Antara Dayus, Sayang Dan Sabar
Bacaan khas untuk insan bernama lelaki...
Tengah tengah dok serve internet.. Terjumpa satu artikel yang sangat panjang ini yang mungkin dapat membuatkan kita berfikir atau.... menilai diri kita sendiri.. Apakah kita mampu menjadi seperti kisah lelaki ini....
***************************************
Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi. Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.
Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…
Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.
Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.
Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah.
Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.
Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat. Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.
Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.
Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!” Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan. Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. ” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.
Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.
Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…
Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.
Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya. Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.
Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).
Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.
Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.
Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.
Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.
**************************************
Kita selalu mendengar kalau yang selalu curang tu adalah lelaki.. Tapi perempuan juga sama... Yang namanya manusia.
Admin kongsi cerita ni sebab admin lelaki.. Tak dapat bayang kalau orang yang kita sayang buat macam di atas... Remuk berkecai hati ooooo....
Punca Orang Malu Untuk Buat Kebaikan
Malu kenapa pula nak buat baik pun...???
Pertama baca dulu jalan cerita dibawah...
*************************************************
Kejadian berlaku dua hari yang lepas, kebetulan masa tu saya nak singgah Aeon Big Batu Pahat nak beli barang-barang nak buat sup buah iaitu menu terbaru NLAD dekat kawan serumah yang lama. Saya ke Johor sebab saya ada program anjuran UTHM selama 4 hari.
.
Mungkin ni takdir Allah temukan saya dengan seorang makcik yang dah sangat berusia. Kalau orang tengok dari gambar bawah, orang akan cakap makcik ni jijik. Bagi saya, hati dia sangat mulia. Kenapa saya cakap macam tu? Kejap lagi saya cerita.
.
Masa tu saya tengah pilih buah-buahan dan pada masa yang sama mata saya macam terpandang sesuatu yang buat hati saya tersentuh sebagai seorang anak. Saya pun terus pergi dekat dengan makcik tersebut yang sedang teragak agak nak pilih barang keperluannya kat situ. Biasa la barang dah mahal sekarang ni. Dan saya pun terus hulurkan sedikit wang ringgit kepadanya.
Apa yang buat hati saya tersentuh?
Masa saya hulur wang ringgit kepada makcik tu, makcik tu memang taknak ambil dan saya paksa makcik tu ambil. Akhirnya dia ambil dan saya nampak dari riak wajah dia yang dia bersyukur sangat.
.
Selang beberapa minit lepas tu, dia datang ke arah saya dan dia hulurkan sedikit asam yang dia jual kat luar dekat saya. Dia cakap "ambil la asam ni, nanti boleh buat makan-makan". Banyak kali saya tolak dan saya suruh dia jual asam tu kat luar untuk cari pendapatan dia. Saya cakap kat makcik tu saya ikhlas bantu.
.
Saya nampak makcik tu dari awal lagi yang dia memang tak suka nyusah orang sebab dia cari pendapatan atas usaha dia bukan saja-saja dia minta sedekah. Saya suka cara makcik tu dan hati dia yang suci.
.
Kemudian saya pun kembali pilih barang keperluan saya. Dan pada masa yang sama mata saya masih tak terlepas pandang makcik tu. Dari pemerhatian saya, ramai yang pandang jijik dekat makcik tu. Allahu.. dia pun seorang manusia yang perlukan perhatian. Saya tengok makcik tu berulang kali tengok harga makanan dan banyak kali dia letak balik makanan tu kat tempat asal disebabkan harga.
.
Saya pun cepat cepat pilih barang dan pergi dekat makcik tu lagi sekali. Saya suruh dia letak barang-barang yang dia pilih kat dalam troli saya. Dia macam biasa la akan tolak pelawaan saya sebab dia taknak nyusah saya. Saya cakap takpa saya boleh bantu selagi saya mampu untuk hulurkan bantuan.
.
Makcik tu pun teragak agak nak letak barang dia dalam troli saya. Dah siap bayar semua, saya pun jalan sebelah makcik tu sambil borak. Memang ramai yang memerhati. Masa borak tu saya ada tertanya makcik tu "makcik melayu ke cina?". Dan dia jawab "I islam". Saya tanya sebab cara dia cakap macam cina. So saya rasa makcik ni seorang chinese muslim.
.
Saya pun terus borak sampai la kat pintu luar Aeon Big Batu Pahat. Kalau ikutkan hati saya nak hantar makcik tu balik rumah dia tapi dia bagi alasan dia tengah tunggu kawan dia yang entah pergi mana. Saya cakap kat makcik tu lama lagi ke sebab masa tu saya tengah kejar masa dan ada urusan lain yang saya kena selesaikan pula. Makcik tu cakap lama.
.
Saya tak pasti samaada dia sengaja taknak tunjuk rumah dia sebab dia taknak nyusah saya atau dia sendiri takda rumah untuk menetap dan takda kawan pun. Allahu tak sampai hati saya tengok keadaan dia. Kepada sesiapa jumpa makcik ni kat kawasan Batu Pahat, saya merayu hulur la bantuan kepada dia walaupun sedikit. InsyaAllah dengan sedikit bantuan dari kita akan mampu ringankan beban dia.
.
Masa saya nak balik, dia hulurkan saya sesuatu dalam bungkusan kertas dan kertas tu pula dalam bungkusan plastik yang dilipat kemas. Saya dapat agak tu la barang yang dia akan buat jual hari hari untuk dijadikan pendapatan makcik tu selain asam yang dia bagi tadi.
.
Sama-sama kita doa makcik tu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin..
p/s: Saya cerita bukan maksud saya riak atas bantuan saya tapi saya nak sama-sama kita bantu orang yang memerlukan. Yang selebihnya Allah yang turunkan rezeki.
Cerita ini ditulis oleh Gadis Nasi Lemak Anak Dara
********************************************
Pada mulanya admin baca post ni, admin terdetik bagus perempuan ni... Susah nak jumpa orang macam gadis ni kan walaupun kat tempat admin selalu makan tengah hari, ada seorang orang gila ni, orang ramai selalu bagi dia duit, kedai makanan tu pula selalu bagi dia makanan kat orang gila tu... Setiap hari disitulah orang gila tu ke hulu ke hilir. JAngan terkejut kalau dia hisap rokok Dunhill, tak taulah rokok tu orang bagi atau dia beli, kadang tengok dia kutip puntung rokok yang orang buang..
Berbalik pada cerita di atas, lepas admin habis baca cerita dia yang admin terjumpa dari blog orang lain, admin klik la sumber asal cerita tu iaitu pemilik cerita di atas yang waktu tu admin tak tau pun dia ni Gadis Nasi Lemak Anak Dara. Sampaila ke penghujung jalan cerita, ada tag macam di bawah...
Aik... Apasal ada tag #nasilemakanakdara pula??
Tak per lah, mungkin dia nak bagitau dia gadis penjual nasi lemak anak dara yang viral hari tu...
Baca kat komen pula....
Laaaaa.... ada juga yang tak senang dengan tindakan perempuan niii yang mengatakan dia riak...
Biarlah dia nak riak ke.. dia nak buat marketing nasi lemak dia ke..?? Itu urusan dia der.. Niat dia dia yang tau sudah....
Kalau dia riak pun tak ada menyakitkan hati orang lain walaupun part marketing tu macam ada sikit.. Biar jelahh... ini ada pula siap kutuk itu kutuk ini kat dia.. adoiii..
Buat baik salah buat tak baik lagi la salah....
Lepas ni kalau admin nak sedekah tak nak sedekah dekat public, takut orang kata riak pula... Kan.. huhu..
Mungkin ini punca orang kita malu nak buat kebaikan... Nak buat tapi takut dituduh kata riak sebab bagi di khalayak ramai.. Oh oh oh....
Jangan kata admin nak back up perempuan si penjual nasi lemak anak dara ni pula.. Kenal pun idok, nama pun tak tahu.. nasi lemak dia pun tak tau macam mana rasa.. huhuhuhu....
Cara Pendekkan Tempoh Pembayaran Hutang Pinjaman Kereta
Kereta oh kereta.... Kereta ni antara 'permainan' kaum lelaki la terutama yang muda mudi walau tak semua... Perempuan pun ada juga yang meminati dunia kereta ni.
Selain kereta yang sekarang ni dah macam keperluan (Keperluan ke), tapi kalau seseorang tu tak ada kereta terutama yang geng geng muda ni dia rasa macam dia ketinggalan sikit dengan kawan kawan lain yang dah ada kereta..
Apalagi pengaruh pengaruh dari filem barat macam "The Fast and the Furious" juga dari majalah majalah automotif. Belum ada kereta pun dah berangan untuk memiliki kereta ubahsuai sana ubahsuai sini... Yang dah ada kereta pula, dari kereta proton boleh dibuatnya jadi Mitsubishi... Haa... begitulah kuatnya pengaruh dunia automotif ni terutama anak anak muda yang meminati dunia automotif ni...
Disebabkan rasa minat yang teramat terhadap dunia automotif ni dari zaman sekolah, ditambah pengaruh pengaruh media media eletronik dan media media cetak jadi ramai lah anak anak muda yang baru saja tamat belajar, dapat kerja, terus rembat kereta idaman.... DISINILAH BERMULANYA MASALAH KEWANGAN SEHINGGA RAMAI DI ANTARA KITA TIDAK DAPAT MEMBUAT SIMPANAN.
Perlu diingat bahawa apabila membeli kereta dengan membuat pinjaman bank, bermakna anda sudah terikat dengan hutang yang wajib dibayar setiap bulan. Yang bijak sikit, mungkin mereka akan congak dahulu adakah gaji yang mereka terima mampu untuk membayar pinjaman kereta tersebut. Yang kurang bijak.. Gaji RM2000, ansurans bulanan pinjaman kereta sampai RM1500 sebulan.
Dah dapat kereta, Kereta terperuk kat parking, tuan kereta makan meggi hujung bulan... Padan muka.
Jadi macam mana cara supaya boleh memiliki kereta tanpa terlalu terbeban dengan pembayaran balik pinjaman hutang kereta a.k.a hutang bank sekaligus memendekkan tempoh pinjaman hutang.
SABAR SEKEJAP + MANAGE DUIT
Tips Memendekkan Tempoh Hutang Kereta
Ini adalah pelan ataupun idea jika korang dah teringin sangat nak pakai kereta.
Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.
1. Korang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja korang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.
2. Katakan korang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau korang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.
3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen korang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta korang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la korang cari ye.
4. Jika ansuran bulanan kereta korang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh korang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.
5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.
6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150
7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.
Itu sebab korang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.
Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.
Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji korang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya korang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?
Kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.
Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika korang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.
Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!
Beli hartanah dahulu dan korang mampu beli kereta. Tapi korang beli kereta dahulu belum tentu korang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.
Kalau korang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian korang masa zaman muda.
Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke korang. Korang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.
Kalau korang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun korang dapat besi buruk jeeee. Kah!
Tips Menukar Dan Membeli Tayar Kenderaan |
Jangan Sampai Tertipu
Jika korang ada kereta, tentu korang tau apa itu tayar. Kalau tak tau tak tau la nak cakap, huhu.
Tayar bila kempis, pam.. kan... Kalau bunga tayar dah haus atau botak, kena tukar apalagi kalau dah nampak dawai dalam.
Tapi tak semua pemilik kenderaan tau tentang tayar, termasuklah aku sendiri sebenarnya... Tau pakai beli sahaja tak kira tayar second hand ker, tayar korek ke, tayar baru ke... Asal bunga tayar nampak masih tebal, dah kira ok...
Untuk mengetahui tayar yang anda beli itu masih bagus atau tidak memang lah sekilas pandang dari bunga tayar itu. Tetapi yang perlu diberi perhatian adalah serial number tayar itu yang menceritakan tentang keadaan tayar itu. Ini yang ramai orang tak tau.. Dan tau tak tayar ada tempoh expired?
Jom belajar cara nak mengenali tayar kenderaan anda supaya tidak mudah ditipu oleh tokey tokey kedai tayar dan membahayakan nyawa sendiri sewaktu memandu.
Perasan tak dekat tayar anda ada kod macam dibawah ni
205/65/R1594H
Apa maksud kod atau serial number ni?
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
Lihat Abjad yang last;
H = Maksimum Had Kelajuan 210km/jam
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Jika ada punca kemalangan yang dikatakan berpunca daripada tayar pecah.. atau hilang kawalan, ini kerana pemandu kurang arif tentang tayar yang digunakan dan memandu lebih dari had kemampuan tayar itu bertahan. Semakin tinggi had kelajuan yang boleh diterima oleh tayar, bermakna tayar itu lebih tahan terhadap suhu.Tak percaya, lepas anda memnadu, cuba pegang tayar kenderaan anda yang menyentuh jalan, panas ke sejuk.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka .Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Lepas ni dah tahu macam mana nak tengok tayar tu masih bagus atau tak?
Punca Sebenar Pelajar Malaysia Di Perancis Nursakinah Hilang Terjawab
Masih ingat kisah seorang pelajar Malaysia, Nursakinah yang melanjutkan pelajaran di Perancis yang hilang beberapa hari yang lalu? Klik sini untuk baca
Nursakinah, 19 tahun yang berasal dari Kedah melanjutkan pelajaran dalam keruteraan Kimia di Universiti Institut Teknologi (IUT) di Rouen, Perancis di laporkan hilang pada 2 Oktober 2016 yang lalu.
Setelah 5 hari dan usaha mencari gagal, akhirnya Nursakinah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Perancis ini pulang ke rumah penginapannya dalam keadaan selamat dan menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku...
Apa Yang Sebenarnya Berlaku Kepada Nursakinah?
Nursakinah memberitahu bahawa beliau menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.
Pelajar ini mengakui memang tidak berminat belajar kursus kejuruteraan di negara tersebut sejak awal lagi namun terpaksa bersetuju kerana desakan ibu bapa.
“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya.
“Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,”
Nur Sakinah mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan akan tiba di Perancis.
Nur Sakinah telah keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,”
Sebaik sahaja tiba di Paris, Sakinah telah pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.
Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Sakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya.
*************************************************
Apa yang dapat kita belajar dari kisah Nurskinah ini?? Terutama kepada para ibu bapa?
JANGAN KORBANKAN MASA DEPAN ANAK ANDA HANYA SEMATA MATA MAHU MENURUTI KEMAHUAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA
Admin suka akan kisah Nursakinah ini kerana situasi Nursakinah ini pernah berlaku kepada admin sewaktu admin masih bergelar pelajar dulu (Cuma admin tak belajar di luar negara la).
Admin dahulu sewaktu di tingakatan 5, admin belajar jurusan prinsip akaun dan ekonomi asas.
Sewaktu SPM, admin dapat keputusan yang agak baik dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dalam jurusan perakaunan.
Tetapi. Bapa saudara melarang admin dari meneruskan pelajaran ke Matrikulasi kerana beranggapan bahawa course perakaunan agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat belajar kelak.
Confius kerana terpaksa membuat keputusan yang akan menentukan masa depan, admin berjumpa dengan guru kaunseling dan guru tersebut menyarankan supaya malanjutkan pelajaran ke Matrikulasi.
Tetapi kerana desakan bapa saudara yang terlalu kuat, akhirnya admin terpaksa menuruti kemahuan mereka iaitu hanya melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Di politeknik, admin mendapat jurusan kejuruteraan Mekatronik.
Jurusan yang langsung admin tidak tahu apa itu Mekatronik. Zero basic dalam bidang keruteraan. Tetapi kerana desakan si bapa saudara, admin terpaksa akur. Selama 3 tahun belajar di Politeknik dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Admin langsung tidak tahu apa yang admin belajar!!
3 Tahun terbuang begitu sahaja walaupun admin berjaya menghabiskan pelajaran di Politeknik berkenaan...
Tamat belajar. Admin melangkah ke alam pekerjaan. Mendapat pekerjaan sebagai Technician di sebuah kilang. Di alam pekerjaan, admin langsung tidak tahu melakukan kerja. Bertahun tahun admin bekerja sebagai technician, selama itulah admin stress kerana tekanan di tempat kerja. Akhirnya admin berhenti dari kerja kilang dan admin melakukan sesuatu yang admin suka dan minat iaitu perniagaan.
Sewaktu bergelar Technician, bergaji tetap. Tetapi hati tak pernah gembira. Setiap hari tertekan. Setelah keluar dari alam pekerjaan dan melakukan perniagaan admin sendiri, walau tiada gaji tetap, tapi admin puas. Dan kewangan admin lebih baik berbanding sewaktu admin bekerja sebagai Technician dahulu.
Kepada ibu bapa.. Ingatlah, jangan korbankan masa depan anak anak anda hanya kerana mahu menuruti apa yang anda mahukan. Baik di mata anda.. Belum tentu baik di mata anak anak anda dan masa depan mereka. Biarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri. Peranan ibu bapa hanya membimbing dan memberi dorongan dengan apa yang mereka inginkan. Bukan memaksa mereka untuk menuruti apa yang ibu bapa mahukan semata mata.
Semoga kisah Nursakinah ini dapat di jadikan pelajaran. Setiap orang berhak menentukan masa depan mereka sendiri dan memilih jalan yang mereka inginkan. Kejayaan bukan hanya semata mata di ukur melalui berapa besar gaji atau seberapa tinggi pangkat yang disandang. Tetapi juga kepuasan dan kebahagian di dalam hidup.














