Home » , , » Intipati Pembentangan Bajet 2015

Intipati Pembentangan Bajet 2015

Kupasan Intipati Pembentangan Bajet 2015



Seperti sedia maklum, Perdana Menteri telah pun membuat Pembentangan Bajet untuk tahun 2015 pada 10 Oktober 2014. Tema Bajet 2015 kali ini adalah 'Ekonomi Keperluan Rakyat'

Bajet 2015 kali ini merangkumi 7 strategi utama iaitu :
1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantapkan Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabatkan Peranan Wanita
6. Membangunkan Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat

-------------------------------------------------------------

Dibawah adalah antara isi utama pembentangan Bajet 2015 yang melibatkan kewangan rakyat Malaysia

1. Peruntukan belanjawan untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM273.9 Bilion. Peningkatan sebanyak RM9.8 Bilion berbanding peruntukan asal 2014

2. Petrol, Diesel dan LPG dikecualikan daripada GST

3. Kelayakan cukai pendapatan dinaikkan daripada RM4000 kepada RM6000

4. Rebat bayaran balik PTPTN sebanyak 10% untuk ansurans dan 20% untuk bayaran penuh diteruskan

5. Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah bermula Januari 2015

6. Program Baucer Buku 1Malaysia sebanyak RM250

7. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 kebawah akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dan dibayar berperingkat sebanyak 3 kali iaitu
Peringkat 1 RM300 pada Januari 2015
Peringkat 2 RM300 pada Mei 2015
Peringkat 3 RM350 pada September 2015

8. Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk isi rumah berpendapatan antara RM3000-RM4000 pula dinaikkan daripada RM450 kepada RM750. Juga dibayar sebanyak 3 peringkat
Peringkat 1 RM200 pada Januari 2015
Peringkat 2 RM200 pada Mei 2015
Peringkat 3 RM350 pada September 2015

9. Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2000 pula akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM350, iaitu dinaikkan sebanyak RM50 berbanding RM300 pada tahun sebelumnya

10. Kakitangan awam akan menerima Bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 manakala bagi pesara kerajaan akan menerima RM250 dan dibayar pada Januari 2015


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment