![]() |
| Template | Theme | Layout |
Theme, template, layout. 3 sebutan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Aku rasa tak yah la aku terangkan apa kebenda nya semua tu kan. Sesaper yang ada blog, wajib la tahu benda-benda tu. Ada orang suka sebut theme, ada pula yang suka sebut layout, sesetengahnya pula sebut template. Macam aku, aku suka sebut template lagi la. Yang guna hosting percuma blogspot ni, waktu mendaftar blog tu, pasti akan diberi pilihan terlebih dahulu template mana yang ingin digunakan. Betul? Dan template yang disediakan tu adalah basic template la. Selama pembabitan aku dalam dunia blog ni, banyak kali juga la aku tukar template ni.
Tahu tak template ni sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri didalam pembinaan blog? Dari segi zahirnya template memang la penting kan sebab template ni umpama buku. Masih ingat waktu sekolah? Ada buku garis melintang untuk menulis perkataan. Ada pula yang kotak untuk membuat kira-kira (matematik), ada pula yang kosong untuk lukisan. haaa... melintang, kosong atau kotak tu boleh la diibaratkan macam layout atau template niii. Buku tu blog la kan... Tanpa template ni, mungkin susah sikit untuk kita menempatkan widget-widget di dalam blog kita tu. Dari segi batin pula (eh ada zahir batin pula erk :P )
Template ni mampu mencerminkan diri/tahap keprofessionalan seseorang blogger itu di dalam dunia blog ni.... Maksud aku, bila kita pergi ke satu-satu blog tu, kita akan membuat anggapan sebegini
* Hmmm...basic template... blogger ni masih baru dalam dunia blog niii
* Basic template? Budak-budak baru nak belajar memblog la niiiii
* Basic? buruk nye blog ni.
* Aduh! Serabutnya blog ni.... Dan banyak lagi tanggapan pandang pertama ni.... Pernah korang berfikiran macam tu? Tak pernah?? Ok... Memang bukan semua menilai dari segi template k.
Dan... Percaya tak anggapan tu akan memberi effect kepada traffik? Why? Dalam kehidupan seharian, jarang kita tengok orang tua melepak ngan budak-budak. Kan. Dalam dunia blog, orang tua tu bolehlah dianggap otai dan budak-budak tu newbie (Ini hanya contoh k dan template adalah salah satu peyumbang traffik atau salah satu cara untuk mengekalkan pelawat blog) So, untuk setaraf dengan otai-otai, kena la bersikap keotaian sikit. Kalau memang nak menjadi blogger sejati la. Dan salah satu cara/faktor yang menunjukkan seseorang tu otai adalah dari segi template. Susahla nak jumpa otaians yang guna basic template ni....
Kesimpulannya...... Nak traffik, nak setaraf dengan para otai.... Berblog la secara otai. Huk huk...
Tak elok kalau kita berlagak macam otai, tapi tak salah kalau kita berkelakuan seperti otai | Tak elok kalau kita menunjuk-nunjuk akan kepandaian kita, tapi tak salah kalau kita menggunakan kepandaian kita tu.Ada paham maksud kata-kata aku tu? Huhu..
P/S : Tidak ada niat langsung untuk memperlekeh kepada sesiapa yang menggunakan basic template ok. Ini hanyalah dari mata pandangan dan buah fikiran aku. Kalau suka, ambillah point-point aku. Kalau tak suka, buat jer "dono", jangan benci sudah... We are friendddd :P (Ada jer blogger yang guna basic template ni aku buat member blog aku dan kami menjadi pengomen setia di blog masing-masing :) )
Apa-apa pon, pilihan di tangan masing-masing k. Ini hanya pendapat aku jer.
Ok ok...korang punya blog korang punya suka.... Ok aku terima alasan tu. hehe
------
Next entry InsyaAllah aku akan buat tutorial sikit macam mana nak tukar template dari yang basic kepada non-basic. Pergh. Jangan gelak bai. Aku dulu tak tahu nak tukar template woooo...Guna laaa yang basic... Nak tukar pon cari yang dah ada HTML kod dia. Puas la menggoogle. Nak download sumpah tak tahu.
P/S : Sorry geng. Aku masih tak banyak masa untuk berblogwalking. InsyaAllah nanti aku set time untuk aktiviti berblogwalking ni. Semua blog aku lawat nanti :) Silalah jangan membosankan diri korang dengan blog aku ni erk? Huhu Admin 11:23 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Assalamualaikum.....hehehehe. Berapa hari aku tak update entry erk...?? Sehari...eh...2 hari....3 hari kot...muahahaha..... Alasan idea tak ada..... Dah ada idea, ayat pula tak ada. Ditambah pula dengan projek aku yang ada aku gtau korang baru-baru ni. huhuhu..... Tapi ada satu lagi sebab yang pasti...... Nanti aku gtau erk.. kekekeke
Admin
10:38 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Apa itu bersukan? Bersukan adalah aktiviti kecergasan yang mampu menyihatkan badan. Ok.... Aku dah laaaaaama tak buat aktiviti kecergasan. Rasanya last aktiviti aku 5 bulan lepas kot. Panjat bukit 'Bukit Jambul' di Penang. Tu pon setelah 5 bulan juga aku tak panjat bukit tu. hahahaha.... Aku memang jarang buat aktiviti mengeluarkan peluh ni disebabkan kekangan masa.
Nak dijadikan cerita, 17 Feb hari tu aku g la lepak ngan member aku kat kedai makan dia... Aku tanya la bila korang ada main badminton?? Maksud aku bila kali terakhir diorang main badminton. Sajalah aku tanya kan. Member aku jawab "malam ni nak main boleh lah, aku pon dah lama tak main ni". Alamak.. Aku tanya bila korang ADA main. Bukan bila korang NAK main... Aduhaiiii. Terlajak kereta boleh gostan, terlajak lidah, tak boleh digulung balik dah...waaakakakaka.... Aku pon buat-buat la excited nak main. hehehe... Excited tu memang la... Tapi esok aku kerja pagi baiii... Tak perlah..Bukan selalu kan. Aku pon dah lama tak main badminton ni. Aku pon on jerlah. Memang otak seminit der malam tu g main badminton....
Keesokan harinya................ Aku dapat surat cinta ni
Aku demam baiiiiii.................... wakakakakakkakaa......
Aku settle main jam 12 malam... minum-minum jap. Kul 1 pagi balik. Malam tu aku rasa semacam dah tekak aku. Esoknya sah aku demam. Demam + jalan macam robot sebab otot semua kejang-kejang, dah lama tak beriadah. Hmm.... 2 hari juga la aku tak g kerja. huhu...
P/S : Selama 2 jam lebih aku main, peluh aku sikit sangat sedangkan member aku kejap jer dah lencun. Kenapa erk? Adakah badan aku tak sihat? Saper sini tahu...? Hm
lalalalalalalalalal.....Ok Ok.. Aku terlambat buat entry ni.... Aku rasa ramai yang dah tahu pasal "kebijaksanaan" sesetengah blogger ni dalam kerja cilok mencilok (mencuri derr) pelawat ni kan. So kira entry aku ni dah tak panas la kan. Kire apa aku panas ker tak. Aku rasa aku nak buat, aku buat la. Wakakakakakaka.....
Blog pertama yang aku jumpa tentang pembongkaran iFrame ni adalah di dalam blog HatiTupai. Memang berani der sahabat aku ni mendedahkan aktiviti yang tidak sihat ni, sehingga dia langsung dicaci maki oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab ni. Tak per, aku akan terus sokong ko Tupai. Dun Wurry k. Wei, kalau dia tak dedahkan pasal benda ni, fuh!! memang goyang kaki la sesetengah blogger yang mangkaq kat luar tu mencuri traffik dari blog orang lain.
Teknik iFrame ni lebih dahsyat der dari kes penipuan di Shoutbox yang pernah menjadi bualan satu ketika dulu :P Sebabnyer.... Dengan teknik iFrame ni, Si penyamun tu tak perlu buat apa-apa dah. Dengan hanya menyuruh orang lain menampalkan banner mereka (si penyamun) pada banner rakan lain tu (banner exchange) secara automatik semua pelawat dari blog si rakan tu akan turut dirasai oleh si blog penyamun ni. Maksudnya statistik bilangan pengunjung ke blog si penyamun ni akan meningkat walaupon tiada traffik langsung yang masuk ke blognya. Kalau 1 blog 100 pelawat... Si penyamun dah dapat 100 pelawat sambil goyang kaki. Kalau dia buat kat 10 blog? Lu olang kila sendili la ho. Wa talak pandai kila-kila :p
Korang tak paham lagi iFrame ni. Tak per, aku sajer tak nak terang lebih sebab aku tak pandai nak terang pon. hahaha... Nak lebih detail. Korang boleh g ke blog sahabat aku tu. HatiTupai. k. Thanx to Tupai. Tarbaek la. Jasa mu kan dikenang sahabat :)
Dalam blog HatiTupai tu, dia ada gtau juga cara nak detect iFrame ni. Tapi cara yang diberikan adalah manual iaitu melalui page resource. Cara yang aku nak kongsi ngan korang ni pula adalah secara Auto. Tak sampai 5 saat korang cek blog korang, korang dah boleh tahu kalau-kalau ada iFrame yang tersorok ni dan mencuri pelawat dari blog korang. Aku tak nak sebut dari mana korang boleh cek cara tu sebab aku nak kasi kredit kat tuan blog tu. Korang g tengok kat sini k. Thanx to Papabear for sharing. Nice!!
Blog aku tak der iFrame tu. Tak pernah lagi la buat banner exchange ni. Lagipon kalau ada, buang masa jer. Blog aku ni traffik ciput jer pon. Muahahahaha
P/S : Bijak tak bertempat macam ni laaaaa...... Cuba la create idea yang kreatif tu yang dapat memberi kebaikan pada orang lain.... Please la weiiiii..... Jangan jadi marang kerapu marang kepunden marang sekeppar boleh??!! Bikin panassssss jer.
Admin
4:20 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAku tengah hangin ni!! Time nak balik kerja pagi tadi..........Helmet aku hilang weeeeiiiiiiii!!! Tak guna punya punyamun. Sekali ngan baju hujan aku dia kebas. Masuk ni dah 2 kali helmet aku hilang......
Sapa yang amik helmet aku tu aku sumpah excident pecah kapala!!! Marah aku ni.... Grrrr.... Dah hilang tu, beli la yang baru, ini dikebasnya pula helmet orang lain.. Geram betul la!! Langsung melayang duit aku kena beli helmet!
![]() |
| Kalau tak ada duit nak beli helmet, buat jer lah macam ni. Tak la menyusahkan orang lain! |
Hina sangatkah diri ini?
Sehingga kau sanggup meninggalkan aku seorang diri.
Hina sangatkah diri ini?
Sehingga langsung kau berpaling dari ku.
Hina sangatkah diri ini?
Hina sangatkah???
Aku sedar.... Aku tiada rupa
Wajah mu lembut.....
mampu melembutkan hati sesiapa sahaja yang menatap wajahmu.
Siapalah diri ini untuk meminta secubit kasih dan sayang dari mu
Tapi tahukah kau yang aku benar-benar mencintai mu.
Mencintaimu dari hati ku yang paling dalam.
Aku tidak menjanjikan mahligai sebesar istana.....
Aku juga tidak mampu berikan kau bintang di angkasa.
Tidak juga mampu berikan kau selautan emas.
Ngeeeeee nge ngeeeee ngeeee!!!!
Tak pandai aku weh nak berjiwang karat apa segala. Huh!! Aku bukan lah romantik kay...huhu
Apa pula motif entry aku ni aih!!
Baru-baru ni aku ada kenal sorang girl ni. Salah no la konon...muehehehehe... main-main la mesej kejap.... seminggu dua la kottttt..... Dia minta FB aku, aku bagi jer lah. Bukan ada apa pon kat FB aku selain gambar aku yang tak hensem tu..wakakakaka..... Tapi aku mintak FB dia, dia tak bagi la plak... Hm... Ada aku kisah??? Tak kisah ponnnnnn... Waktu aku bermesej-mesejhan ngan dia, mesej-mesejhan k. Bukan berkasih kasihhan :P
dia tengah sudi mid sem... Yer kot, aku tak ingat dah. Oooooo.... belajar lagi rupanyaaaa.... Ok ok. tak der masalah. Layannn..... Dia ni dari Kedah. Saper sini orang Kedah? Sila kenyitkan mata anda? hehe.. Orang kata orang-orang Kedah ni lawo-lawo... Ya ka? Dari pemerhatian aku, ramai juga yang lawo-lawo ni. Ok ok....
Pas raya cina tadi dia dah balik kolej dia..... Pas dari hari tu, dah tak ada mesej dari si dia.... Ewahhhh ayat!! hehehe... Aku pon malas nak berhai-hai dengan dia. Lantak kat hang laaaa.... Hang bukan aweq aku pon. waaaaaaakakakakaka.... Korang rasa kenapa dia tak mesej? Sibuk study....??? Ok. Alasan diterima. Yer lah kan... Student maaa..... Atau dia tak sudi nak kawan ngan aku sebab aku tak encem?? Ada aku kesah??
Ok... Tutup buku pasal girl tu k. Aku bukan nak citer pasal kisah cinta aku ngan dia. Aku nak kasi contoh jer. Pernah tak korang-korang mengalami situasi dimana salam persahabatan atau bibit-bibit cinta korang ditolak mentah-mentah hanya kerana korang tak encem atau tak cun??? Apa perasaan korang tatkala direject?? Sila jawab-sila jawab :P Aku? Ada aku kesah???!!! hahahahaha
Memang ada kan sesetengah orang yang macam ni... Orang tu nak berkawan ngan dia, tapi kerana orang tu tak cun atau encem, dia tak nak kawan.. Oh sedih sedih... Terluka hati member tu weiii..... Nak kawan jer, bukan nak berpacaran ponnnn.... Mentang-mentang la dia encem...dia cunnnn....yang tak encem atau cun ni tak dilayan nyer. Oh sedihnya.... kan kan kan.
Pada aku la kan... Aku tak kisah sangat girl tu cantik ker tak, asal dia ikhlas nak berkawan.Tapi kalau tak cantik pon, biarlah sedap mata memandang kan... Aku lebih suka/respek girl yang kurang cantik dari girl yang cantik sebab girl yang cantik ni banyak songeh...(certain-certain jer k). Yer lah, dia bangga la ramai orang nak kat dia, jual la mahal. Mengada-ngada pon up la kan..Meluat uuuuu :P Sapa sini dia rasa dia lawa atau ensem? Sila kempiskan hidung anda :P
Aku tengok dari pemerhatian aku la kan.... Orang yang kurang cun atau encem ni lebih jujur atau lebih menghargai pasangan dia. Banyak juga la aku jumpa macam tu.... Yer la sebab dia sedar dia kurang ada rupa ni. So dia sangat lah menghargai orang yang sayang kat dia. kan kan kan.....
Aku waktu kat sekolah dulu ada aweq cun nak kat aku... Duk usha-usha aku. Aku pon terperasan la. Member aku pon terperasan. Apalagi, kena sakat derrr... Hampeh! Rupa-rupanya dia playgirl la weiiiii... hahahaha...Boleh pulak aku tersyok kat dia, sebab dia syok kat aku. Grrrr. Tapi disebabkan aku bukan la pakar bab ngora-mengorat ni, sampai kesudah aku n dia main jeling-jeling mata jer. hahaha....Sekarang dia dah kawin ponnnnn.... Suami dia.... Aku ensem lagi kot.. Waaaaakakakaka. Aku? Ada aku kesah?? Muehehe
Yang tak cantik tapi perasan cantik macam mana plak erk? Ada baiiii kat sekolah aku dulu.... kelakau gilor laaa.... kah kah kah..... Dia tulis surat kat kawan aku yang ensem ni waktu diorang gaduh. Ayat dia macam ni... "Aku tahu la aku cantik. Hang nak kat aku..." Erk!! Semua orang yang baca surat tu gelak baca ayat tu... termasuk aku ...waaaakakakaka
P/S : Ayat terabur. Otak tengah hang derrr....
Admin
3:13 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAku tengok dari pemerhatian aku la kan.... Orang yang kurang cun atau encem ni lebih jujur atau lebih menghargai pasangan dia. Banyak juga la aku jumpa macam tu.... Yer la sebab dia sedar dia kurang ada rupa ni. So dia sangat lah menghargai orang yang sayang kat dia. kan kan kan.....
Aku waktu kat sekolah dulu ada aweq cun nak kat aku... Duk usha-usha aku. Aku pon terperasan la. Member aku pon terperasan. Apalagi, kena sakat derrr... Hampeh! Rupa-rupanya dia playgirl la weiiiii... hahahaha...Boleh pulak aku tersyok kat dia, sebab dia syok kat aku. Grrrr. Tapi disebabkan aku bukan la pakar bab ngora-mengorat ni, sampai kesudah aku n dia main jeling-jeling mata jer. hahaha....Sekarang dia dah kawin ponnnnn.... Suami dia.... Aku ensem lagi kot.. Waaaaakakakaka. Aku? Ada aku kesah?? Muehehe
Yang tak cantik tapi perasan cantik macam mana plak erk? Ada baiiii kat sekolah aku dulu.... kelakau gilor laaa.... kah kah kah..... Dia tulis surat kat kawan aku yang ensem ni waktu diorang gaduh. Ayat dia macam ni... "Aku tahu la aku cantik. Hang nak kat aku..." Erk!! Semua orang yang baca surat tu gelak baca ayat tu... termasuk aku ...waaaakakakaka
P/S : Ayat terabur. Otak tengah hang derrr....
![]() |
| Ni kategori encem ker cun erk????? :P |












