Kerajaan Membatalkan GST Ke Atas 60 Barangan Makanan
Kerajaan membatalkan hasrat mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy memberitahu FMT, pihaknya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.
Sebelum ini, China Press memetik Subromaniam sebagai berkata lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.
******************************************************
Lebih 60 Barangan Makanan Di Kenakan GST Mulai Julai 2017
Bermula 1 Julai 2017, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Star.
Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi berdasarkan laporan akhbar China Press semalam.
Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahkan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.
"Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.
Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.
Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.
Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.
GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawati gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my
**********************************************
P/s : Admin suka ayat dia ni.. "Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," hohohoho.....
UPDATE : GST Barangan Makanan Di Batalkan
UPDATE : GST Barangan Makanan Di Batalkan
Iklan Raya Terbaik 2017 Pilihan Amry's Blog
Dah nak dekat raya ni, memang akan banyak lah keluar iklan iklan raya dari pelbagai agensi. Selain daripada tujuan marketing, iklan raya ini sememangnya mempunyai mesej mesej yang tersendiri yang sememangnya khas untuk menyambut kedatangan aidifitri
Jom layan iklan iklan raya terbaik tahun 2017 pilihan Amry's Blog...
Iklan Raya Yeo's 2017 : #DiariRamadhanOpah
Iklan Raya Yeo's 2017 : #DiariRamadhanOpah
Iklan Raya 2017 - Balang Short Film
Iklan Raya 2017 | MYNIC - Lagi lagi bahulu emak
Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Di Tutup Sempena Sambutan Raya Aidilfitri
Untuk memastikan perjalanan lebih lancar sempena Hari Raya terutama di plaza tol, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan akan menutup semua lorong tambah nilai Touch n Go bermula dari 22 Jun hingga 2 Julai 2017. Ia bertujuan mengurangkan kesesakan disebabkan barisan beratur ketika membuat tambah nilai.
Sebanyak 134 Lorong Tambah Nilai di lebuh raya PLUS akan ditutup dalam waktu tersebut. Untuk itu, pengguna lebuhraya PLUS perlu memastikan baki yang mencukupi di dalam kad Touch n Go atau membuat tambah nilai sebelum memasuki lebuh raya PLUS.
PLUS telah melaksanakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya sejak 26 April 2017. Tiada lagi transaksi tunai dikendalikan di lebuh raya PLUS dan semua pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch n Go ataupun SmartTAG.
Terdapat banyak lokasi tambah nilai boleh dibuat di seluruh Malaysia. Di lebuh raya PLUS sendiri, beberapa pejabat plaza tol menyediakan kemudahan tambah nilai. Pengguna juga boleh membuat tambah nilai di stesen-stesen minyak di kawasan rehat R&R di sepanjang lebuh raya.
Selain itu, tambah nilai boleh dibuat menerusi mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven, KK Supermart dan 99 Speedmart, stesen minyak dan banyak lagi. Semak senarai dan lokasi tambah nilai di sini.
PLUS juga mengumumkan rebat sempena Hari Raya nanti. 30% rebat diberikan untuk pengguna kad PLUSMiles dan 10% rebat untuk pengguna kad Touch n Go yang lain. Rebat ini diberikan selama 6 hari sahaja iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29Jun dan 3 Julai.
Tetapi rebat ini hanyalah untuk kenderaan Kelas 1 dengan perjalanan melebihi 100km sahaja. Rebat akan diberikan dalam bentuk tambah nilai, apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober akan datang.
Ingat, sebelum mulakan perjalanan balik kampung tu, pastikan nilai Touch n Go mencukupi. Kalau tak, pergi tambah nilai dulu siap-siap sebelum memasuki lebuhraya. Untuk menyemak baki kad Touch n Go anda, anda boleh Register dan login di http://www.touchngo.com.my/
Di Pukul Dalam Keadaan Bogel Kerana Menghina Islam
Satu rakaman video seorang lelaki di pukul dalam keadaan bogel di Labuan dipercayai kerana menghina agama islam menjadi viral sejak rabu lalu.
Mangsa dikenali sebagai James Hunt mendakwa dia dikejar dari Sekolah St. Anna dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing, Labuan.
“Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka.
“Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan,” tulisnya di laman Facebook.
Namun, berdasarkan maklumat netizen, James dikatakan pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.
Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.
“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya.
Video berdurasi 2 minit 49 saat tersebut dimuat naik sejak awal pagi Rabu oleh pengguna Facebook.
Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.
Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status Facebooknya yang terlalu lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
Tonton video lelaki di belasah dalam keadaan bogel kerana menghina islam.
Sumber : sentiasapanas.com
***********************************************
Nota kaki : Ko hina agama Islam, benda sensitif.. guna pula media sosial Facebook... Memang cari penyakit la..
Admin
6:59 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKenangan Dan Jasa Sebuah Blog
Entry terakhir blog ini adalah pada Febuari 2017 iaitu entry berkenaan harga minyak petrol.
Kedua terakhir adalah pada Januari 2017.. Entry berkenaan cuti umum tahun 2017..
Sekarang bulan Jun 2017.. 4 bulan blog ini tidak terusik dan ditinggal bersawang tanpa entry baru..
Ada apa dengan Blog? Apa menariknya menulis blog? Pentingkah sebuah blog?
Jawapan itu hanya ada pada seorang blogger dan jawapannya mungkin berbeza beza...
Ada orang menulis blog sebagai suka suka...
Ada orang menulis blog untuk menyampaikan informasi dan memang menulis adalah hobinya.
Ada orang menulis blog kerana beranggapan ianya mampu memberikan sedikit pendapatan tambahan.
Selama mana jangka hayat satu satu blog itu mungkin bergantung pada tujuan asal blog itu di tulis..
Amry's Blog pernah melalui zaman zaman kegemilangannya yang tersendiri sebelum ianya ditinggal usang yang mula di hasilkan pada Ogos 2010.. Sudah 7 tahun rupanya blog ini.. :')
Banyak kenangan banyak pembelajaran banyak rakan yang admin dapat dari blog ini dan tidak dinafikan kerinduan untuk menulis blog itu masih ada walaupun blog iini hanya sekadar blog picisan... Kepuasan menulis dan menghasilkan blog juga hubungan sesama rakan blogger hanya blogger itu sahaja yang tahu :)
Melihat kembali blog ini teringat zaman zaman aktif berblog dahulu.. Walaupun tak berapa nak aktif.. huhu.. Rakan rakan blogger seperjuangan dulu pun dah ramai yang kurang aktif berblog...
Sesuai dengan faktor usia juga komitmen juga mungkin.. Yang pasti blog ini tak pernah di lupakan :)
Banyak kenangan dan jasa dari blog ini...
Dari blog ini admin belajar berblog..
Dari blog ini admin belajar menulis..
Dari blog ini admin belajar menghasilkan sedikit wang..
Dari blog ini admin dapat berkenalan dengan rakan rakan blogger yang tak pernah tau rupa :)
Rasa macam nak rajin balik berblog... Walau gaya penulisan tak macam dulu lagi :)
Admin
9:55 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia