Home » , , » Proton Preve Pertama Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

Proton Preve Pertama Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

Proton Preve Pertama Terbabit Kemalangan Di Lebuhraya DUKE | Proton Preve Tidak Berkualiti

Dalam kehangatan pihak pengeluar kereta nasional terkenal negara, Proton mempromosikan pengeluaran mereka yang terbaru, Proton Preve, insiden Proton Preve yang dijadikan sebagai 'test drive' terbabit dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pastinya akan memberikan pelbagai andaian terhadap kualiti penghasilan Proton Preve ini. 

Merujuk daripada beberapa blog yang turut menulis tentang insiden Proton Preve pertama yang terbabit kemalangan di Lebuhraya DUKE ini. Proton Preve tersebut yang dijadikan sebagai kenderaan 'test drive' dipandu oleh seorang salesman dengan kelajuan 120KM/J. Ketika cuba untuk mengelak daripada kenderaan lain, Proton Preve tersebut telah terlanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan Proton Preve tersebut melambung dan mengakibatkan gandarnya patah.


"Belum apa-apa lagi dah kemalangan???" Itu mungkin antara kata-kata yang dapat didengar daripada mereka-mereka yang mengikuti insiden ini. Ini kerana Proton tersebut keluaran terbaru Proton dan masih didalam proses promosi.
Daripada kes Proton Preve pertama yang terbabit kemalangan ini, rasanya kualiti bukan punca terjadinya kemalangan, tetapi kecuaian si pemandu. Kereta imported terkenal sekalipun, jika dipandu dengan cuai, ianya pasti memberikan risiko yang tinggi untuk terbabit dalam kemalangan.

Apa-apa pun ini hanyalah pandangan daripada pihak penulis. Kerana dirasakan pasti banyak andaian-andaian yang timbul daripada insiden Proton Preve pertama terbabit kemalangan susulan Proton tersebut terlalu baru didalam pasaran.

p/s : Kunci kepada pemanduan selamat adalah memandu dengan berhati-hati dan mengikut peraturan.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. SIAPALAH PEMANDU DIA NI.. BUAT MALU SAJA..

    ERM.. APA-APAPUN, KEMALANGAN MEMANG TAK BERBAU.. SESIAPA SAJA YANG BOLEH TERJADI..

    ReplyDelete
  2. @fairusBenda nak berlaku bro....kadang kita bawak ikut peraturan pun orang lain pulak yang jadi punca kemlangan kan :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment