Home » » Bahaya Terlalu Paksa Anak Belajar

Bahaya Terlalu Paksa Anak Belajar

Kanak Kanak 7 Tahun Gila Kerana Terlalu Banyak Belajar



Bahaya Terlalu Paksa Anak Belajar

Setiap ibu pasti akan mengimpikan anaknya menjadi seorang anak yang bijak pandai dalam semua mata pelajaran, macam-macam cara digunakan oleh ibu bapa untuk melihat kejayan anak mereka.

Akan tetapi tidak semua pekara yang kita rancang boleh menjadi kenyataan malah ia boleh menjadi mimpi ngeri dalam hidup kita.

Perkara itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang inginkan anak perempuannya yang berusia 7 tahun menjadi seorang anak yang bijak dan pandai.

Wanita yang menpunyai seorang saja anak tunggal dari golongan VIP memaksa anaknya untuk belajar hingga boleh dikatakan tidak ada waktu bermain, hingga pada akhirnya kanak-kanak malang itu mula tertekan dan bertindak seperti orang kurang siuman.

Dipetik dari seorang penulis yang berkongsi cerita di facebook, ”hari ini saya pergi ke hospital, menziarahi anak rakan saya yang sakit.

Rakan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan VIP.

Anak perempuannya adalah seorang yang comel, berusia 7 tahun, saya membawakan anak patung untuknya.
Invalid Domain Name
Waktu saya datang dia mengenali saya ”makcik iti ek?” ia jawab saya” dengan agak terharu kerana dia masih mengenali saya.

Makcik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?

Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang mengajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25, selepas itu dia membacakan doa makan.

Makcik iti jom sambung ayat saya” saya pergi ke sekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh-sungguh, dia memang comel, pandai dan bijak.

Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhatikan kami dan hanya mampu menangis mengalirkan air mata” saya turut berduka dengan penyakit yang di tanggung oleh anak perempuannya itu.

Sakit apa?

Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa, yaaa sebuah hospital sakit jiwa.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Dua minggu sebelum sakit anak perempuan rakan saya ini selalu  menjawab soalan cikgunya dengan jawapan yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawapan lain seperti huruf jawi, kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.

Menurut doktor yang menjaga kanak-kanak malang ini, dia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa berehat, dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya penat.

Yang lebih mengharukan lagi, waktu dia melihat ibunya menangis si anak berkata "ibu jangan menangis, saya dah pandai”

Kanak-Kanak ini adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ, ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa kerana broken home.

Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa kerana tekanan belajar yang di paksa oleh ibunya.

Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment