jika keadaan terus begini, ada baiknya diberikan kepada yang lain demi kebaikan semua pihak atau cuba gunakan idea daripada mereka yang turut mempunyai pengalaman didalam dunia bola sepak.
Admin
11:05 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMaeklong Market | Pasar Paling Bahaya Di Dunia
Maeklong Market, pasar paling bahaya didunia. Kenapa Maeklong Market dilabel sebagai pasar paling bahaya di dunia? Ini kerana pasar Maeklong yang menjual berbagai buah-buahan, rempah dan makanan eksotik ini terletak betul-betul di laluan rail keretapi di Samut Songkram, 60km dari barat bangkok, Thailand
Gambar pasar Maeklong di Samut Songkram sewaktu dilintasi keretapi
Siren akan dibunyikan sebelum keretapi melalui kawasan pasar Maeklong dengan kelajuan 20km/j dan peniaga akan segera mengenepikan barang jualan mereka bagi mengelakkan dilanggar keretapi.
Keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Gambar Pasar Maeklong sebelum dan selepas dilalui keretapi
Video keadaan di Pasar Maeklong, Samut Songkram
Petua Memikat Wanita
Cemburu melihat rakan-rakan seusia anda yang kesemuanya sudah memiliki teman wanita? Malu setiap kali keluar bersama rakan hanya anda seorang tiada teman wanita? Atau risau memikirkan umur yang kian lanjut tetapi masih belum mempunyai teman wanita?
Jaga Penampilan Diri
Penampilan bukan bermaksud rupa paras semata-mata. Ia lebih kepada bagaimana anda mengeksperikan diri anda terutama dari segi pakaian. Wanita tidak suka kepada lelaki yang kelihatan selekeh. Sebaiknya pakailah pakaian yang kemas dan bersih. Janganlah pakai Singlet, seluar pendek macam apek jual ikan, pakai selipar. Memang tak dapat lah.
Jadi Diri Sendiri
Ya. Jadi diri sendiri, jangan jadi orang lain semata-mata untuk memikat gadis yang anda inginkan. Jadilah natural. Maksudnya disini, jika anda seorang yang pendiam, janganlah nak cuba-cuba jadi seorang yang banyak mulut atau sebaliknya dihadapan dia. Biarkan dia terpikat kepada anda kerana siapa diri anda sebenarnya.
Pandai Berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu faktor penting didalam memikat seterusnya menjaga hubungan tersebut. Wanita sukakan lelaki yang bijak berkata-kata (bukan bijak berkata buaya darat), yang sentiasa tenang dan arif didalam banyak perkara. Untuk permulaan, mulakan lah berbicara mengenai perkara yang umum samada mengenai diri anda mahupun diri si dia.
RAHSIA ILMU PENGASIH
RAHSIA ILMU PENGASIH
Bersifat Prihatin Dan Ambil Berat
Wanita mempunyai hati yang lembut. Jadi, mereka akan mudah cair pada lelaki yang prihatin dan mengambil berat akan diri mereka. Contohnya sekiranya mereka didalam masalah, cuba untuk anda bantu masalah yang si dia hadapi, atau sekiranya dia sakit, temankan dia berjumpa doktor atau bantu dia belikan ubat. Tetapi jangan anda tersilap, prihatin atau ambil berat bukan bermaksud mengonkong
Jangan La Berkira Sangat
Berkira disini bermaksud janganlah terlalu kedekut dengan si dia sehinggakan makan bersama untuk kali pertama, sendiri makan sendiri bayar. Memang fail lah! Dalam hal-hal yang ringan, kelauarkan lah wang anda untuk si dia. Tetapi jika anda merasakan wanita yang ingin anda pikat itu 'Pisau Cukur'.... Nak yang itu, nak yang ini.. Nasihat saya.. cari yang lain sahaja lah :)
Admin
2:28 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSeniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia
Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang Seniwati Veteran, Umi Kalthum.
Allahyarham Umi Kalthum disahkan meninggal di kediamannya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati jam 4 pagi tadi (24 Julai 2013)
Jenazah dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang sebelum zuhur.
Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahaudin pernah terkenal menerusi filem Bawang Putih Bawang Merah (1959)
Sewaktu zaman kegemilangannya, Umi Kalthum pernah dinobat sebagai 'Wanita Melayu Paling Jelita' di Asia oleh sebuah majalah antarabangsa Australia
Umi Kalthum merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada penyanyi Anita Sarawak.
Menurut Noor Kulamasari, mereka hanya menyedari pemergian ibu mereka setelah kakak sulungnya ingin mengejutkan ibu mereka untuk bersahur jam 4 pagi.
Menurut Noor Kumalasari lagi, ibu mereka tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan Umi Kalthum masih cergas walau usianya sudah mencecah 81 tahun
Sumber Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia : Sinar Harian 24 Julai 2013
------------------------------------------------------------
Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah
Admin
11:54 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAinan Tasneem Kemalangan Di Lebuhraya NPE
Penyanyi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneem mengalami kemalangan sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) pada 21 Julai 2013 (rabu) sekitar jam 2.30 petang.
Merujuk Facebook Penyanyi Ainan Tasneem, kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya dilanggar dari belakang sewaktu menuju ke Bandar Tasek Selatan.
Sewaktu kejadian, kenderaan yang dinaiki Ainan Tasneem dan rakannya ingin membelok ke kiri dan kenderaan di belakang ingin ke kanan.
“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar, tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja"
Walaubagaimana pun, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Aku Suka Dia' dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Gambar MyVi Ainan Tasneem Yang Terlibat Dengan Kemalangan Di Lebuhraya NPE
Sumber Ainan Tasneem Kemalangan Di NPE : Sinar Harian