First....Aku nak gtahu entry ni entry jiwang.....Sapa tak suka jiwang, sila tinggalkan entry ni.....
Second.....entry aku malam ni aku pegang pada.... "Blog aku, aku punya suka nak tulis apa"
Third......Entry malam ni, entry luah perasaan.....Lelaki pun aku rasa ada perasaan kan.
Sebagai lelaki, aku rasa tentu agak memalukan bila aku buat entry yang macam ni.....Biasalah, ego. Tapi malam ni aku rasa aku nak buat juga entry yang memalukan ni. Aku nak luah perasaan aku kat blog aku ni.
Blog aku...aku punya suka aku nak tulis apa
Pernah bercinta... Rata-rata pernah..... Pernah lukakan hati atau curang terhadap orang yang sayangkan korang? Atau dilukakan? Persoalan aku..... perlakuan tu disengajakan, tidak disengajakan atau terpaksa? Atau ketiga-tiganya.......
Aku mungkin ketiga-tiganya....
Rasa-rasa aku lelaki jenis apa?
Disengajakan...... Dah ada kekasih, tetapi tah kenapa hati ni selalu rasa tak cukup dengan seorang. Kenapa ye?
Kadang bukan nak tambah lagi satu pun.... Cuma nak berkawan.... Hilangkan rasa bosan.... Nak bergurau senda dengan insan bukan sejenis aku. Aku jarang-jarang dapat jumpa kekasih aku... Aku tak ramai kawan... Kawan perempuan tu boeh kira dengan jari dan tak habis pun 5 jari sebelah tangan tu kawan perempuan aku.. Seorang dua la kot.... Serius aku pemalu....
Aku lelaki jenis apa?
Tidak disengajakan.... Bila tak ramai kawan perempuan... Bila dapat berkawan dengan seorang perempuan.. Aku tak tahu macam mana cara berkawan dengan perempuan.... Tak tahu beza layanan kekasih dan kawan.... Sebab aku caring....? Caring aku keterlaluan ker sampai kawan perempuan tu sendiri bertukar perasaan dia terhadap aku? Kawan-kawan lelaki aku pun aku caring juga. Juga tak ramai kawan lelaki. Mungkin sebab tak ramai kawan.... Jadi bila aku ada kawan, aku akan caring kawan aku tu. Bukan semua, yang betul-betul rapat dengan aku yang aku rasa boleh berkongsi cerita atau masalah.... Di kampung aku, aku ada seorang kawan baik lelaki, dah ada anak sorang pun. Balik kampung mukadia jer yang aku ajak borak aku jer yang dia ajak borak. Aku kurang gemar berbual rabung. Aku pendiam. Kalau borak tu, aku hanya banyak mengiakan. Lebih suka duk kat umah usik adik-adik aku yang dah pun besar panjang.
Orang kata, perempuan suka lelaki yang caring? Yer ker? Damn.
Aku lelaki jenis apa????
Terpaksa..... Tak mungkin bercinta dengan 2 orang dalam 1 masa. Balik pada cerita aku. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang daripada 2 orang wanita yang aku kenal ni. Terpaksa..... Aku kalau boleh tak nak lukakan hati sesiapa..... Tak nak buat sesiapa sedih. Tapi sesuatu yang mustahil untuk menyenangkan hati kedua-dua belah pihak, sebab ia melibatkan perasaan. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang kerana aku hanya dapat bersama dengan salah seorang sahaja. Sungguh aku tak ada niat nak lukakan hati sesiapa. Mungkinkah ini semua berpunca daripada "sengaja".
Aku lelaki jenis apa? B***h right?
Orang lain ada cakap, tinggalkan jer kalau rasa tak sanggup. Dan aku pula cakap, aku kalau boleh tak mahu lukakan hati sesiapa. Dan kalau hubungan aku dengan salah seorang daripada diorang berakhir, aku tak mahu hubungan tu berakhir dengan ada rasa dendam. Aku tak kan senang selagi ada orang terseksa kerana aku. Kecuali apabila aku dapat lihat dia bahagia dengan lelaki lain dan dia betul-betul bahagia serta dapat lupakan aku.
Aku lelaki jenis apa????? Bodoh kah aku menyiksa diri sendiri????
Sekarang aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Yang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Aku hanya akan tenang bila salah seorang dari mereka yang terpaksa aku lukakan hati dia berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari aku yang dapat bahagiakan dia. Walaupun aku sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Dan daam pada waktu yang sama, aku perlu yakinkan yang seorang lagi yang aku telah memilih dia yang kini kekasih aku. Ya. Siapa yang tak sakit hati bila perasan diroang dipermain. Ya aku tahu perasaan tu, tapi aku ingkar!
Aku lelaki jenis apa???
Apa yang aku harapkan, masalah ini akan berakhir tanpa ada mana-mana perasaan yang terluka.
Kekasih pertama : Dah bersama selama 5 tahun. Keluarga aku halang hubungan aku kerana status *****. Maaf, aku tak rasa aku nak dedahkan. Status yang terlalu sukar untuk aku yakinkan kepada orang tua aku untuk aku dapat bersama dia walau sidia sanggup untuk terus bersama aku.. Tak pernah berjumpa orang tua aku.
Kekasih kedua : Usia perkenalan setahun... Juga mendapat halangan keluarga. Dia minta putus kerana tidak mahu lukakan hati orang tua aku.. Juga kerana status dia seorang *****. Jika dia sanggup, aku yakin aku dapat yakinkan orang tua aku. Pernah berjumpa dengan orang tua aku. Walau dia minta putus, dia sendiri terluka dengan keputusan yang terpaksa dibuat disebabkan status dirinya.....
Aku lelaki jenis apa??? Aku tak marah kalau korang nak kata aku lelaki yang b***h. Sebab aku adalah diri aku sendiri. Aku tak mahu jadi orang lain. Aku lebih rela dianggap b***h dari merasa bersalah kerana dah lukakan hati orang yang sayangkan aku.
Maaf kalau entry aku buat korang rasa nak termuntah. Terutama kepada pembaca-pembaca kaum lelaki.
Macam aku cakap, lelaki juga ada perasaan...... Pada entry ni juga... aku tolak rasa ego aku sebagai seorang lelaki.
Video kat bawah ada kaitan antara "sengaja", "tak sengaja" dan "terpaksa" melukakan hati seseorang.
Kutukan dialukan.....
Admin
12:48 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKadang bukan nak tambah lagi satu pun.... Cuma nak berkawan.... Hilangkan rasa bosan.... Nak bergurau senda dengan insan bukan sejenis aku. Aku jarang-jarang dapat jumpa kekasih aku... Aku tak ramai kawan... Kawan perempuan tu boeh kira dengan jari dan tak habis pun 5 jari sebelah tangan tu kawan perempuan aku.. Seorang dua la kot.... Serius aku pemalu....
Aku lelaki jenis apa?
Tidak disengajakan.... Bila tak ramai kawan perempuan... Bila dapat berkawan dengan seorang perempuan.. Aku tak tahu macam mana cara berkawan dengan perempuan.... Tak tahu beza layanan kekasih dan kawan.... Sebab aku caring....? Caring aku keterlaluan ker sampai kawan perempuan tu sendiri bertukar perasaan dia terhadap aku? Kawan-kawan lelaki aku pun aku caring juga. Juga tak ramai kawan lelaki. Mungkin sebab tak ramai kawan.... Jadi bila aku ada kawan, aku akan caring kawan aku tu. Bukan semua, yang betul-betul rapat dengan aku yang aku rasa boleh berkongsi cerita atau masalah.... Di kampung aku, aku ada seorang kawan baik lelaki, dah ada anak sorang pun. Balik kampung muka
Orang kata, perempuan suka lelaki yang caring? Yer ker? Damn.
Aku lelaki jenis apa????
Terpaksa..... Tak mungkin bercinta dengan 2 orang dalam 1 masa. Balik pada cerita aku. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang daripada 2 orang wanita yang aku kenal ni. Terpaksa..... Aku kalau boleh tak nak lukakan hati sesiapa..... Tak nak buat sesiapa sedih. Tapi sesuatu yang mustahil untuk menyenangkan hati kedua-dua belah pihak, sebab ia melibatkan perasaan. Aku terpaksa lukakan hati salah seorang kerana aku hanya dapat bersama dengan salah seorang sahaja. Sungguh aku tak ada niat nak lukakan hati sesiapa. Mungkinkah ini semua berpunca daripada "sengaja".
Aku lelaki jenis apa? B***h right?
Orang lain ada cakap, tinggalkan jer kalau rasa tak sanggup. Dan aku pula cakap, aku kalau boleh tak mahu lukakan hati sesiapa. Dan kalau hubungan aku dengan salah seorang daripada diorang berakhir, aku tak mahu hubungan tu berakhir dengan ada rasa dendam. Aku tak kan senang selagi ada orang terseksa kerana aku. Kecuali apabila aku dapat lihat dia bahagia dengan lelaki lain dan dia betul-betul bahagia serta dapat lupakan aku.
Aku lelaki jenis apa????? Bodoh kah aku menyiksa diri sendiri????
Sekarang aku berperang dengan perasaan aku sendiri. Yang berpunca dari kesilapan aku sendiri. Aku hanya akan tenang bila salah seorang dari mereka yang terpaksa aku lukakan hati dia berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari aku yang dapat bahagiakan dia. Walaupun aku sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Dan daam pada waktu yang sama, aku perlu yakinkan yang seorang lagi yang aku telah memilih dia yang kini kekasih aku. Ya. Siapa yang tak sakit hati bila perasan diroang dipermain. Ya aku tahu perasaan tu, tapi aku ingkar!
Aku lelaki jenis apa???
Apa yang aku harapkan, masalah ini akan berakhir tanpa ada mana-mana perasaan yang terluka.
Kekasih pertama : Dah bersama selama 5 tahun. Keluarga aku halang hubungan aku kerana status *****. Maaf, aku tak rasa aku nak dedahkan. Status yang terlalu sukar untuk aku yakinkan kepada orang tua aku untuk aku dapat bersama dia walau sidia sanggup untuk terus bersama aku.. Tak pernah berjumpa orang tua aku.
Kekasih kedua : Usia perkenalan setahun... Juga mendapat halangan keluarga. Dia minta putus kerana tidak mahu lukakan hati orang tua aku.. Juga kerana status dia seorang *****. Jika dia sanggup, aku yakin aku dapat yakinkan orang tua aku. Pernah berjumpa dengan orang tua aku. Walau dia minta putus, dia sendiri terluka dengan keputusan yang terpaksa dibuat disebabkan status dirinya.....
Aku lelaki jenis apa??? Aku tak marah kalau korang nak kata aku lelaki yang b***h. Sebab aku adalah diri aku sendiri. Aku tak mahu jadi orang lain. Aku lebih rela dianggap b***h dari merasa bersalah kerana dah lukakan hati orang yang sayangkan aku.
Maaf kalau entry aku buat korang rasa nak termuntah. Terutama kepada pembaca-pembaca kaum lelaki.
Macam aku cakap, lelaki juga ada perasaan...... Pada entry ni juga... aku tolak rasa ego aku sebagai seorang lelaki.
Video kat bawah ada kaitan antara "sengaja", "tak sengaja" dan "terpaksa" melukakan hati seseorang.
Kutukan dialukan.....
Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-24Kak Ogy Saman Johan Raja Lawak
Sumber : Utusan Online
Sumber : Utusan Online
Lawak-lawak juga. Tapi kena la ada batas. Terutama dengan orang yang lebih berusia. Diorang sensitif. Lawak dengan kawan lain, dengan orang tua lain pula gayanya..... Jangan disamakan semua..... Ada batas-batasnya.... Walaupun seseorang itu nampak sporting, tapi ada juga kata-kata yang boleh orang tu terasa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog yang usang ni.
Sedar tak sedar kita sudah pun melangkah meninggalkan tahun 1432. Terasa terlalu cepat waktu berputar. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram antara satu tarikh yang penting didalam kalender islam yang mana pada Awal Muharram mengingatkan kita peristiwa penting iaitu Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada 622.
Hijrah bermaksud meninggalkan, memutuskan, atau keluar dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berasal daripada kata kerja hajara.
Pada definisi yang lain pula mengikut peredaran masa, hijrah bolehlah dianggap mengubah sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.
"Perpaduan Asas Persefahaman Ummah" merupakan tema untuk tahun 1433.
Tertarik dengan artikel daripada saudara Zulkbo. Orang melayu kenapa nak dengki sesama melayu? ORANG MELAYU. Ya, kitalah orang melayu yang dimaksudkan. Mungkin akan ada orang melayu yang marah dengan kata-kata tersebut, tetapi itulah hakikatnya. Hakikat yang terlalu sukar untuk diubah. Seolah-olah telah menjadi darah daging didalam tubuh segelintir orang melayu yang boleh dikatakan setiap orang melayu.
Mengapa perlu ada hasad dengki? Mengapa perlu cemburu melihat bangsa sendiri maju? Sedih melihat orang melayu sendiri yang menjatuhkan bangsanya sendiri. Sepatutnya, orang melayu itu yang juga orang islam perlu menunjukkan sifat yang baik kepada bangsa lain yang saling bantu membantu bangsanya sendiri didalam mencapai satu-satu kejayaan. Tetapi sebaliknya.
"Kalau perniagaan dia maju... Habislah perniagaan kita. Kita mesti buat sesuatu supaya perniagaan dia jatuh" Sedih. Itulah selalunya yang terjadi. Mengapa perlu begitu. Rezeki masing-masing. Tak perlulah nak menjatuhkan sesama sendiri. Tak ada untungnya. Sepatutnya, kita harus bangga melihat bangsa melayu berjaya didalam bidang yang diusahakan. Pergilah kepada saudara melayu yang berjaya itu dan tanyalah bagaimana dia mampu berjaya sebegitu. Ikut lah langkah-langkah dia. Belajar dari ilmu yang dimiliki. Jangan tamak, sikap tamak tak kan kemana.
Tak gembirakah kita bila melihat bangsa melayu kita berjaya seperti mana bangsa-bangsa yang lain. Sekurang-kurangnya dapat membuktikan yang bangsa melayu bukan bangsa yang LAYU di bumi sendiri.
Buanglah perasaan hasad dengki tu jauh-jauh. Ia tak kan menguntungkan sesiapa amnya, bangsa melayu khasnya. Selagi ada perasaan hasad dengki, bangsa melayu itu malah mana-mana bangsa sekalipun didunia ini tak kan maju.
Tak inginkah kita melihat bangsa kita sendiri berjaya dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain? Renung-renungkan.
Semoga Maal Hijrah 1433 ini dapat membentuk perpaduan dan persefahaman didalam setiap minda kita bangsa melayu untuk bersama mencapai kejayaan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1433M
Admin
11:59 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTEKNIK PROMOSI LAMAN WEB | TUMPANG TRAFFIK WEB PENGIKLANAN PERCUMA
Entry ni mungkin untuk mereka yang mempunyai laman web-laman web tertentu tetapi tidak tahu teknik SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan bilangan pelawat atau traffik untuk laman web tersebut... Macam aku la. Mungkin cara ni sedikit sebanyak dapat membantu. Iaitu tumpang traffik melalui laman web-laman web pengiklanan percuma.
Jika korang pernah menyertai mana-mana perniagaan internet yang memberikan korang satu web replika, pasti didalam teknik promosi yang diberikan adalah menggunakan laman web pengiklanan percuma untuk mempromosikan laman web replika tersebut.
Dulu waktu aku guna teknik ni, yang bermain di fikiran aku adalah Laman web pengiklanan percuma ni kurang effektif untuk membuat promosi sebab yang masuk kedalam laman web pengiklanan tu juga tujuannya adalah untuk mengiklanankan laman web mereka. Jadi percent untuk mereka melihat iklan-iklan lain yang terdapat didalam laman web pengiklanan itu adalah kurang.
MENINGKATKAN TRAFFIK LAMAN WEB MENGGUNAKAN LAMAN WEB PENGIKLANAN PERCUMA
Semakin banyak membuat promosi di laman web pengiklanan, semakin banyak traffik yang masuk. Tetapi jika korang pernah membuat promosi menggunakan teknik ini, pasti korang perasan, tempoh untuk satu-satu iklan yang dibuat berada pada first page adalah terhad kecuali iklan itu iklan berbayar. Tambahan pula, semakin ramai yang beriklan, semakin cepat iklan yang korang buat tenggelam. Ini akan mengurangkan pelawat laman web pengiklanan itu melihat iklan korang.
So macam mana nak buat iklan yang dibuat sentiasa berada di page utama dan menarik ramai pelawat?
Terdapat 2 cara...
1. Cara rajin - Setiap satu laman web pengiklanan, buat 10 iklan setiap hari dan set tempoh iklan aktif untuk tempoh yang paling minima.
2. Cara malas - Untuk cara malas ni, laman web pengiklanan perlu dipilih kerana tidak semua laman web pengiklanan berkesan menggunakan teknik ini, iaitu laman web pengiklanan tersebut perlu mesra SEO. Untuk mengetahui satu-satu laman web pengiklanan itu mesra SEO atau tidak, gunakan enjin carian seperti Google. Taip apa-apa ayat atau perkataan, lihat hasil carian yang menunjukkan laman web pengiklanan. Perkataan atau ayat yang paling mudah adalah carian tentang "jana pendapatan", ini kerana ramai yang membuat iklan tentang "jana pendapatan", termasuk aku kot :P.
Pergi ke setiap laman web pengiklanan tersebut, register seterusnya hasilkan iklan yang berkaitan laman web korang. Apa yang penting adalah tajuk dan isi iklan tersebut. Pastikan tajuk menunjukkan apa yang korang pasarkan dan yang penting merupakan kata kunci yang dicari oleh pengguna internet. Isi kandungan iklan pula,pastikan mempunyai paling kurang satu perkataan atau ayat yang menjadi kata kunci terhadap produk korang. Jangan lupa pula untuk masukkan alamat laman web korang didalam iklan tersebut, kalau tak sia-sia la. Dengan cara ini, korang telah menumpang SEO daripada laman web tersebut untuk mendapatkan pelawat walaupun laman web korang kurang kualiti dari segi SEO dan kurang pelawat. Dengan cara ini juga korang tak perlu risau jika iklan korang didalam laman web pengiklanan tadi tamat tempoh sebab iklan korang tetap boleh diaccess melalui enjin carian jika kata kunci yang korang gunakan mengena.

Ops!! Iklan yang dibuat tu kena la menarik untuk menarik minat pelawat iklan korang klik alamat laman web korang kan seterusnya menghasilkan jualan.
Sekian dari aku. Tips yang suam-suam kuku. Eh, ada pula suam-suam kuku :P
Sekian dari aku. Tips yang suam-suam kuku. Eh, ada pula suam-suam kuku :P
Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah menyumbangkan satu lagi pingat emas kepada Malaysia didalam perlawanan akhir Sukan SEA Malaysia Menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Video Jaringan Pasukan Malaysia Final Sukan SEA 2011
Kemenangan menerusi sepakan penalti 5 Malaysia, 4 Indonesia setelah Malaysia dan Indonesia terikat dengan 1-1 hasil jaringan Gunawan dari pasukan Indonesia seawal minit separuh masa pertama dan disamakan dengan tandukan Asrarudin Putra Omar pada minit ke 35 separuh masa pertama.
Tahniah Malaysia. Tahniah Harimau Malaya!!!
Admin
11:57 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum rakan-rakan sekalian.....Apa khabar? Moga sihat-sihat semua dan gembira bersama orang tersayang..... Ini entry untuk membersihkan sawang-sawang yang berada didalam blog Amry's Blog. Terima kepada mereka yang masih sudi melawat blog ni.
"Weh... Apa yang BUDAK INDON tu buat erk?"
"MINAH INDON tu kerek siot"
Eh eh...apesal tetiba kuar ayat kat atas tu?
Sebelum aku nak terus menulis. Ada sesaper yang anti orang-orang Indonesia kat sini? Atau menyampah kat orang-orang Indonesia? Aku tanya sebab entry aku ni berkaitan diorang orang Indonesia selepas aku tertengok video ni kat blog fitrihadi.com yang sememangnya penuh dengan video-video dan gambar-gambar yang menarik. Jom kita layan dulu video tu
Dah tengok? Dah tahu apa kena mengena aku tulis ayat kat atas tu? Aku suka tengok video ni sebab semangat yang ada dalam video tu. Selalu juga aku terbaca, terdengar yang hubungan diantara orang malaysia dan orang indonesia ni kurang baik. Orang Malaysia kutuk Orang Indonesia, Orang Indonesia kutuk orang Indonesia. Apa punca? Banyak punca. Salah satu sebab adalah dalam video kat atas. Aku pekerja kilang di penang, kilang aku sebelum ni ramai Orang Indonesia. Yang aku tahu diorang tak suka dipanggil BUDAK sebab bagi diorang BUDAK tu membawa maksud HAMBA. Kalau kita dipanggil HAMBA MALAYSIA.... suka? Tak suka kan? Lebih kurang macam tu lah. Lagi satu, diorang ni pun tak suka negara diorang dipanggil INDON. Kan sedap nama negara diorang Indonesia. Mungkin sesetengah diorang kita guna Indon tu macam memperlekeh negara diorang. Tak suka kan orang lain memperlekeh negara kita?
Aku rasa itu hanya punca kecil jer yang menyebabkan perselisihan faham antara kita Orang Malaysia dan Orang Indonesia. Banyak lagi punca aku rasa yang aku tak nak sebut kat sini sebab isu ni sensitif k.
Memang ada Orang Indonesia yang datang ke Malaysia buat onar. Merompak, menyamun, bunuh. Tapi bukan semua, ada yang baik. Macam pepatah melayu. 'Hanya kerana nila setitik, habis susu sebelanga'.
Apa yang aku dapat lihat la kat penang ni kan. Orang Indonesia ni pandai berniaga. Kuat bekerja dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Diorang mungkin datang kesini untuk menumpang rezeki di negara kita. Kita memandang rendah kerana mereka menumpang di negara kita. Satu yang diorang bangga.
"Lu lihat banggunan-banggunan itu, siapa yang membinanya? Kami warga Indonesia loh"
Lihat pada sudut positif yang memberi kebaikan pada kedua-dua belah pihak. Tanpa mereka, susah juga negara kita nak membangun. Tak ada sumber tenaga. Tak ada negara Malaysia, susah juga diorang nak sara hidup. Meme la kan.
So, buat apa la kita nak bergaduh bertekak, tak ada faedah pun. Kita kan serumpun.
Admin
7:38 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPelajar Malaysia mati ditetak di Surabaya
Takziah diucapkan kepada keluarga Andrian Jay Pereira, pelajar malaysia yang mati ditetak di Surabaya
Admin
1:25 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum semua pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat Amry's Blog.
Mode : Jiwa kacau a.k.a tunggang langgang. Tak da ayat bunge2.
Sorry lama menyepi.
Tips Tingkat Traffik Blog Dengan Facebook Fan Page
Ada blog? Ada.... Bagus.
Ada Facebook fan page? Tak ada?
Tutorial kasi cun Facebook fan page
1. Create satu fan page blog korang.
2. Dah siap create page blog, taip "Tradable Bits" pada FB search box.
Tradable Bits adalah penyedia applikasi untuk membina tab untuk page.
3.Pada bahagian "Welcome" klik "Get started now"
5. Pada bahagian "Welcome" klik "install"
6. Seterusnya masukkan gambar yang ingin dimasukkan pada tab tersebut samada top image atau buttom image. Juga boleh dimasukkan video dari Youtube. Tick pada "add send+like link" juga "add comment" jika mahu. Save
7. Untuk menamakan tab tadi dan menjadikannya front page, klik pada bahagian edit di "About"
8. Untuk menamakan tab tadi, klik pada "app"
9. Cari "welcome tab" tadi klik "edit setting" dan namakan tab tadi. Save.
10. Untuk menjadikan tab tadi front page, klik pada "manage permission". Pada "default landing tab" select welcome yang dinamakan tadi. Save.
Hasilnya.....
11. Buat Page Badge dan tempek kat blog atau website.
Nak lebih advanced, explore setiap tab function yang ada.
Nak lebih advanced, upgrade akaun dari free member kepada paid member.
Nak komen atau share entry blog, gunakan page.
Sekian.....
Kalau suka, sila like, kalau menyampah, duk diam-diam
Admin
1:46 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia3.Pada bahagian "Welcome" klik "Get started now"
4. Pada bahagian page yang dibina tadi, klik "add tab"
5. Pada bahagian "Welcome" klik "install"
6. Seterusnya masukkan gambar yang ingin dimasukkan pada tab tersebut samada top image atau buttom image. Juga boleh dimasukkan video dari Youtube. Tick pada "add send+like link" juga "add comment" jika mahu. Save
7. Untuk menamakan tab tadi dan menjadikannya front page, klik pada bahagian edit di "About"
8. Untuk menamakan tab tadi, klik pada "app"
9. Cari "welcome tab" tadi klik "edit setting" dan namakan tab tadi. Save.
10. Untuk menjadikan tab tadi front page, klik pada "manage permission". Pada "default landing tab" select welcome yang dinamakan tadi. Save.
Hasilnya.....
11. Buat Page Badge dan tempek kat blog atau website.
Nak lebih advanced, explore setiap tab function yang ada.
Nak lebih advanced, upgrade akaun dari free member kepada paid member.
Up peminat page = Up traffik blog
Cari mana-mana blog member yang ada fan page dan like page dia menggunakan page korang tadi, "use facebook as page".Nak komen atau share entry blog, gunakan page.
Sekian.....
Kalau suka, sila like, kalau menyampah, duk diam-diam
-------------------------------------------------------------------------------------------
Admin 3:55 AM New Google SEO Bandung, Indonesia