Hafiz AF Disaman RM200K Oleh Bekas Pengurus
Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi
Sebuah pusat tuisyen di Tangkak Johor mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur nota ringkas menghina sahabat nabi dalam mata pelajaran sejarah tingkatan 4 bab Kerajaan Islam Di Madinah.
Didalam nota ringkas yang mempunyai karikatur menghina sahabat nabi itu, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik yang dilukis oleh tenaga pengajar pusat tuisyen tersebut, Mr. Fu. Antara bentuk karikatur yang jelas menghina sahabat nabi adalah lukisan sahabat nabi yang menyerupai wajah khinzir.
Nota ringkas yang menghina sahabat nabi ini pada mulanya dijumpai oleh seorang pelajar di tepi longkang sebuah sekolah menengah di Tangkak pada 4 Julai lalu sebelum menyerahkannya kepada guru agama sekolah tersebut dan guru agama tersebut menyerahkanya kepada Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL)
PADL telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu.
Kadi PADL, Sulaiman Maidin berharap pusat tuisyen yang menghina sahabat nabi itu ditutup dan diberi amaran serta tenaga pengajarnya yang lain meminta maaf secara terbuka diatas insiden yang berlaku.
"Kami bimbang tindakan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk"
"Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang islam"
Sumber Pusat Tuisyen Johor Hina Sahabat Nabi - SinarHarian, Kosmo
Admin
3:04 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Petua Tradisional Merawat Penyakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan penyakit dimana kandungan gula atau glukosa yang terlalu tinggi didalam saluran darah badan.
Secara umum penyakit kencing manis atau diabetes ini dikategorikan kepada 2 iaitu :
Diabetes Jenis Pertama
Diabetes Jenis Kedua
Selain rawatan moden, penyakit kencing manis juga dapat dirawat melalui rawatan atau petua tradisional. Terdapat banyak kaedah atau petua tradisional yang dapat digunakan didalam merawat penyakit kencing manis ini, antaranya pengambilan daun pegaga yang sememangnya mengandungi banyak khasiat didalamnya.
Terdapat dua cara yang boleh diamakan untuk merawat penyakit kencing manis ini menggunakan daun pegaga
| Daun Pegaga |
1. Dijadikan sebagai ulaman - Ambil beberapa helai daun pucuk daun pegaga dan cuci sehingga bersih. Jadikan ia sebagai ulaman sewaktu menjamu selera diwaktu pagi, tengah hari atau malam. Pucuk daun pegaga ini mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah.

2. Dijadikan sebagai rebusan - Ambil kira-kira 30 helai daun pegaga dan rebus bersama kira-kira 400ml air putih. Tunggu sehingga air rebusan tadi sejuk secara semula jadi dan minum. Amalkan 2 kali sehari setiap hari sehingga kandungan paras gula dalam badan kembali normal.
Semoga dengan petua ini dapat membantu mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes ini.
Jangan lupa juga untuk membuat pemeriksaan berkala di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan
2. Dijadikan sebagai rebusan - Ambil kira-kira 30 helai daun pegaga dan rebus bersama kira-kira 400ml air putih. Tunggu sehingga air rebusan tadi sejuk secara semula jadi dan minum. Amalkan 2 kali sehari setiap hari sehingga kandungan paras gula dalam badan kembali normal.
Semoga dengan petua ini dapat membantu mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes ini.
Jangan lupa juga untuk membuat pemeriksaan berkala di klinik-klinik atau hospital yang berdekatan
Tips Dan Panduan Menghadiri Temuduga Atau Interview
Temuduga atau interview merupakan prosedur wajib sebelum seseorang itu diterima bekerja secara rasmi.
Selain kelayakan serta pengalaman bekerja yang dimiliki yang bakal diambil kira sebelum seseorang itu diterima bekerja, penonjolan diri didalam menghadiri satu-satu temuduga itu sendiri memainkan peranan penting didalam menentukan seseorang itu diterima bekerja atau tidak.
Apakah tips, panduan atau petua untuk lulus temuduga?
Persediaan sebelum menghadiri temuduga
Kebiasaannya, seseorang itu akan dihubungi 3 4 hari lebih awal atau seminggu awal sebelum seseorang itu diminta untuk hadir temuduga. Persiapkan diri dengan meneliti serba sedikit latar belakang syarikat yang bakal anda hadir temuduga. Kenal pasti 'job scope' berkaitan jawatan yang dipohon. Pastikan kesemua dokumen atau sijil telah tersedia ada untuk dibawa sewaktu menghadiri temuduga
Persediaan Sewaktu Menghadiri Temuduga
Hadir lebih awal daripada waktu temuduga yang ditetapkan. Pastikan penampilan diri kemas serta sopan sewaktu menghadiri temuduga. Sewaktu menjawab soalan yang diajukan, jawab dengan tenang, ringkas tetapi padat. Pastikan bibir senantiasa tersenyum menandakan anda senang dengan soalan yang diajukan. 'Eye Contact', beri tumpuan sepenuhnya kepada penemuduga sewaktu mereka mengajukan soalan kepada anda.
Tindakan Selepas Menghadiri Temuduga
Selepas menghadiri temuduga, pastikan anda membuat follow-up terhadap syarikat atau pihak yang berkenaan. Ini penting untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda benar-benar berminat dengan jawatan yang dipohon.
'Soalan Maut' Penemuduga
Pastikan anda sudah mempunyai jawapan kepada soalan-soalan dibawah
"Mengapa anda ingin kami melantik anda sebagai pekerja kami?"
"Apakah yang akan anda berikan kepada kami sekiranya kami mengambil anda bekerja?"
"Sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lain, adakah anda akan meninggalkan jawatan ini sekiranya kami menerima anda bekerja"
Perkara Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Menemuduga
Penampilan diri tidak kemas atau berpakaian tidak formal. Terlupa membawa dokumen yang diminta. Lewat hadir temuduga. Terlalu gugup sehingga menampakkan anda tidak ada keyakinan diri. Elakkan perasaan terlalu yakin seolah-olah anda sememangnya akan diterima bekerja. Elakkan menampakkan anda sedang diburu waktu seoah-olah ada perkara yang lebih penting yang perlu anda lakukan selain menghadiri temuduga tersebut. Sekiranya tidak mempunyai pengalaman, elakkan 'demand' gaji yang terlalu tinggi.
Akhir kata, good luck kepada yang bakal menghadiri temuduga.
Bonus Raya Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Dan RM500 Untuk Pesara Sempena Raya 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kesemua 1.27 juta penjawat awam persekutuan.
Selain itu, Datuk Seri Najib turut bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan kepada 657,000 pesara kerajaan.
Pemberian bonus ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi dan juga merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan didalam melaksanakan program pembanggunan negara.
Bayaran bonus tersebut akan dibuat pada 9 Ogos ini.
Najib berkata, pemberian bonus setengah bulan gaji dan Bayaran Khas Kewangan sebanyak 2.2 bilion ini dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Najib berharap dengan pemberian bonus ini dapat membantu mereka didalam membuat persediaan menyambut bulan perayaan tidak lama lagi.
-------------------------------------------------------------
Tumpang gembira sebab ayah den penjawat awam...... :)
Admin
9:56 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia



