Home » » Applikasi Navigator Terbaik Android

Applikasi Navigator Terbaik Android

Applikasi Navigator Terbaik Untuk Android - Waze


Anda memiliki kenderaan? Pernah tak anda alami masalah untuk menuju ke satu-satu destinasi atau anda sesat dalam perjalanan kerana tidak tahu lokasi yang hendak dituju?

Perkara di atas mungkin pernah anda alami jika anda tidak mempunyai mana-mana sistem GPS Navigator (Global Positioning System) didalam kenderaan anda yang mana sistem GPS ini dapat membantu anda menunjukkan jalan yang perlu anda lalui untuk menuju ke satu-satu destinasi.

Hari ini terdapat banyak sistem GPS yang dijual dipasaran. Antara yang terkenal adalah Garmin.

Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai sistem GPS? Jika anda memiliki handphone Android, anda masih mampu memiliki sistem GPS dengan mendownload Navigator Application daripada Google Store atau Play Store.

Terdapat banyak Navigator Application yang anda boleh pilih disana samada yang berbayar atau yang percuma.

Didalam post ini saya ingin berkongsi dengan anda satu Navigator Application yang menarik untuk anda download. Applikasi yang dimaksudkan adalah WAZE.

Waze merupakan satu Navigation Application yang dibina yang menyerupai sistem GPS tetapi ianya berbentuk mobile application dan ianya adalah percuma.

Waze sama seperti navigator navigator yang lain dimana berfungsi untuk menunjukkan arah untuk sampai ke satu-satu lokasi. Bersifat Real Time, mempunyai bantuan arah pandu bersuara dan lain-lain.

Namun ada beberapa fungsi yang menjadikan applikasi WAZE menarik

Sistem Navigasi Yang Bersifat Sosial Dan Real-Time


Apa yang menarik dengan applikasi Waze ini adalah ianya bersifat sosial iaitu anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan-rakan FB anda yang lain yang turut menggunakan applikasi Waze.

Apa yang lebih menarik dengan applikasi Waze ini adalah anda boleh mengetahui keadaan lalu lintas yang sedang anda lalui atau yang akan anda lalui samada jalan tersebut lancar atau sesak. Ini kerana pengguna-pengguna Waze boleh update keadaan lalu lintas secara langsung dengan applikasi ini.

Selain dapat update keadaan lalu lintas, Waze juga mempunyai beberapa feature lain yang rasanya amat menarik bagi pengguna jalan raya dimana pengguna waze juga dapat mengetahui jika terdapat kemalangan, 'Tanda bahaya' seperti jalan dinaiki air atau banjir, berkomunikasi sesam pengguna waze, dapat mengetahui lokasi sekatan jalan raya oleh polis dan lain-lain.

Applikasi Waze ini juga dilihat sentiasa mengemas kini faktor geografi jalan dimana jika terdapat perubahan pada satu-satu jalan, ianya cepat diupdate.

Jadi sekiranya anda tidak mempunyai sistem GPS, anda boleh lah menggunakan applikasi Waze ini dengan mendownload kedalam handphone anda. Percuma.



Ketahui Bagaimana Menggunakan Handphone Anda secara PERCUMA

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Bro.. Ni percuma ke atau kena on internet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena on internet untuk cari lokasi dan guide jalan... tapi data tak makan banyak pun guna waze ni..

      Delete
  2. salam. menarik ni..bolela cuba..

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment