Home » , , , » Berhenti Merokok

Berhenti Merokok

Rasa Macam Nak Berhenti Merokok

Panduan Berhenti Merokok

Boleh ke aku nak berhenti merokok??? Ops! Silap... Mampukah aku berhenti merokok??
2 3 hari ni aku rasa macam takut jer nak hisap rokok dan rasa nak berhenti. Tak tahu kenapa.
Mungkinkah sebab musim demam yang melanda menyebabkan aku kurang rasa nak merokok...??
Sebab kesihatan..... Aku ni ada sejarah asma, kadang-kadang dia datang terutama waktu nak tidur. Waktu tu aku terfikir...... Seksa juga bila sakit ni datang, kalau kejap-kejap sakitnya tak apa lah... kalau penyakit tu terus melekat kat aku macam mana? Kan kurang nikmat hidup...
Lelaki yang merokok nampak 'hebat'????? Tak merokok nampak 'smart'... Hebat ker smart?? :)

Aku merokok dari umur 19 tahun rasanya.... dan akhir-akhir ni agak kuat aku merokok :(
Puas la 'dia' nasihat sampai tak larat nasihat lagi dah....

Jenis-Jenis Perokok

Pada aku ada 2 golongan utama perokok
1. Perokok yang merokok kerana ketagihan
2. Perokok yang merokok kerana tabiat

Merokok sebab ketagihan ni memang dia akan mencari rokok bila dia rasa dia nak hisap rokok. Sanggup keluar ke kedai cari rokok walau jam 3 pagi! Merokok disebabkan ketagihan ni macam susah sikit nak berhenti. Berhenti kena perlahan-lahan tak boleh mendadak, silap-silap penyakit lain pula datang sebab badan dah sebati dan dah bergantung dengan bahan-bahan kimia dalam rokok tu (Teori aku la ni, nak sure gi la tanya doktor)
Perokok jenis ni kena ada sokongan dari orang lain. Kena paksa sikit untuk berhenti.

Merokok disebabkan tabiat pula lain. Tabiat ni pada aku lebih bahaya daripada ketagih.
Tabiat ni akan membuatkan seseorang tu tetap nak merokok walaupun dia rasa dia dah tak sanggup lagi nak merokok kadang sampai nak muntah. Tabiat ni akan datang bila
Buat satu satu kerja yang memerlukan banyak berfikir. Konon-konon asap rokok tu bagi ilham kot.
Bosan tak tahu nak buat apa atau sedang menunggu, contoh sedang memancing.
Berborak dengan kawan-kawan yang sama-sama merokok. Orang lain merokok, dia tak merokok dia akan rasa dia macam alien :D
Perokok jenis ni dia akan berhenti secara sendiri, bila dia bosan dia akan berhenti, nasihat-nasihat orang lain susah nak lut.
(Aku dari golongan ni)

Panduan Berhenti Merokok

Kepada yang dah pernah nak berhenti merokok tapi gagal sebaliknya bertambah kuat korang merokok. Dah berabis duit beli ubat tu ubat ni tapi tak ada perubahan, bolehlah cuba Panduan Berhenti Merokok daripada Shuth Network.

Sekarang ni aku cuba kurangkan rokok dan harap-harap dapat berhenti.
Hidup sihat tanpa dadah. Ewah...

-------------------------------------------------------------

p/s : Entry ni dari pendapat aku sahaja. Kalau ada percanggahan pendapat tu jangan la minta aku berdebat yer. Hehe

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

1 comments:

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment