Home » , , » Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai Meninggal Dunia

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai Meninggal Dunia

Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad Meninggal Dunia

Sharudin Ahmad 'Din Protokol' Meninggal Dunia

Siapa yang tinggal dekat Bagan Serai mesti agak terkejut dengan kematian Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Din Protokol' di sekitar Bagan Serai. Sharudin Ahmad merupakan calon BN bagi Dun Selinsing pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2 3 hari aku dengar arwah dimasukkan ke hospital kerana koma disebabkan jangkitan kuman pada jantung dan buah pinggang. Dan malam tadi, jiran rumah bagitahu 'Din Protokol' sudah meninggal dunia di Hospital Taiping. Satu berita yang agak mengejutkan.

----------------------------------------------------------------

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah Sharudin atau 'Din Protokol' sewaktu bekerja dekat ............ di Bagan Serai. Tanpa mengira fahaman politik, pada aku beliau seorang yang baik. Waktu aku bekerja di ............, masih sempat dia tegur, bersalam dan bertanya khabar aku (pertaman kali bertegur)

Ayah aku sering juga minta bantuan daripada arwah dan arwah tidak keberatan untuk membantu. Pernah juga arwah menghadiri kenduri kahwin adik perempuan aku dulu.

p/s - Anak kepada kawan ayah aku yang bekerja nurse ada bagitahu yang arwah Sharudin ni dah lama menghidap penyakit jantung dan buah pinggang tapi jarang membuat pemeriksaan kesihatan. Takziah diuzapkan kepada keluarga arwah Sharudin Ahmad 'Din Protokol'. Al- Fatihah

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment