Home » , , » Hukum Menggunakan Duit Raya Anak

Hukum Menggunakan Duit Raya Anak

Apakah Hukum Ibu Bapa Yang Menggunakan
Duit Raya Anak Anak

hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak anak untuk tujuan peribadi


Ramai ibu bapa yang selamba je guna duit raya anak untuk buat belanja kerana beranggapan anak tersebut masih kecil dan tidak tahu menggunakan ang tersebut. Tapi apakah hukumnya?
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak anak. Jom baca dan kongsikan.

IBU BAPA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH
Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK

Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.

Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.

Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.

    “Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.



*******************************************

CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL
• ASINGKAN

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)

• TABUNG KHAS

Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.

• SIMPAN DALAM BANK

Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Bagi saya, antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji. Anda bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak anda.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment