Video Lamaran Nabil Raja Lawak
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian...... Lama aku menyepi kan.... huhuhu.....
Eh eh eh....Nabil Raja Lawak dah kahwin??? Dengan siapa erk??? Nazirah Ayub?? Ooooo..... aku tak kenal..... hehehehehehe........
Sebenarnya aku baru jer tahu pasal ni melalui Facebook....hehe... almaklumlah....kurang mengikuti perkembangan para artis ni..... Bukan kurang, memang tak ikut pun perkembangan diorang.... hohohoho.......
Mengikut apa yang aku baca kat blog-blog blogger yang lain..... Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali dengan Nabil Raja Lawak 28 tahun telah pun selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya iaitu Nazirah Ayub 23 tahun pada 30 september iaitu selepas solat jumaat di Masjid Sultan Mijan.
Aku rasa dah banyak blog yang menyiarkan gambar-gambar pernikahan Nabil ni kan..... So aku tak nak menyibuk tempek gambar yang sama..... Cuma disini aku nak tempek video lamaran Nabil terhadap isterinya Nazirah Ayub. Lu Fikirlah sendiri k... :P
"Saya tahu awak memang bukan yang pertama dalam hidup saya...Tapi saya menjanjikan awaklah orang terakhir dalam hidup saya" wallawehhhhhh.... ayat leleh tuuu......
Macam best jer kan cara nabil ni melamar isteri dia..hehehehe
Admin
11:59 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum rakan-rakan sekalian....Lama kan aku tak update blog ni....huh.....blogwalking pun memang lama aku tak buat...sesekali jer..tu pun 2 3 blog jer.... :(
Jual Barang Rosak Di Mudah.my
Ha'a kan.... Dah rosak buat apa jual lagi??? Lempar kat gaung jer la..... Ish ish.... Aku ni la....
Pst... Mai tengok gambar kat bawah ni sat
Terima kasih la aku ucapkan kepada pengomen iklan aku tu, aku tak tahulah dia tengok iklan mudah aku tu kat web Mudah.my atau dia tengok kat blog aku ni.. Terima kasih la kan sebab dia sanggup meluangkan masa melihat iklan aku tu walau tak membeli. Terima kasih juga sebab bagi idea kat aku tuk update blog aku yang dah lama tak terupdate ni..hohohoho.....
Ada ker orang nak beli barang yang dah rosak kat Mudah.my?
Berfikir di luar kotak fikiran. Ya. Mungkin pada kita, barang yang dah rosak tu tak berguna lagi. Tapi kita tak tahu apa yang orang lain fikir... Kalau korang seorang taukey di sebuah kedai membaiki phone. Korang nak cari spare part phone tersebut. Kalau korang nampak iklan tu, adakah korang akan beli? Kadang kita sendiri tak tahu apa yang bermain difikiran kita betul tak? Inikan pula fikiran orang lain.Untuk apa dijual lagi barang yang dah rosak kat Mudah tu?
Untuk dapat duit la.... keh keh keh.....Kenapa aku masih jual barang tu kat Mudah sedangkan dah rosak?
* Aku buat iklan tu tak payah buka dompet aku pun. Tak rugi satu sen pun kalau tak ada orang nak beli. Kalau ada yang beli??
* Aku buat iklan tu sambil kunyah chewing gum. Tak keluar peluh pun.
* Tak tahu nak buat apa. Buat pi lah kerja mengarut ni... Kerja mengarut yang mendatangkan duit ma.
* Aku langsung tak nyusahkan orang sewaktu buat iklan tu.
* Aku tak tahu apa yang orang lain fikir..hehe
Cacat pula email aku tu..huhuhu |
Kalau la aku ada modal... aku nak beli rumah.. pas tu jual balik.... Untung jangan tanya.... hohoho... kalau ada modal laaaa :(
Tip mudah di Mudah
1. Tajuk penting
2. Gambar WAJIB!!!
3. Format iklan penting.
4. Jenis barang penentu sejauh mana korang akan pergi di Mudah.my
Berminat nak menjual di Mudah....? Nak tips? No hal. Rojer aku.....
Atau dapatkan disini
Filem Hantu Bonceng Arahan Ahmad Idham Persenda Agama
Whoop!! Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham persenda agama?? Saper dah tengok filem ni? Aku tak tengok lagi, kalau aku rajin aku tengok kejap lagi..... Respon baik daripada penonton terhadap filem bergenre seram komedi ni yang telah pun mencatat kutipan RM5.5 juta setakat ni. Aku percaya salah satu faktor penarik terhadap filem Hantu Bonceng ni adalah pelakon utamanya sendiri, Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak yang memegang watak Amran, seorang mat rempit.
Balik pada topik. Filem Hantu Bonceng persenda agama. Tang mana yang dikatakan persenda agama tu? Sebab ada scene-scene yang zizan terjerit-jerit sebut dua kalimah syahadah...? Terjerit-jerit laung azan? Terjerit-jerit sebut "Ya Allah Ya Allah"?
Pada aku la, aku tak rasa itu perlakuan yang dilakonkan tu persenda agama. Mungkin kurang baik sikit la sebab terjerit-jerit kan. Lagi satu filem ni bukan berunsur dakwah, tetapi seram komedi, jadi bila terselit ucapan-ucapan tu, langsung dikata persenda agama. Cuba kalau diorang sebut h***m j***h ker, b**i ker, p*****k ker, s**l ker, apa cer pulak. Tentu dikata menunjuk sikap yang tak baik pulak pada penonton terutama remaja. Hanya kerana baju yang dipakai ada tertera perkataan "T", langsung dikata persenda agama kerana "T" tu lambang agama kristian. Ayoo. Perkataan saja ma.. Aku tak rasa Ahmad Idham mempunyai maksud mengajak penonton puja agama kristian hanya kerana baju tertera perkataan "T" tu kan. Dia pun orang islam.... Dikenali pula. Tak kan dia nak buat macam tu.
Tengok wayang atau filem, bukan sekadar menonton. Orang-orang seni ni, penyampaian diorang penuh dengan mesej-mesej tersirat dan tersurat. Jangan menilai pada yang tersurat jer. Nama pun orang seni.
Sorry to say...... aku rasa kita terlalu cepat melatah. Hanya kerana filem ni ada sentuh bab-bab agama terjerit-jerit sebut kalimah Allah kita dah kata persenda agama. Isu agama memang sensitif, tapi dalam kes ni aku rasa dah jadi terlalu sensitif la plak kan.
Fikir positif, filem ni mesej tersirat nak mengajar penonton supaya jangan sebut perkataan-perkataan mencarut. Bukan persenda agama. Banyak filem-filem luar yang bagi contoh perlakuan budaya yang tak baik yang mempunyai lebih banyak mesej-mesej tersirat yang maha bahaya kepada penonton. Hanya kerana diorang bukan orang islam, kita tak kata apa pulak.
Aku tak sokong Ahmad Idham, tak sokong mana-mana. Buktinya aku belasah dua-dua belah. Kepada Ahmad Idham. Reaksi pelakon boleh jadi trend kepada penonton. Contoh macam "cer citer cer citer". Takut budak-budak kat luar tu menjadikan ucapan-ucapan kalimah allah tu sebagai trend dalam antonasi diorang. Budak-budak kat luar tu pulak bila kita kata trend, bermaksud budaya atau ikutan, takut ucapan-ucapan tu dijadikan budaya, bukan penghayatan. Bila jadi budaya, tu yang boleh jadi persenda agama bila situasi yang tak betul pun disebut ucapan tu.
Ucapan-ucapan kalimah Allah lebih baik kalau disebut dalam keadaan tenang. Terjerit-terjerit ni macam kurang elok la kan....
Ada sesaper nak bidas aku balik?? Silakan-silakan..... Aku tak kata aku betul 100%. Ini hanya pendapat aku jer. Hehe...
>>> UPDATED <<<
Aku dah tengok filem Hantu Bonceng ni. Aku rasa tak ada la senda menyenda agama dalam filem tu. TAK ADA. Jangan terlalu sensitif. Diorang tak ada mengubah apa-apa makna atau maksud pun pada ucapan-ucapan kalimah Allah tu. Mungkin yang boleh jadi isu ni kerana cara penyampaian atau cara diorang mengucapkan ucapan tu la kot dan juga situasi semasa diorang mengucapkan kalimah Allah tu. Benda ni jadi isu pasal tersangkut dengan agama. Bila sorang yang mulakan, semua pakat nak amik port. Membesarkan lagi perkara 2, walhal, tak ada apa pun.
Cuma ada juga la scene-scene yang kureng sikit pada mata aku, dan mungkin juga pada mata kita orang islam. Setelah aku tengok filem hantu bonceng ni tadi, memang kurang sopan sikit la zizan pakai baju "Death Note" tu. "T" tu terlalu menonjolkan simbol "tu". Aku kata kurang sopan k, bukan mempersenda agama.
"Nampak hantu, bogel depan dia". Tahyul!!! memang la tahyul.... tapi aku rasa budak-budak 12 tahun pun boleh fikir ma benda tu betul atau salah. Budak-budak dalam panggung tadi pun gelak tengok scene tu. Budak-budak pun tahu benda tu hanya jenaka.
Filem Hantu Bonceng ni bergenre KOMEDI SERAM. Ok. Janganlah bangkitkan isu.
Peace!!
Admin
12:43 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia>>> UPDATED <<<
Aku dah tengok filem Hantu Bonceng ni. Aku rasa tak ada la senda menyenda agama dalam filem tu. TAK ADA. Jangan terlalu sensitif. Diorang tak ada mengubah apa-apa makna atau maksud pun pada ucapan-ucapan kalimah Allah tu. Mungkin yang boleh jadi isu ni kerana cara penyampaian atau cara diorang mengucapkan ucapan tu la kot dan juga situasi semasa diorang mengucapkan kalimah Allah tu. Benda ni jadi isu pasal tersangkut dengan agama. Bila sorang yang mulakan, semua pakat nak amik port. Membesarkan lagi perkara 2, walhal, tak ada apa pun.
Cuma ada juga la scene-scene yang kureng sikit pada mata aku, dan mungkin juga pada mata kita orang islam. Setelah aku tengok filem hantu bonceng ni tadi, memang kurang sopan sikit la zizan pakai baju "Death Note" tu. "T" tu terlalu menonjolkan simbol "tu". Aku kata kurang sopan k, bukan mempersenda agama.
"Nampak hantu, bogel depan dia". Tahyul!!! memang la tahyul.... tapi aku rasa budak-budak 12 tahun pun boleh fikir ma benda tu betul atau salah. Budak-budak dalam panggung tadi pun gelak tengok scene tu. Budak-budak pun tahu benda tu hanya jenaka.
Filem Hantu Bonceng ni bergenre KOMEDI SERAM. Ok. Janganlah bangkitkan isu.
Peace!!
Malu Bekerja Di Restoran Mamak
Boleh tahan juga gaji kat kerja kat restoran nasi kandar a.k.a kedai mamak ni erk. Terkejut juga aku tengok RM2500 tu, gaji aku pun tak sebanyak tu. Kenapa nama persatuan diorang Persatuan Restoran Muslim Malaysia?? Kenapa dipanggil kedai mamak?? Sebab majoriti pengusaha Restoran Nasi Kandar ni adalah India Muslim.
Aku pernah bekerja di restoran nasi kandar atau lebih dikenali kedai mamak di kampung aku sewaktu aku habis SPM dulu seingat aku. Tapi bukan restoran nasi kandar yang besar la... kecik jer. Restoran tu pun aku rasa tak masuk kot dalam Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma). Aku sebagai pembantu kedai, gaji aku sekitar RM500 jer.
Penang salah satu negeri yang mempunyai banyak rangkaian restoran nasi kandar ni. Macam-macam nama... Restoran Nasi kandar Pelita, Restoran Nasi Kandar Kayu, Restoran Nasi Kandar Line Clear, Restoran Nasi Kandar Subaidah dan banyak lagi lah.
25000 kerja kosong yang ditawarkan Presma. Yang terisi hanya 200 kekosongan. 200 tu pun bukan orang melayu.... Kalau kita tengok pun, pekerja restoran nasi kandar a.k.a kedai mamak ni kebanyakannya adalah orang india, india muslim ataupun orang Sabah Sarawak. Setengah restoran nasi kandar ni pulak, ada yang mengambil pekerja luar seperti abang Bangladesh. Kenapa yer kurang orang melayu yang nak kerja kat kedai mamak? Gaji boleh tahan. Makan dah disediakan, Sesetengah restoran nasi kandar yang besar-besar ni, asrama pun disediakan. Malu bekerja di kedai mamak??
Ni pendapat aku la kan.... Mungkin berdasarkan pengalaman aku juga kot sebagai bekas pekerja Restoran Nasi Kandar a.k.a kedai mamak. Bukan sekadar malu nak kerja kat kedai mamak ni alasannya... Antaranya
* Kerja banyak - pergh! sesetengah kedai mamak ni, pelanggan non-stop wooo..... setiap ruang penuh dengan pelanggan.... Ha.. memang tak da masa nak ngulor. Perlu senantiasa memerhatikan pelanggan dan melayan pelanggan. Penat woooo
* Dimonopoli oleh orang india muslim - Tak nak diperlekeh oleh rakan-rakan sebagai pekerja restoran nasi kandar atau kedai mamak. Kang tak pasal-pasal kena cop tutttttttt.....
* Mind set - Kerja kat restoran nasi kandar atau kedai mamak tak ada standard. Sebab restoran nasi kandar ni tak macam restoran kat hotel-hotel mewah yang ada class. Ecehhhh...
* Memilih kerja - Yang ni tak payah aku nak ulas. Paham-paham sendiri.
* Tak sabar dengan kerenah pelanggan - Jangan perkecil benda ni. Bukan semua orang boleh sabar melayan kerenah pelanggan woo.... pelanggan ni macam-macam perangai. Dapat pelanggan yang nak dilayan macam raja, tak telayan ko. Aku pernah kena. Air tin minuman dia pun dia suruh aku buka kan. Marang sekepar betul. Panas kejap aku. Customer always right. Huhuu
* Sensitif reason - Yang ni aku tak nak ulas. Kang kena saman aku ngan Presma, tak pasal-pasal. hehehe
Ada sesaper nak tambah??
P/S : Kurang gemar makan nasi kandar :P
Admin
12:36 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaGempa Bumi Di Aceh | Pelajar Malaysia Selamat
Lebih kurang jam 1 pagi 6 Sept 2011, sekali lagi gempa bumi yang berukuran 6.7 pada skala recktar telah melanda Wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh
Harap peristiwa Tsunami yang melanda pada tahun 2004 yang lalu tidak berulang.
Admin
6:31 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaBuat Duit Dengan Mudah.my
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat wal'afiat disamping orang tersayang. Masih dalam mood raya?? :)
Alhamdulillah. Hari ni 4 Sept 2011 mungkin hari yang agak bersejarah la buat aku sebab selama aku bergelumang dengan dunia online ni, hari ni aku berjaya mendapat sedikit pulangan hasil dari penggunaan internet dengan bantuan Mudah.my. Huhuhuu...
Agak teruja sebab iklan yang aku buat tu tak sampai 5 minit disiarkan di Mudah.my terus ada customer call aku nak barang tu..... Alhamdulillah syukur sangat.
Pendapatan Pertama Dengan Mudah.my
Memang tak asing lagi, memang ramai yang dah buat atau jana pendapatan dengan medium pengiklanan Mudah.my ni. Ada yang jadikannya pendapatan sampingan, tak kurang yang menjadikan Mudah.my ni sebagai lubuk pendapatan diorang atau medium mempromosikan produk-produk syarikat diorang (Company).
Oleh kerana Mudah.my ini mampu memberikan pulangan kepada mereka yang terlibat, ada golongan bijak pandai ni yang mengambil peluang dengan menerbitkan ebook-ebook atau produk-produk yang menerangkan teknik-teknik atau panduan buat duit dari mudah.my ni berdasarkan pengalaman mereka.
Kalau kena caranya memang boleh buat duit dengan Mudah.my atau geng-geng seangkatan dia seperti lelong.com.my. Yang lebih advance lagi, Ebay, International Market.
Tak sampai 5 minit, barang terjual. Agak mengujakan sebab aku first time beriklan di Mudah.my tu. Aku tak ada pun beli produk panduan buat duit dengan Mudah.my. Mungkin dah rezeki aku. Barang yang aku jual tu pun memang murah ler aku kasi. Memang aku nak letgo pun. Tak pakai.
Ada juga cita-cita nak try biz ni.. hehehe... InsyaAllah. Mula-mula ni belajar dengan Mudah dulu, pas tu baru tembak Ebay... Hee... Sekarang ni memang blur pasal biz ni. Dropship apa kebenda semua aku tak tahu lagi. Akaun Paypal ada, tapi tak tahu nak guna.... :P
Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my
Disebabkan urusan jual beli menggunakan medium internet, tidak secara face-to-face, pastilah kena ada panduan dan teknik yang betul. Betul tak. Meyakinkan pembeli tu penting. Menggunakan logik akal, jika kita nak berurusan dengan medium pengiklanan macam ni, panduan secara umum lebih kurang macam ni lah....
* Berikan maklumat terperinci tentang diri supaya mudah dihubungi
* Snap gambar produk dari sudut yang jelas.
* Terangkan serba sedikit (detail lebih baik) tentang produk tersebut
* Terangkan condition barang tersebut.
* Berikan sebab mengapa ingin dijual barang tersebut (perkara remeh tapi penting)
* Tempoh telah digunakan (barang baru atau pernah diguna pakai)
Nak lagi terperinci, nak lagi serius, dapatkan produk "panduan buat duit dengan Mudah.my" dari saudara Hafizi Zain.
P/S : Nak try barang lain pulak pas ni..InsyaAllah :)
Admin
11:49 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaNak lagi terperinci, nak lagi serius, dapatkan produk "panduan buat duit dengan Mudah.my" dari saudara Hafizi Zain.
P/S : Nak try barang lain pulak pas ni..InsyaAllah :)
Assalamualaikum rakan2-rakan sekalian.....
Dah raya ke-4.... Masih dalam mod raya?? Mestilah kan... Raya kan sebulan. :)
Pertama sekali, aku nak bagitahu entry aku kali ni lebih menjurus kepada mereka yang berblog menggunakan medium Blogspot macam aku. Yang menggunakan Wordpress, ada kelebihan pada diorang kerana terdapat SEO plugin yang akan menghasilkan kod "Alt Tag" apabila satu-satu gambar dimasukkan ke dalam entry.
Ramai yang tahu............ramai juga yang tak tahu apa itu "Alt Tag". Aku sendiri baru hari ni tahu macam mana nak menghasilkan "Alt Tag" ni sebab untuk Blogspot, ianya perlu dilakukan secara manual :( . Apa "Alt Tag" tu? Perhatikan 2 gambar dibawah dengan membiarkan cursor mouse berada didalam kotak gambar tersebut.
Caption |
Ha... perkataan yang timbul pada gambar kedua tu lah "Alt Tag". "Alt Tag" ni memainkan peranan penting didalam mengoptimisasikan SEO. Sama seperti "Meta Tag" Ini kerana pengguna internet mencari gambar menggunakan keyword tertentu, tetapi bagaimana untuk memasukkan keyword atau satu-satu perkataan didalam gambar tersebut? Crawler atau Spider tidak dapat membaca gambar sebagai perkataan.
Contoh yang paling mudah untuk menerangkan "Alt Tag" ini adalah seperti seseorang berada pada satu-satu tempat yang dia tidak tahu nama tempat tersebut. Jadi cara untuk dia mengetahui nama tempat tersebut adalah dengan melihat papan tanda yang memberitahu nama tempat tersebut. Didalam SEO, papan tanda tersebut bertindak sebagai "Alt Tag" yang memberitahu nama tempat tersebut.
Apa beza "Caption" dengan "Alt Tag". Pada dasarnya Caption juga bertindak sebagai penerangan kepada satu-satu gambar, tetapi penerangan tersebut adalah untuk pembaca, bukan untuk Crawler atau Spider. "Caption" tidak memberikan "link" terhadap satu-satu gambar untuk diterjemahkan gambar tersebut kepada Crawler atau Spider.
Kod untuk memasukkan "Alt Tag" ke dalam gambar.
Di bawah adalah kod untuk memasukkan "Alt Tag" ke dalam gambar
<a href="URL Gambar"><img style="border-width: 0px; display: inline; margin-left: 0px; margin-right: 0px;" title="title gambar" alt="alt tag gambar" src="URl asal imej diambil" align="right" border="0" width="189" height="161"></a> |
URL gambar = Page yang akan keluar jika seseorang klik pada gambar tersebut
Alt Tag gambar = Alt Tag
URL asal gambar = URL asal imej diambil.
Harap entry ni dapat membantu korang meningkatkan lagi "organic visitor" ke blog korang. Sorry, ayat tunggang langgang.. Ngantuk + malas nak update blog..... Arghhhh..... Ada kekeliruan, boleh tanya kat ruangan komen. Aku tak pandai SEO... Seciput je la. Kalau aku tau aku kongsi k. Chaw!!