5 Nafkah Isteri Yang Suami Wajib Tahu
Seperti yang kita ketahui, setelah berkahwin segalanya harus ditanggung suami dari segi perbelanjaan, si isteri boleh membantu dengan bekerja, namun si suami sesekali tidak boleh mengambil hak isteri iaitu duit gaji isteri sekiranya isteri tidak mengizinkannya dan tidak menghalalkannya.
Namun, ramai lelaki zaman sekarang tidak ambil peduli akan hal penting ini, ini bukan la perkara yang direka, namun sudah termaktub dalam islam bahawa nafkah isteri harus diberi setiap bulan. Jika suami tidak berkemampuan, dan isteri menghalalkan, itu tidak mengapa.
Sebagai seorang lelaki dan suami, seharusnya anda mengetahui apa yang perlu anda sediakan untuk isteri anda. Jangan terlalu selesa jika isteri anda yang bekerja dan menanggung anda tanpa anda sedari anda telah abaikan tanggungjawab anda sebagai suami.
Secara umum, mungkin ramai lelaki menganggap nafkah isteri adalah nafkah seperti perbelanjaan harian (makan minum dan wang dapur) dan nafkah batin.
Tetapi ada 5 nafkah yang suami perlu berikan kepada isteri secara khusus. Nafkah tersebut adalah :
1. Duit perbelanjaan diri
(Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
2. Peralatan mandian
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
***********************************
Petikan kuliah Ustaz Fawwaz Mengenai Kewajiban Nafkah Isteri Ke Atas Suami
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah isteri ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur?
Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
7 Sebab Mengapa Bank Susah Luluskan Pinjaman Kenderaan
Tiap-tiap tahun pastinya akan keluar pelbagai model baharu kereta yang membuatkan ramai teruja untuk memilikinya.
Jika anda seorang berduit, mungkin tiada masalah untuk membeli kereta baru secara tunai, bagi yang kurang berduit, untuk memiliki kereta baru, mungkin terpaksa membuat pinjaman kenderaan daripada bank. Nak beli kereta sekarang pun bukan mudah, sebab syarat untuk sewa beli kereta yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dah semakin ketat.
Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus permohonan pinjaman kenderaan anda.
Nak tahu apa dia, kami senaraikan untuk anda:
1. Nama yang disenarai hitam (black list)
Ini mungkin salah diri anda sendiri atau orang yang anda jamin sebagai peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman, sebagai contoh PTPTN atau MARA. Nama anda juga boleh disenaraihitam sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewa beli, seperti pembelian perabut, peralatan elektrik dan sebagainya dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan tersebut.
Anda boleh semak status anda di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit
(tempat yang anda berhutang dengannya).
2. CTOS (Credit Tip Off Service)
Pastikan nama anda bebas dari senarai CTOS. Ia merupakan sebuah badan atau pangkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Bagaimana untuk membuat semakan status anda dengan CTOS?
* Layari laman web CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna
* Muat turun aplikasi CTOS di Apple Store atau Google Play
(kena daftar ID pengguna telebih dahulu)
* Datang sendiri ke pejabat CTOS di alamat :
CTOS Sdn. Bhd
Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite
Avenue 3, Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian :
03-27228833 (Pertanyaan Peribadi) atau
03-27228882 (Pertanyaan Perniagaan)
3. Central Credit Reference Information System (CCRIS)
Bank sebenarnya tahu maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat kerana adanya sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS. Segala rekod bayaran pinjaman, gadai janji, kad kredit, overdraf atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.
Tak kiralah anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:
Ground Floor, D Block,
Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
(Overseas: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
4. Gaji pokok rendah
Ini adalah perkara yang membataskan hajat mereka yang bergaji rendah. Ia juga penyebab mengapa pinjaman anda ditolak pihak bank kerana anda dianggap tidak berkemampuan untuk memiliki kereta. Contohnya, gaji pokok anda hanya RM1,200, secara automatiknya dalam keadaan ekonomi sekarang, gaji di bawah RM2,000 perlu ada seorang penjamin. Penjamin pula perlu dari kalangan ahli keluarga.
5. Umur yang terlalu muda
Faktor umur terlalu muda seperti bawah 22 atau 23 tahun juga menjadi faktor pinjaman anda sangat sukar untuk diluluskan oleh pihak bank. Sebab apa? Kerana anda dianggap terlalu muda untuk memiliki kenderaan dan kebiasaan bank akan meminta anda menyedikan seorang penjamin.
6. Komitmen bulanan tinggi
Walaupun gaji anda besar dan nampak macam cukup untuk buat pinjaman kereta, tetapi jika anda ada komitmen bulanan tinggi, senang cerita banyak hutang, bank sukar nak luluskan pinjaman anda. Pihak bank akan membuat kiraan komitmen bulanan anda terlebih dahulu, dan sekiranya komitmen terlampau tinggi, ada kalanya sampai tahap negatif, lupakan sahajalah hasrat murni nak pakai kereta baharu.
7. Masalah PTPTN
Ini juga punca bank susah nak luluskan pinjaman kereta anda. Anda perlu ingat, peminjam PTPTN wajib membyar balik pinjamin pengajian selepas enam bulan dari tempoh tamat pengajian. PTPTN akan senaraikan nama anda dalam sistem CCRIS dan apabila ini berlaku bank memang liat nak luluskan pinjaman, melainkan anda ada surat penjadualan semula dari pihak PTPTN.
Sumber :
http://www.funtasticko.net/info-tujuh-sebab-mengapa-bank-susah-nak-lulus-pinjaman-kereta-anda/
Pelakon Filem 'Hantu Kak Limah',
Pak Jabit Meninggal Dunia
Pak Jabit merupakan pelakon pembantu yang sering menjadi watak penting dalam filem seperti Zombi Kampung Pisang dan juga Hantu Kak Limah.
Pak Jabit atau nama penuhnya Man Kadir merupakan pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah Mamat Khalid.
Pagi tadi anak kepada Pak Jabit telah membuat pengumuman di Facebook mengesahkan ayahnya itu telah kembali ke rahmatullah.
Pak Jabit atau Man kadir disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi.
Mari sama sama kita doakan buat arwah Man Kadir. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah buat ahli keluarga, semoga tabah hadapi berita sedih ini.
Sehingga kini antara filem lakonannya yang menjadi ingatan ramai ialah seperti, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kaki Limah dan juga Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Sumber : berita memey
Cara Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid
Apakah yang di maksudkan dengan Faraid? Dari segi bahasa, Faraid bermaksud ketetapan.
Mengikut istilah dalam hukum syarak pula, Faraid adalah mengkhusus kepada penetapan pembahagian harta pusaka kepada waris apabila berlakunya kematian.
Faraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:
* Anak
* Isteri
* Suami
* Ibu bapa dan lain lain
Harta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak :
* Kos pengurusan pengebumian jenazah
* Langsaikan segala hutang pewaris yang berkaitan dengan agama (seperti Zakat, Nazar, dan lain-lain)
* Segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Bentuk harta yang boleh di bahagikan mengikut Faraid adalah:
* Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang, dan lain-lain)
* Barang kemas (emas, perak, dan lain-lain)
* Insuran, saham, bon, tunai (sama ada dilabur atau tidak)
* Tanah, kebun, ladang, dan lain-lain
* Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan lain-lain.
Hukum pembahagian harta pusaka mengikut Faraid.
Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang Islam maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.
Jadual kadar asas pembahagian harta pusaka mengikut Faraid
Contoh pengiraan pembahagian harta pusaka mengikut Faraid
Terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah suami berbaki RM3 juta setelah ditolak kos:
* Pengurusan jenazah,
* Selesaikan segala hutang piutang yang ada,
* Wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka
Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:
* Bahagian si ayah 1/6,
* Bahagian si ibu: 1/6,
* Bahagian si isteri: 1/8,
* Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka.
Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.
Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:
*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti rajah di bawah:
Di atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.
RM1,625,000 / 7 = RM232,142.857 Setiap bahagian
Anak lelaki masing masing mendapat RM464,285.714 (2 bahagian)
Anak perempuan masing masing mendapat RM232,142.857
Perkara lain yang perlu di ketahui dalam pembahagian harta mengikut Faraid
Faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.
Perkara yang anda perlu ketahui juga, sebarang pembayaran tuntutan insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian perwarisan. Oleh itu, penamaan waris adalah amat penting apabila membeli sebarang perlindungan insurans untuk mengelakkan sebarang perbalahan di kemudian hari.
Sumber asal : https://www.eztakaful.com.my/pembahagian-harta-pusaka-menurut-hukum-faraid/
***********************************************
Info Grafik.
Contoh situasi lain dalam pembahagian harta mengikut Faraid
Sumber asal : https://www.facebook.com/pusakaharta/