Ibu Bapa Merotan Anak Boleh Disabit Kesalahan Jenayah
Beberapa hari yang lepas, agak kecoh pasal isu merotan anak boleh disabit kesalahan jenayah yang di usul oleh Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan kesalahan merotan anak akan dimasukkan ke dalam Akta Kanak Kanak 2001
Menurut Datuk Seri Rohani, perbuatan rotan anak perlu diletakkan dibawah kesalahan jenayah kerana negara telah menandatangani Perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak (CRC)
Setakat ini, hanya terdapat 2 hukuman di dalam Akta Kanak Kanak 2001 Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM20,000 untuk kesalahan mendera dan mengabaikan anak.
------------------------------------------------------------------
Apa pandangan korang pasal isu rotan anak boleh disabit kesalahan jenayah?
Ramai yang tidak bersetuju dengan isu ni dan mencemuh termasuk la admin pada mulanya. huhu..
Memang kalau dalam kehidupan orang melayu (rasanya bukan melayu pun) akan ada ibu bapa yang pukul atau rotan anak kalau anak anak mereka degil atau melakukan kesalahan.
Tapi dalam isu ni...... orang ramai jadi marah terhadap cadangan Menteri Pembanggunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ni kerana menjadikan isu merotan anak sebagai kesalahan jenayah.
Tak semestinya rotan anak tu perbuatan jenayah, ianya lebih kepada mendidik anak, menjadikan anak takut dan hormat kepada orang tuanya. Dalam Islam pun, menyarankan pukul anak pada usia 10 tahun kalau dia tak mahu sembahyang.
Kalau dah sampai cedera atau lembik si anak tu, logiklah dianggap perbuatan jenayah.
Video : Adakah dibenar rotan anak dalam Islam?
Admin 2:17 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Kisah Sebenar Gambar Budak Sekolah Galas Beg Kotak
Gambar seorang pelajar sekolah rendah menggalas 'beg kotak' tiba-tiba menjadi viral di media-media sosial yang mana di Facebook, gambar tersebut telah di kongsikan oleh 50,888 pengguna Facebook dan mendapat 123,177 like.
Ada yang komen menyatakan rasa simpati mereka terhadap budak sekolah rendah tersebut ditambah sekarang sememangnya isu mangsa banjir yang tidak dapat membuat persiapan dengan sempurna pada hari pertama persekolahan dibuka.
Dibawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook terhadap gambar pelajar sekolah menggunakan 'beg kotak' tersebut
Tetapi kisah disebalik gambar tersebut, rupa-rupanya, gambar tersebut
diambil pada penggal akhir persekolahan tahun lepas di daerah
Pensiangan. Banjir pun tak melanda lagi waktu tu. Dan waktu itu, pihak
sekolah mengagihkan stok susu tersebut kepada pelajar-pelajar
memandangkan sesi persekolah akan berakhir dan pelajar mendapat seorang
sekotak kotak susu.
Jadi kotak yang digalas pelajar tersebut yang disangka oleh pengguna-pengguna Facebook sebagai beg pelajar tadi adalah kotak susu, bukan beg sekolah.
Adoiii... Tipah tertipu mak oiii.....!!
Dari rasa sedih langsung bertukar jadi lawak. Hahahaha... Dah macam kena troll la pulak. huhu..
Apa lagi bila baca komen pengguna facebook yang bersimpati pada budak sekolah yang menyangka menggunakan kotak sebagai beg.. kihkihkih
Gambar tersebut diambil oleh seorang guru disekolah pelajar tersebut, guru tersebut mungkin tertarik dengan idea kreatif budak tu yang tak perlu bersusah payah menggendong kotak susu tersebut sebaliknya menjadikannya seperti beg yang dapat digalas di belakang badan. Cerdik budak niiiii... hahaha.
--------------------------------------------------------------
Video dibawah mungkin akan membuatkan anda........
Petua Menghilangkan Toksin Dalam Badan
Setiap daripada orang, di dalam tubuhnya pasti mempunyai toksin. Tidak banyak, sedikit pasti ada.
Apakah toksin dan bagaimana ia terbentuk di dalam tubuh badan manusia?
Toksin adalah racun atau bahan kimia yang boleh mengganggu malah merosakkan struktur serta sel-sel di dalam badan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penghasilan toksin didalam badan antaranya
1. Makanan yang dimakan tidak dicerna dengan sempurna
2. Pengambilan ubat-ubatan kimia
3. Merokok
4. Minuman keras
5. Pemakanan yang tidak seimbang
6. Terlalu kerap makan makanan segera seperti meggie
7. Kurang bersenam
8. Pencemaran udara
9. Selain itu toksin juga boleh terhasil daripada tekanan hidup yang mana tubuh menghasilkan sisa metabolik yang akhirnya bertukar menjadi toksin.
Tanda tanda toksin berlebihan di dalam badan
Seseorang yang mempunyai toksin yang berlebihan didalam badan akan mengalami banyak tanda antaranya :
1. Badan sering keletihan dan tidak bermaya, sakit sendi, sakit kepala, mulut dan badan berbau
2. Insomnia (Kesukaran untuk tidur)
3. Daya tumpuan dan ingatan menjadi lemah, sering berasa cemas
4. Sistem ketahanan badan (imunisasi) menjadi lemah
5. Sistem pencernaan tidak sempurna (sembelit dan perut kembung)
6. Masalah kulit seperti jerawat bernanah
Kajian sains turut mendapati penghasilan toksin yang berlebihan didalam badan turut menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, asma dan alzheimer
Kaedah rawatan serta petua membuang toksin didalam badan
Terdapat beberapa cara untuk membuang toksin didalam badan. Antaranya :
1. Kaedah berbekam. Melalui kaedah bekam, darah kotor yang mengandungi toksin akan dikeluarkan dari badan.
2. Perbanyakkan mengambil makanan berserat
3. Mengambil makanan kaya vitamin C
4. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
5. Mandi air panas selama 5 minit setiap hari
6. Sauna
7. Bersenam
Anda juga boleh mengamalkan petua dibawah untuk membuang toksin yang terkumpul didalam badan anda.
Selain membuang toksin, petua ini juga dapat melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan meningkatkan tenaga.
Bahan yang diperlukan adalah :
Sebiji buah lemon
Sebiji buah epal hijau
1 halia segar
Secawan air (tidak wajib)
Cara penyediaan :
Kupas kulit buah lemon (jika tidak mahu kupas pastikan buah tadi adalah organik)
Masukkan buah lemon, epal dan halia dalam pengisar dan kisar (masukkan air jika anda ingin masukkan air supaya tidak terlalu pekat)
Minum air tersebut sebaik-baiknya pada waktu pagi selepas bangun tidur dan sebelum makan sarapan pagi.
Perhatian :
Perut kemungkinan akan mengulas selepas minum air tersebut. Tidak perlu risau kerana ianya adalah tindak balas terhadap tubuh anda untuk membuang toksin yang berada didalam tubuh.
Fenomena Cuaca Sejuk Melanda Malaysia Januari 2015
.
Merujuk kepada keratan laporan di atas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menolak kemungkinan bahawa Malaysia akan berhadapan dengan suhu cuaca sejuk ekstrim seperti yang pernah berlaku awal tahun lepas 2014.
Di bawah adalah antara petikan berita pada awal tahun 2014 yang melaporkan keadaan cuaca sejuk luar biasa yang melanda Malaysia yang mana suhu di Kuala Krai mencatat suhu sehingga 17 darjah celcius
Dibawah adalah ilustrasi daripada Berita Harian bagaimana pergerakan suhu sejuk melintasi negara Malaysia
Admin
1:23 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaRakaman Suara Antara Juruterbang AirAsia QZ8501 Dan Menara Kawalan Udara
.
Tersebar satu rakaman perbualan yang dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya.
Tersebar satu rakaman perbualan yang dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya.
Rakaman audio berdurasi 20:28 dengan tajuk 'ATC PK AXC-QZ8501 201412272225Z' itu dikatakan dimuatnaik oleh seorang pengguna internet menerusi apllikasi SoundCloud dengan ID 'Digitizing' pada sabtu lalu.
Rakaman suara antara juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda itu dikatakan asli merujuk kepada keadaan lalu lintas pesawat yang dikawal pada pagi hari kejadian iaitu 28 Disember 2014.
Dibawah adalah antara petikan perbualan juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Menara Kawalan Udara Juanda, Surabaya (Ihsan Awani)
AWQ8501 : "Tower, Wagon Air eight five zero one, Good Morning..."
Tower : "Wagon Air 8501Good Morning, Juanda Tower, go ahead..."
AWQ8501 : "Eight five zero one (Registrasi) Alpha X-ray Charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request pust and start, wagon air eight five zero one..."
Tower : "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha Niner Pushback and start aprroved heading west runway one zero, exit sierra two..."
Pada minit ke-4 QZ8501 meminta kebenaran untuk menuju ke landasan pacu. Pusat Menara Kawalan kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu.
Pada minit ke-7, Menara Kawalan Udara kemudia memberi kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian awal 24,000 kaki
"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, M six three five level two four zero initial, RAMPHY one Alpha depature squawk number seven zero zero five"
Admin
1:03 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia















