Cara Mengatasi Masalah Tiada Keyakinan Diri Dan Cepat Putus Asa
Semoga dalam keadaan sihat disamping orang tersayang.
Keyakinan diri adalah salah satu elemen yang perlu ada dalam diri seseorang untuk melakukan satu satu perkara atau untuk mencapai satu satu impian. Tanpa keyakinan diri, sata satu perkara yang dilakukan itu mungkin tidak sesempurna yang diinginkan. Tetapi harus diingat, keyakinan diri yang terlalu tinggi juga boleh menjadi salah satu faktor untuk anda gagal didalam melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu kejayaan.
Ini kerana keyakinan diri yang terlalu tinggi akan membuatkan anda berada dalam keadaan tidak berjaga-jaga atau alert dengan perkara yang boleh menggagalkan usaha anda.
Begitu juga dengan sifat putus asa. Untuk berjaya didalam satu satu bidang atau perkara yang dilakukan, sifat putus asa perlu dihindari.
Ini kerana untuk mencapai satu satu kejayaan, ianya bukanlah satu perkara yang mudah.
Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kehidupan anda.
Untuk mencapai kejayaan pasti akan ada halangan dan rintangan.
Jika hanya kerana satu halangan, satu rintangan dan satu kegagalan, anda sudah merasa putus asa dan tidak mahu lagi meneruskan niat anda yang sebelumnya untuk menghasilkan sesuatu atau mencapai kejayaan, percayalah, anda tidak akan mencapai apa yang dihajati.
Kegagalan adalah guru terbaik untuk mencapai kejayaan.
Entry ini terhasil bukanlah kerana saya seorang pakar motivasi seperti Dr Fadzillah Kamsah yang dapat memberikan keyakinan diri kepada anda.
Entry ini juga tidak ada saya selitkan cara-cara untuk meningkatkan keyakinan diri atau menghindari rasa cepat putus asa.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah satu filem yang saya percaya ianya dapat memberikan anda satu inspirasi bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri serta menghindari rasa putus asa.
Filem ini adalah sebuah filem Hindustan atau Bollywood.
(Mungkin ada diantara anda tidak gemar atau tidak meminati filem hindustan atau Bollywood ini, tetapi ketepikan dahulu rasa tidak minat itu dan hayati jalan cerita filem ini)
Ianya sememangnya dapat memberikan anda satu inspirasi.
Saya sendiri terinspirasi apabila menonton filem yang saya maksudkan dan percaya atau tidak saya tidak pernah bosan menonton filem ini walau sudah hampir 5 kali saya menonton. Ianya mengandungi banyak mesej-mesej positif didalam bagaimana untuk mencapai impian atau kejayaan yang diinginkan walaupun pelbagai rintangan yang mendatang.
Mungkin ada di antara anda yang pernah menonton filem yang akan saya kongsikan ini dan saya percaya anda sependapat dengan saya.
Jika anda tiada masa untuk menonton filem ini, cari lah sedikit masa dan hayati jalan ceritanya.
Filem yang dimaksudkan adalah filem 3 Idiots, lakonan Amir Khan :)
Selamat menonton dan selamat terinspirasi
(Video ini mempunyai multisub, klik pada Subtitle/CC dibawaha video dan pilih subtitle yang anda inginkan)
(Video ini mempunyai multisub, klik pada Subtitle/CC dibawaha video dan pilih subtitle yang anda inginkan)
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
HUH.. 2 JAM LEBIH FILEM NI.. NAK TENGOK SEKARANG WAKTU KERJA MEMANG TAKDAN LE..
ReplyDeleteHindustan.. Standard ler... Tapi serius cerita ni best.. Terinspirasi.. Tak caya tengok sendiri. Cari waktu terluang
DeleteHAHA.. ORANG PENANG MEMANG SUKA TENGOK HINDUSTAN..
Delete