Home » , , , » Membentuk Kecemerlangan Diri Melalui Blog

Membentuk Kecemerlangan Diri Melalui Blog



Assalamualaikum rakan-rakan. Apa kahabar semua? Moga sihat-sihatlah hendaknya yer. Nampaknya prestasi aku dalam berblog ni agak menurun sejak dua menjak ni. huhu.... Tahu kenapa? Tahu tahu tahu?? :P

Korang percaya tak melalui blog, seseorang itu mampu membentuk dirinya dari yang kurang baik ke arah yang lebih baik? Dunia blog ini bolehlah dianggap satu medium komuniti dimana kita saling memberi, menerima dan berkongsi satu-satu pendapat di antara satu sama lain. Sedar atau tidak perkongsian itu sebenarnya mampu membentuk diri seseorang itu ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, jika sebelum ini seseorang itu merasakan pendapatnya tidak didengar oleh orang lain, melalui blog mungkin pendapatnya itu dapat disuarakan dan apabila pendapatnya itu diterima, ianya sedikit sebanyak mampu membina keyakinan diri didalam diri blogger itu.

Dari aspek lain jika seseorang itu merasakan mungkin hanya pendapat dia sahaja yang betul, mungkin melalui blog dia mula sedar bahawa masih banyak pendapat-pendapat orang lain diluar sana yang masih boleh diterima pakai dan mungkin lebih baik dari pendapat dirinya dan ini akan membuat kan dirinya belajar menerima pendapat orang lain.

Itu mungkin dari segi perkongsian pendapat dan pembinaan keyakinan diri seseorang itu melalui blog. Bagaimana pula dengan pembentukan diri seseorang itu? Sebagai contoh, kesedaran sivik. Jika sebelum ini seseorang itu seorang yang mementingkan diri sendiri dengan melakukan kerosakan itu ini, membuat pencemaran atau lain-lain. Mungkin melalui blog dia dapat berubah. Bagaimana blog mampu mengubah diri seseorang itu? Contoh seseorang itu mempunyai blog dan sering melakukan blogwalking. Contoh artikel yang dilawati "Vandalisme, bangsa yang merosak" dan pelawat itu meninggalkan komen "Ya. Aku setuju pendapat ko, budak-budak yang suka buat kerosakan ni memang tak ada otak!" Sedar atau tidak komennya itu mampu menghalang dirinya dari melakukan kerosakan jika sebelum ini dia sering melakukan kerosakan. Bagaimana? Saat dia ingin melakukan kerosakan, dia akan terfikir kembali komen yang pernah diberikan. Dia bagi komen budak-budak yang buat kerja kerosakan atau vendalisme ni tak ada otak. Jadi jika dia buat juga maknanya dia tak ada otak lah dan dia menipu diri dia sendiri! Cakap tak serupa bikin! Betul tak? So dari situ sudah wujud kesedaran didalam diri dia melalui artikel tersebut. Orang kata, budak-budak macam ni semakin dimarah, semakin dibuatnya. So cuba cara psikologi macam ni pula. Kan. Ini contoh jer lah. Banyak lagi contoh sebenarnya.

So, dengan blog ini sememangnya mampu membentuk diri seseorang itu daripada negatif kepada yang positif.
Kalau kat dunia realiti ni orang kata, ikut orang yang baik, kita pon akan jadi baik dan sebaliknya. Samalah dengan blog. Dia nak bina kreabiliti diri dia mestilah tunjukkan sikap yang baik walaupon dia tu kurang baik. Dari situ sedikit sebanyak akan membentuk dirinya sendiri. Ada juga jasa blog ni kan? Bukan sekadar nak tarik traffik dapat duit. Muahaha..

P/S : Contoh vandalisme di atas bukan aku erk. Tapi aku ngaku la selama berblog ni ada juga perubahan dalam diri aku. Kalau sebelum ni aku memang banyak tak tahu tentang satu-satu perkara tu, melalui blog banyak yang aku belajar. terutama dalam penambahbaikan kualiti hidup. Ngeeee

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

28 comments:

  1. btol..btol.. dgn blog boleh buat otak saya berfikir.. cntohnya bila terbaca sesuatu isu.. bila banyak membaca.. minda pun terbuka luas kan.. tak ada la otak berkarat jer.. hehehe

    ReplyDelete
  2. kunjungan pertama kemari, memang ngeblog bisa membentuk kepribadian mas.

    ReplyDelete
  3. makin berisi blog ko sekarang ni. kipidap!

    ReplyDelete
  4. Huhu..btol gak pe yg ko ckp. Aku pun dah rajin skit nak google or amik tau hal sekeliling ni. Kalo x dulu, bt x tau je. Lg satu bab bg pendapat tu. Semenjak aku berblog, ni la first time ada pendapat aku diterima org. Kalo x, boh layan je suma pendapat aku bg. Mcm kecik je aku kat dunia manusia ni.

    ReplyDelete
  5. btol tu bro...aku setuju..byk faedah berblogging ni..

    ReplyDelete
  6. LAMA TAK SINGGAH.. SIBUK BACA BUKU.. :p WAH.. DAH MACAM PAKAR MOTIVASI TULISAN KO..

    ReplyDelete
  7. atok bagi 5 bintang kat entry ni....memang setuju sangat...atok start mendisiplinkan diri sendiri

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    berblog membuatkan saya bermuhasabah diri bahawa betapa kecilnya saya ini..ramai insan di luar sana sangat hebat sehinggakan saya teringin untuk menuntut ilmu dari mereka

    ReplyDelete
  9. @NaNaoSaKiBetul tu. Otak saya akan berjalan bila nak bagi komen.hehehe..otak ni dah lama tepu.huhu
    thanx singgah sini erk

    ReplyDelete
  10. @Guusnwah!ma kasih mampir kesini ya.betul tu..ngeblog memang bisa membentuk peribadi ya kan?

    ReplyDelete
  11. @gadisBungaberisi??apa yang berisi nyer GB...?? huhu
    setengah orang kata "ko dah berisi erk" itu tandanya dia tu gemuk. saya kurus jer..miahahahaha...komen tak der kena mengena..yai!!

    ReplyDelete
  12. @adeleEntry adele best2 juga.memang dapat mencairkan otak yang dah lama beku ni.huhu

    ReplyDelete
  13. @Fir Ikhwan Affandibetul tu bro..setengah orang cukup segan kalau dia nak bagi pendapat kan.takut reject atau apa2 lagi lah.tapi melalui blog,benda tu kurang sikit dirasai.

    ReplyDelete
  14. @Fairus Bin Mamatpakar motivasi????hahahahaha....aku pon tak termotivasi brooo.....
    moga ko lulus ujian bro

    ReplyDelete
  15. @Suhami Ahmadwah!!terima kasih terima kasih...entry biasak biasak jer niii..huhu

    ReplyDelete
  16. @sahromnasrudinwaalaikumussalam bro din.
    saya ingin menuntut ilmu dengan bro..entry2 bro semuanya sentiasa berisi dengan pelbagai maklumat!!memang best.boleh bro... :)

    ReplyDelete
  17. betul tu. dari blog juga kita boleh belajar membezakan apa yg baik dan apa yg buruk :)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum

    takde masalah..

    tapi kne ada pengerasnya..ayam kampong seekor, telur itik sebutir dengan pulut kuning heheheheeh ( gurau je la)

    ReplyDelete
  19. salam

    dengan berblog membuatkan saya semakin menyusukuri nikmat hidup..

    ReplyDelete
  20. betul2.. cik rimau sokong pendapat amry.. byk kebaikan yg cik rimau dpt drpd blog.. dpt ramai kwn tu salah satunye la.. selain drpd tu, cik rimau bole mintak pendapat org lain ttg sesuatu perkara yg cik rimau xdpt nak settle.. byk ag la.. huhu

    ReplyDelete
  21. banyak faedah... n banyak jgk kelemahannya...
    kdg2 banyak buang masa... percaya x? hehe

    ReplyDelete
  22. @sahromnasrudinwaalaikumsalam bro din.baik. akan saya siapkan.hehehehe

    ReplyDelete
  23. @sissyirasalam syira.
    betul juga tu syira :)

    ReplyDelete
  24. @Cik RimauSetuju dengan point cik rimau.saya ada juga rakan blog yang saya tanya tentang masalah saya satu ketika dahulu...sememangnya blog ni bukan sekadar blog :)

    ReplyDelete
  25. @azanabuang masa...???errr....ada juga sikit kot...tapi tengok juga untuk apa dia berblog kan.

    perbandingan macam ni la...kawan ajak kita jalan2.ok, jalan2 buang masa.tapi kalau kita tak jalan2 langsung,macam mana nak eratkan hubungan persahabatan tu kan?paham tak maksud aku paham tak paham tak?huhu

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment