Home » » Adik Harish Perlu RM9000

Adik Harish Perlu RM9000

Saluran Pernafasan Sempit. Adik Harish Perlu RM9000

Kos Mesin oksigen bantuan pernafasan
Adik Harish
Seorang kanak-kanak berusia 5 bulan, adik Harish Ar Rizqin anak kepada pasangan Hasril Abu Hassan, 35 dan Nor Fariza Daud, 29 memerlukan RM9000 untuk membeli mesin oksigen bantuan pernafasan disebabkan saluran pernafasan adik Harish sempit.

Tanpa mesin oksigen bantuan pernafasan, adik Harish sukar untuk bernafas. Difahamkan, adik Harish pernah melalui proses ujian membuka mesin oksigen untuk mellihat keupayaan adik Harish bernafas sendiri. Bagaimanapun, ujian tersebut mendapati tanpa mesin oksigen, adik Harish akan sering muntah dan mengalami kesukaran bernafas sehingga wajahnya bertukar kebiru-biruan.

Buat masa ini, adik Harish menggunakan mesin oksigen bantuan pernafasan milik hospital yang memerlukan adik Harish terlantar di katil hospital setiap hari. Difahamkan, untuk membeli mesin oksigen bantuan pernafasan yang khas untuk digunakan dirumah, ianya memakan kos sebanyak RM9000 iaitu Oxygen Concentrator Machine dan Suction Machine. Walaupun mesin bantuan pernafasan yang digunakan di hospital lebih murah, tetapi mesin tersebut kurang sesuai dan kurang selamat untuk digunakan di rumah.

Menurut ibu bapa Harish, mereka mengetahui masalah yang dihadapi Harish dimana jantung dan nadi adik Harish pernah berhenti berdenyut.

Selain mengalami saluran pernafasan sempit, adik Harish juga mengalami paru-paru berlendir dan berkahak yang menambahkan lagi kesukaran adik Harish untuk bernafas. Adik Harish juga didapati mengalami bengkak hati dan memerlukan pemerhatian rapi.

Menurut doktor, mata adik Harish juga mengalami masalah dimana matanya tidak memberi respons terhadap apa-apa pergerakan walaupun diagah dengan jari dihadapan matanya.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada adik Harish bolehlah menghubungi bapa adik Harish sendiri, Hasril Abu Hassan di talian 019-2079047.

Sumber : Sinar Harian

p/s : aku kekadang asma aku datang. batuk berkahak. Memang susah nafas weh!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. SEBENARNYA DIA BOLEH MENDAPAT BANTUAN DARI BADAN / AGENSI TERTENTU SEPERTI "PEMBELA BN". SEKADAR BERI PANDANGAN..

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment