Cara Matikan | Deactivate VoiceMail Atau Peti Simpanan Suara
Apa itu Voice Mail atau Peti Simpanan Suara?
Pernah tak anda ingin menghubungi seseorang, tetapi panggilan anda disambut oleh satu suara wanita yang sangat merdu mengatakan handphone orang yang ingin anda hubungi tidak dapat dapat dihubungi atau apabila panggilan anda tadi tidak dijawab oleh orang yang ingin anda hubungi tadi.
"Ini khidmat Peti Simpanan Suara. Sila tinggalkan pesanan anda selepas bunyi 'beep'"
Lebih kurang macam tu lah ayat dia....
Kalau talian yang terus memberikan notification tentang cas penggunaan panggilan, akan ada satu box yang keluar di screen handphone anda memberitahu cas yang dikenakan untuk servis Voice Mail tadi walaupun anda tidak meninggalkan mesej suara anda atau tak sampai satu saat anda terus matikan panggilan anda tadi.
Berapa cas yang dikenakan untuk servis Voice Mail tadi walaupun tak sampai satu saat Operator panggilan menjawab panggilan anda?
Apakah perasaan anda selepas melihat kredit anda 'ditelan' dengan cara itu terutama waktu kredit panggilan anda tengah 'nazak'? huhuhu...
Ikut langkah dibawah berpandukan talian yang anda gunakan.
(Cara ini mungkin berkesan, mungkin tidak)
Celcom ##002#
TuneTalk ##002#
Digi *128#
Maxis ##109#
(Anda juga boleh menghubungi Hotline talian masing masing untuk mematikan servis ini)
Satu perkara yang perlu anda tahu..
Dengan mematikan atau deactivate peti simpanan suara atau VoiceMail ini, ianya hanya akan memberi kesan kepada si pemanggil. Maksudnya, jika anda sudah mematikan Voice Mail di handphone anda tetapi handphone orang yang ingin anda hubungi tidak melakukan demikian, panggilan anda tetap akan disambut oleh servis VoiceMail ini jika penerima panggilan tidak menjawab atau handphone merek atidak dapat dihubungi.
Tak mahu kredit anda ditelan bulat-bulat?
Beritahu kepada rakan atau saudara yang sering anda hubungi yang sering membuatkan panggilan anda disambut oleh operator talian untuk mematikan servis VoiceMail mereka.
Applikasi Navigator Terbaik Untuk Android - Waze
Anda memiliki kenderaan? Pernah tak anda alami masalah untuk menuju ke satu-satu destinasi atau anda sesat dalam perjalanan kerana tidak tahu lokasi yang hendak dituju?
Perkara di atas mungkin pernah anda alami jika anda tidak mempunyai mana-mana sistem GPS Navigator (Global Positioning System) didalam kenderaan anda yang mana sistem GPS ini dapat membantu anda menunjukkan jalan yang perlu anda lalui untuk menuju ke satu-satu destinasi.
Hari ini terdapat banyak sistem GPS yang dijual dipasaran. Antara yang terkenal adalah Garmin.
Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai sistem GPS? Jika anda memiliki handphone Android, anda masih mampu memiliki sistem GPS dengan mendownload Navigator Application daripada Google Store atau Play Store.
Terdapat banyak Navigator Application yang anda boleh pilih disana samada yang berbayar atau yang percuma.
Didalam post ini saya ingin berkongsi dengan anda satu Navigator Application yang menarik untuk anda download. Applikasi yang dimaksudkan adalah WAZE.
Waze merupakan satu Navigation Application yang dibina yang menyerupai sistem GPS tetapi ianya berbentuk mobile application dan ianya adalah percuma.
Waze sama seperti navigator navigator yang lain dimana berfungsi untuk menunjukkan arah untuk sampai ke satu-satu lokasi. Bersifat Real Time, mempunyai bantuan arah pandu bersuara dan lain-lain.
Namun ada beberapa fungsi yang menjadikan applikasi WAZE menarik
Sistem Navigasi Yang Bersifat Sosial Dan Real-Time
Apa yang menarik dengan applikasi Waze ini adalah ianya bersifat sosial iaitu anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan-rakan FB anda yang lain yang turut menggunakan applikasi Waze.
Apa yang lebih menarik dengan applikasi Waze ini adalah anda boleh mengetahui keadaan lalu lintas yang sedang anda lalui atau yang akan anda lalui samada jalan tersebut lancar atau sesak. Ini kerana pengguna-pengguna Waze boleh update keadaan lalu lintas secara langsung dengan applikasi ini.
Selain dapat update keadaan lalu lintas, Waze juga mempunyai beberapa feature lain yang rasanya amat menarik bagi pengguna jalan raya dimana pengguna waze juga dapat mengetahui jika terdapat kemalangan, 'Tanda bahaya' seperti jalan dinaiki air atau banjir, berkomunikasi sesam pengguna waze, dapat mengetahui lokasi sekatan jalan raya oleh polis dan lain-lain.
Applikasi Waze ini juga dilihat sentiasa mengemas kini faktor geografi jalan dimana jika terdapat perubahan pada satu-satu jalan, ianya cepat diupdate.
Jadi sekiranya anda tidak mempunyai sistem GPS, anda boleh lah menggunakan applikasi Waze ini dengan mendownload kedalam handphone anda. Percuma.
Boikot Barangan Keluaran Israel
Sekarang ni meletus lagi bumi Palestin dengan bedilan-bedilan bom dan peluru daripada Puak Zionis. Banyak nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban daripada puak Laknatullah ni.
Sekarang ni juga seluruh negara membuat keputusan memboikot barang keluaran Israel ni sebagai tanda membantah tindakan ketidakperimanusiaan puak Zionis ni. Malaysia tidak terkecuali.
Hari ini Israel mula merasai tekanan hasil daripada aktiviti boikot yang dilakukan
Di Malaysia sendiri banyak juga kempen-kempen memboikot barang keluaran Israel dilakukan oleh rakyat Malaysia
Banyak sangat barang dari Israel kalau nak boikot. Nak senang tahu barang yang yang ingin dibeli tu dari mana, semak barcode dia, jika 729... itu dari Israel.
Tapi apa yang saya nak kongsikan disini adalah bagaimana cara kita memboikot barangan Israel ni.
Rasa semua orang tahu kalau McD adalah salah satu produk keluaran Israel. Dan dalam banyak banyak produk Israel, dilihat McD paling banyak mendapat kecaman daripada masyarakat sehinggakan dibuat 'HARI TANPA McD'
Bagus boikot barangan Israel ni, secara tak langsung ianya memberi kecaman kepada Israel ni.
Tapi yang tak sedap tu, janganlah terlalu extreme sangat. Cukup lah sekadar memboikot, tak perlu nak buat demo demo depan McD apa segala. Cara tu rasanya dah lari daripada niat. Nak boikot ke nak tunjuk perasaan?
Di atas jika tak silap adalah kejadian di McD Dungun, Terengganu.
Nak boikot barangan Israel sebab Israel membunuk rakyat Islam di Palestin, tetapi bagaimana pula jika pemilik McD tu adalah orang Islam yang mencari rezeki?
Gambar diatas apa motif? Nak tunjuk yang dia betul-betul nak boikot. Yang pergi makan nasi kerabu dalam McD tu apa motif? Bukankah ianya menunjukkan 'kebiadaban'. Di mana rasa hormat menghormati?
Jangan sampai 'extremist' tu menakluk diri sehingga keluar dari niat sebenar. Boikot bermaksud tidak menyokong satu satu perkara atau tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang melibatkan perkara yang diboikot.
Boikot lah secara aman.
Hanya dengan perkataan sudah memadai untuk menunjukkan anda sedang boikot.
"Say NO to ISRAEL PRODUCT"