Rancangan Memasak No.1 Di Bulan Ramadhan
Aku rasa semua orang dah tahu kan rancangan memasak apa yang paling best di bulan Ramadhan ni terutama kepada kepada kaum-kaum hawa akak-akak, adik-adik, makcik-makcik kan.
Ketuk-Ketuk Ramadhan la jawapannya kan.
Aku walau pun lelaki, tapi aku suka la tengok rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan ni.
Tak macam rancangan memasak yang lain kan skema jer kat dapur. Hahaha....
Apa yang membuatkan rancangan memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan ni rancangan memasak no1 malaysia erk? First df course la disebabkan hos atau pengacara dia yang memang agak kecoh kan iaitu pelakon Shiela Rusly. Yang kedua gelagat artis-artis jemputan yang akan memasak bersama Shile Rusly (Artis jemputan ker? Huhu)
Aku sebenanrnya tak ada la selalu sangat tengok Ketuk Ketuk Ramadhan ni tapi tak tahu lah rasa macam tak best pula tak ada rancangan ni. Haish... Dengar dia punya background muzik pun dah best. Hoho
Ketuk Ketuk Ramadhan disiarkan setiap hari di bulan Ramadhan 2013 ni bermula jam 12:30 tengah hari selama 30 minit di TV1.
Jom kita layan video gelagat Shiela Rusly dan beberapa artis yang 'terkantoi' di Ketuk Ketuk Ramadhan ;)
P/S : Aku suka Ketuk Ketuk Ramadhan bukan sebab artis tapi gelagat diorang. Artis mana yang masak aku tak ambil port. Hahaha... Ketuk ketuk....... Ramadhaannnnnnn
Apakah Landing Tab
Landing Tab merupakan satu tab khas yang boleh dihasilkan didalam Facebook Fan Page. Banyak Page yang mempunyai Landing Tab terutama Page rasmi atau Page perniagaan. Ini kerana Landing Tab dapat memudahkan lagi satu-satu penerangan berkenaan produk atau servis disampaikan lepada pengunjung atau liker satu-satu page. Ini kerana Landing Tab tidak bersifat seperti Timeline yang mana kedudukan nya sentiasa berubah. Berbeza dengan Landing Tab yang mana kedudukan tab sentiasa di atas sebelah kanan dan mudah dilihat. Selain daripada itu, isi kandungan Landing Tab juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti yang mana didalam Landing Tab, boleh dimasukkan video atau borang pesanan.
Kepentingan Landing Tab
Selain memudahkan keterangan satu-satu produk atau servis disampaikan kepada pengguna Facebook, Landing Tab juga mampu digunakan untuk meningkatkan jumlah like serta menambah bilangan Subscriber jika anda menggunakan Autoresponder iaitu dengan menggunakan Fan-Gate. Fan-Gate bermaksud seseorang itu perlu melakukan sesuatu sebelum satu-satu content dapat dilihat seperti klik butang 'Like' atau isi form tertentu. Contoh :
Ahmad masuk ke dalam page 'Menguruskan Badan' dan berada di dalam tab 'Petua menguruskan badan' Namun untuk melihat petua menguruskan badan tersebut, Ahmad perlu klik Like terlebih dahulu sebelum isi kandungan tab petua menguruskan badan tadi dapat dilihat.
Dengan cara ini :
1. Bilangan Like bertambah
2. Like adalah berkualiti (orang yang like adalah orang yang sememangnya ingin Like page tersebut
3. Prospek bertambah
Admin
8:38 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaCara Bina Landing Tab Fan Page
Mudah jer nak bina Landing Tab ni. Lihat video dibawah cara bina Landing TabJadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2013 Seluruh Negeri
Ramadhan Al-Barakah kembali lagi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghayati bulan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Mungkinkah kita masih diberi peluang pada tahun-tahun mendatang.
Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi lebih dulu daripada kita. Kepada yang kehilangan insan tersayang Ramadhan ini, semoga tabah.
-----------------------------------
Dibawah adalah waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 1434H / 2013M seluruh negeri.
Semoga bermanfaat
Selamat Berbuka Puasa Dari Amry's Blog
Admin
7:26 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaDoa Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Amry's Blog mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Umat Islam. Semoga ibadah kali ini lebih diberkati.
Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh
Baru dapat tahu jambatan kedua Pulau Pinang runtuh semalam pada jam sekitar 7.15 petang.
Runtuhan tersebut berlaku pada bahagian penyambung susur keluar jambatan tersebut di Batu Maung. Sehingga kini dikatakan 4 orang mangsa terkorban dalam runtuhan tersebut yang mana mangsa berada dalam sebuah kereta sewaktu runtuhan jambatan tersebut berlaku.
Gambar Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Lokasi Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang Di Batu Maung
p/s : Dapat tahu dari Facebook. Tempat aku selalu jalan juga tu.... Macam mana boleh runtuh? Moga tak ada lagi mangsa yang terkorban.
Admin
11:22 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia












