Home » , » Harga Minyak Turun 1 Feb

Harga Minyak Turun 1 Feb

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Turun 1 Feb 2015

Hari tu admin ada dengar ura-ura harga minyak RON95, RON97 dan Diesel akan turun pada awal bulan Feb tapi tak sahih lagi. Tapi malam tadi sah harga minyak diturunkan selepas diumumkan di televisyen.
(Admin dapat tahu dari WhatsApp je, tak sempat nak ngadap TV)

harga terkini minyak petrol dan diesel

Berikut adalah harga minyak terkini RON95, RON97 dan diesel
RON95 turun sebanyak 21sen menjadikan harga RON95 terkini RM1.70 daripada RM1.91
RON97 turun sebanyak 11sen daripada RM2.11 menjadikan harga terkini RON97 RM2
Diesel pula turun daripada RM1.93 kepada RM1.70 iaitu penurunan sebanyak 23sen.


harga minyak petrol dan diesel turun feb 2015
 
Harga baru bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar tukaran mata wang asing.

Pada Disember 2014, kerajaan menetapkan harga petrol serta diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, ini menandakan semua penghapusan subsidi bahan api.

Dengan sistem apungan ini, harga runcit bagi petrol dan diesel berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.

Kali terakhir minyak diturunkan adalah pada Januari 2015.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment