Home » , » David Teoh Berpangkat Mejar

David Teoh Berpangkat Mejar

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG),David Teoh Dianugerahkan Pangkat Mejar

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah

Aku rasa rata-rata kaki wayang kat malaysia ni pasti kenal siapa David Teoh. David Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) baru-baru ini telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap syor-syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 sebagai penerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Angkatan Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat)

Majlis Penganugerah yang diadakan di pejabat Panglima 12 Briged, Kem Wardieburn, Setapak pada 27 Dis yang lalu disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami (Panglima 12 Briged)

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah 2

"Saya telah diberitahu tentang perkara ini sejak seminggu yang lalu. Secara jujur, saya tak sangka dan terperanjat dengan penganugerahan ini kerana saya akui masih tidak melakukan yang terbaik untuk mempromosikan Askar Wataniah kepada masyarakat." Ujar David Teoh

"Jika ada yang mempertikaikan tentang penganugerahan ini, saya terima dengan hati terbuka. Bagi saya niat menyertai Askar Wataniah bukan kerana pangkat. Dulu masa ditawarkan pangkat Datuk pun, saya tak boleh terima. Saya memang tak ada niat pun untuk menerima penganugerahan ini.

"Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia diatas penganugerahan ini. Ini satu bonus dan pemberian yang sangat saya hargai. Dengan penganugerahan ini, ia menjadikan saya lebih bersemangat dalam menggalakkan masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah."

Gambar David Teoh dianugerah pangkat Mejar Askar Wataniah 3

Berkongsi tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh beliau sepanjang mengikuti Pasukan Askar Wataniah Rejimen 515 sejak awal tahun ini, David memberitahu "Banyak cabaran dan pengalaman yang saya lalui. Cabaran yang paling besar ialah terpaksa bangun tidur awal"

"Mula-mula saya rasa saakit kepala sebab tak cukup tidur, namun selepas seminggu saya dah biasa. Saya juga perlu berlari sejauh 2.6 KM dan belajar berkawad. Yang paling seronok saya dapat belajar cara membaca kompas, peta, mengemas katil, dan juga memgang M-16"

Sumber David Teoh Dianugerah Pangkat Mejar : gua.com.my

Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif  Metrowealth International Group (MIG), David Teoh atas penganugerahan Mejar yang diterima. Tabik Tuan!!

p.s : Lepas ni boleh la buat filem ketenteraan pulak.. Mesti kebabom punya.. hehehe

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. dapat penganugerahan pulak dia ya.. baru masuk terus dapat penghormatan

    ReplyDelete
  2. @sabree hussinitulah..cecuba minta tips dari dia..haha

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment