Video Suami Belasah Isteri Di tempat Parking Kereta
Satu video menjadi viral di media sosial yang mana didalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki memukul seorang perempuan di tempat parking kereta baru baru ini.
Lelaki dan wanita tersebut dipercayai pasangan suami isteri.
Lelaki tersebut berusia 20 tahun telah ditahan polis manakala wanita tersebut berusia 16 tahun dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah dan
dikatakan berpunca dari masalah keluarga
Ketua Polis Komisioner, M. Chandra mengesahkan kejadian tersebut
Video Orang Cina Nyanyi Lagu Raya Aidilfitri
Hari tu kecoh pasal Cina Melayu bergaduh di Low Yat Plaza. Kali ni lain pula cerita dia.
Satu video menjadi viral dimana sekumpulan remaja cina menyanyikan lagu raya aidilfitri.
Ini baru la 1Malaysia. Saling menghormati di antara satu sama lain.
---------------------------------------------------------------------
Bukan semua Cina jahat. Bukan semua melayu baik.
Hukum hanya pada yang bersalah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN-Amry's Blog
Cerita Punca Sebenar Pergaduhan Di Plaza Low Yat
Cerita sebenar dia........
Admin tak tahuuuuu....... Banyak sangat tokok tambah.
Ada yang kata kes penjual penipu pembeli.
Ada yang kata pembeli tu mencuri..
Seorang peguambela yang yang handle kes pergaduhan di Low Yat ini meminta semua bertenang dan mengatakan hanya 30% sahaja cerita cerita yang disampaikan benar. 70% lagi ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan...
Link Buzze Azam
Link Buzze Azam
Video media Ketua Polis Negara Tan Sri Kalid insiden pergaduhan Low Yat Plaza
Peguam dengan Polis... Siapa ikut arahan siapa???? Jeng jeng jeng
So apa apa kita follow Buzze Azam untuk perkembangan insiden pergaduhan dan rusuhan di Low Yat Plaza
Admin
4:35 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPeguam dengan Polis... Siapa ikut arahan siapa???? Jeng jeng jeng
So apa apa kita follow Buzze Azam untuk perkembangan insiden pergaduhan dan rusuhan di Low Yat Plaza
Punca Sebenar Pergaduhan Rusuhan Di LowYat Plaza
Akhirnya terjawab sudah punca terjadinya pergaduhan di Low Yat Plaza hingga berlaku rusuhan pada 11 dan 12 julai 2015 yang lalu...
Lepas ni jadi apa pula tak tahu lahhhh.... Rusuh rusuh dah.
TERBARU :
Ketua Polis Negara memberi kenyataan PALSU berkaitan insiden rusuhan di Low Yat Plaza
Admin
6:07 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTERBARU :
Ketua Polis Negara memberi kenyataan PALSU berkaitan insiden rusuhan di Low Yat Plaza
Video Rusuhan Low Yat Plaza
Memang besar kes gaduh di Low Yat ni. Sampai dah jadi kes rusuhan.
Sampai ke pagi masih tak habis.
Rupanya tak berapa jam selepas kes gaduh dalam Plaza Low Yat tu, terjadi lagi pergaduhan, kali ni di luar premis pula. Kali ni melibatkan kumpulan pula. Dah pergaduhan antara cina melayu, pasti ada kumpulan yang nak bela kaum masing-masing.
Ni bukan pergaduhan lagi dah. Merusuh dah namanya.
Tonton video dibawah
Dalam insiden rusuhan Low Yat ni, beberapa petugas media turut cedera.
Dari video di atas, ada juga kedengaran seperti bunyi letupan.
Dalam kejadian rusuhan tersebut, polis telah menghantar empat unit simpanan persekutuan dan satu pasukan meriam air di jalan Bukit Bintang.
Video sidang media insiden rusuhan di Plaza Low Yat
Gambar-gambar sekitar rusuhan di Plaza Low Yat
Admin rasa ni bukan kes handphone lagi dah... Ni dah jadi isu perkauman... Aduhai...
Admin
4:36 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPergaduhan Di Low Yat Plaza
Pada 11 Julai 2015 yang lalu agak gempar kes pergaduhan yang berlaku di Low Yat Plaza.
Punca pergaduhan ada yang mengatakan pembeli tidak berpuas hati dengan penjual handphone terbabit yang menjual handphone yang tidak original.
Menurut laporan polis pula, kejadian berpunca pabila salah seorang rakan pembeli ini tidak berpuas hati rakannya ditahan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terbabit dan diserahkan kepada pihak polis selepas pemilik kedai handphone tersebut membuat aduan.
Selepas disoal oleh polis, suspek yang ditahan mengatakan dia marah kerana kedai handphone tersebut menjual handphone yang tidak original tetapi dikatakan original.
Menurut laporan polis pula, kejadian berpunca pabila salah seorang rakan pembeli ini tidak berpuas hati rakannya ditahan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terbabit dan diserahkan kepada pihak polis selepas pemilik kedai handphone tersebut membuat aduan.
Selepas disoal oleh polis, suspek yang ditahan mengatakan dia marah kerana kedai handphone tersebut menjual handphone yang tidak original tetapi dikatakan original.
----------------------------------------------------------
Admin dah dapat tahu pasal kes pergaduhan di Low Yat Plaza ni semalam waktu tengok di Facebook.
Ingatkan gaduh biasa la... Tak amik port la (Waktu tu tengok video part 1 je)
Malam sikit admin perasan asal jadi kecoh semacam dengan kes pergaduhan ni... tengok kat Youtube..
Sekali besar punya gaduh dah macam merusuh pula..
Tonton video pergaduhan di Low Yat Plaza yang admin dah combine beberapa klip video pergaduhan tersebut
Menurut laporan polis, suspek telah memecahkan peralatan kedai tersebut dan memukul pekerja kedai tersebut. Kerugian dianggarkan RM70,000.
Suspek telah ditahan dan disiasat dibawah seksyen 147/427 kanun keseksaan kerana merusuh.
----------------------------------------------------------------
Tak nak sentuh kaum kat sini. Sensitif kot. Tapi kalau benda benda teknologi macam handphone ni nak beli lebih bagus bawa kawan yang arif sikit pasal teknologi ni. Memang banyak handphone handphone yang kat luar sana tu tak original tapi dikatakan original. Yang buta teknologi memang akan terkena lah..
Admin
2:33 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaVideo Ucapan Gadis #SayaZahra Survival Di Hadapan Tan Sri Muhyidin Yassin
Satu video ucapan dari seorang gadis yang bernama Zahra menjadi viral di media sosial yang mana gadis tersebut merupakan graduan Ijazah Undang-undang
Ucapan tersebut dirakan sewaktu sidang 'Laporan Sosio-Ekonomi Melayu : Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlangsung pada 17 Jun 2014 yang lalu di KLCC
Dalam ucapan tersebut, Zahrah mengatakan kehidupan kebanyakan golongan muda di Malaysia masih lagi seperti 'kasi pagi makan pagi' sambil mempersoal nasib golongan muda pada masa akan datang yang merujuk kepada kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat.
Antara lain kata-kata yang disampaikan oleh Zahra dalam ucapannya adalah
"Belajar tinggi-tinggi akhirnya mengemis juga"
"Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan Perdana Menteri, inilah peluang saya untuk saya suarakan luahan hati generasi saya"
"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana RAMAI KAWAN KAWAN SAYA TURUT TERSEKSA"
Apa yang membuatkan Video Zahra ini medapat perhatian rakyat Malaysia adalah keberanian Zahra menyuarakan perkara tersebut di hadapan timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tonton video ucapan Zahra dibawah
Video tersebut kini mula menjadi trending di laman sosial Twitter dengan hastag #SayaZahra yang mana ramai pengguna Twitter memberi sokongan dan pujian terhadap Zahra
Pendapat admin???
Tajuk asas acara tersebut adalah "Laporan Sosio-Ekonomi Melayu"
Kenapa ada perkataan 'Melayu'. Kenapa tak ada disebut cina ke india ker? kenapa?
Cina dan India tak duduk di Malaysia ke?
Jangan terlalu bergantung kepada orang lain atau kerajaan untuk terus survive.. Jangan terlalu harap duit BRIM, bantuan kerajaan atau apa apalah.. Kerana itu sekadar bantuan..
Admin tak cakap dari sudut politik. Tapi dari sudut survival hidup.
Tak kan nak salahkan orang lain kalau anak bini tak cukup makan??
Nak salahkan kerajaan 100% anak bini tak cukup makan??
Apa peranan diri anda sendiri???
Memanglah kos hidup meningkat disebabkan kerajaan. Tapi carilah alternatif lain untuk cari side income.
Kita ada hak untuk bersuara sebab kita rakyat Malaysia. Ada hak bersuara (Yer ker ada hak)
Tapi untuk cari sesuap nasi jangan harap orang lain nak terus bagi. Usaha la.