Home » , , » Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Merokok

Cara Mengurangkan Ketagihan Pada Rokok

Sebelum ini admin ada buat satu post tentang cara bagaimana untuk berhenti merokok yang mungkin boleh anda amalkan. Dalam post ini admin nak berkongsi cara bagaimana admin mengurangkan ketagihan merokok dan seterusnya berhenti daripada menghisap rokok.

Cara admin mengurangkan ketagihan merokok bukanlah daripada petua-petua atau cara pemakanan atau gaya hidup sihat, tetapi menggunakan satu alternatif baru pada hari ini.

Alternatif untuk menghentikan ketagihan merokok seterusnya berhenti merokok yang admin maksudkan adalah menggunakan Vaper atau Vape atau lebih dikenali sebagai rokok elekronik (e-cig). Rokok elektronik adalah satu alat yang hampir menyamai rokok yang mana jika dihisap ianya akan menghasilkan asap (sebenarnya bukan asap tetapi wap air)

Terdapat banyak jenis rokok elektronik di pasaran salah satunya seperti di dalam gambar dibawah


Admin kurang tahu dari mana idea penciptaan rokok elektronik ini tetapi ianya agak meluas digunakan di negara barat. Mungkin juga penciptaan rokok elektronik ini pada asalnya ditiru daripada 'Sisha' ynag menghasilkan banyak asap apabila disedut dan mempunyai banyak perasa. Rokok elektronik ini juga mempunyai banyak perasa seperti perasa buah-buahan yang mana perasa tersebut adalah daripada cecair atau liquid yang digunakan. Rokok eletronik ini juga menghasilkan asap (wap air) yang lebih banyak daripada rokok biasa tetapi ianya berbau busuk seperti rokok biasa.

Pengalaman admin sendiri.. Hanya selepas seminggu admin menggunakan rokok elektronik ini, admin sudah tidak menyentuh rokok dan sekiranya admin merokok, rasa rokok tersebut sudah menjadi tawar. Tidak seperti sebelum admin mengunakan rokok eletronik.

-----------------------------------------------------------

Ada yang berpendapat bahawa rokok elektronik ini lebih merbahaya daripada rokok biasa. Malah banyak isu kontroversi membabitkan rokok elektronik ini. Ada yang kata rokok elektronik ini mempercepatkan kadar kematian.. Meningkatkan risiko serangan jantung dan bermacam-macam lagi.

Ini mungkin disebabkan mereka beranggapan bahawa cecair yang digunakan di dalam rokok elektronik ini mengandungi bahan kimia yang tidak diketahui statusnya



Sebenarnya terdapat banyak pengeluar yang mengeluarkan cecair rokok elektronik ini, malah ada individu yang menghasilkan cecair rokok elektronik ini sendiri sehingga mampu menghasilkan pendapatan daripadanya kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cecair rokok eletronik ini hanya berasaskan daripada bahan bahan yang digunakan untuk membuat kek + Perasa + Nikotin

Nikotin pula tergantung kepada penghisap, jika dia langsung tak mahu nikotin (0 nikotin),
tidak menjadi masalah malah lebih bagus

SShh.. kenapa kerajaan nak mengharamkan rokok elektronik ni tetapi tidak mengharamkan rokok tembakau kecuali yang lari cukai??? Sedangkan jika alasan rokok elektronik diharamkan kerana membahayakan, adakah roko tembakau tidak merbahaya? hehe...

Kontroversi kontroversi yang mengatakan rokok elektronik ini merbahaya adalah daripada pengeluar rokok tembakau yang mana keuntungan mereka semakin berkurangan kerana jualan rokok tembakau merosot kerana sudah ramai yang bertukar kepada rokok elektronik.

Masih beranggapan bahawa rokok elektronik membahayakan kesihatan?
Tonton video perbandingan antara rokok elektronik dan rokok tembakau dibawah

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment