Home » , , » Waspada Ajaran Sesat 'Ahmad 100'

Waspada Ajaran Sesat 'Ahmad 100'

Tak Perlu Solat 5 Waktu Cukup Sekadar Niat | Ajaran Sesat 'Ahmad 100'



Tidak perlu melakukan solat 5 waktu, cukup sekadar niat. Itulah antara ajaran sesat yang diajarkan oleh kumpulan ajaran sesat yang dikenali 'Ahmad 100'.
Selain itu, untuk menyertai kumpulan ajaran sesat 'Ahmad 100' tersebut, lelaki yang telah berkahwin diminta untuk menyerahkan isteri mereka untuk tidur semalaman bersama pengasas kumpulan ajaran sesat tersebut. Sekiranya didapati si isteri dapat memuaskan nafsu pengasas kumpulan 'Ahmad 100' itu, lelaki tersebut diterima sebagai pengikut yang seterusnya tidak perlu melakukan solat 5 waktu, cukup sekadar niat.
Kumpulan ajaran sesat 'Ahmad 100' itu kini dipercayai bergerak aktif di Daerah Ledang, Selangor dan sedang merebak ke negeri Melaka.
Umat islam dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat kumpulan 'Ahmad 100' yang dimaksudkan.

--------------------------------------------

Terang-terang sesat!!!! Tak perlu dirikan solat cukup sekadar niat. Kena serah isteri lagi kot atas untuk tidur bersama pengasas kumpulan ajaran sesat 'Ahmad 100' untuk diterima sebagai pengikut. Itu pun jika si isteri dapat memuaskan pengasas kumpulan tersebut. Ni kalau aku jumpa ni mau aku tembak dengan senapang gajah 100 das sekor-sekor!! Sapa yang ikut ajaran ni sah-sah bingai...

Abu : Ali... Dah masuk waktu zuhur. moh ler kiter solat dulu.
Abu : Tak per, aku dah solat dah.
Ali : Bila masanya ko solat?
Ali : Aku special! Niat jer dah cukup.... Eh jemputlah makan cucur tu.
Abu : Aku dah makan la tadi.
Ali : Bila masanya ko makan?
Abu : Aku pun special!! Niat dah cukup buat aku kenyang!!

Bangang!!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. SEMOGA IA TIDAK MEREBAK DENGAN LEBIH HEBAT.. TAK PAHAM LA KENAPA ORANG BOLEH TERIKUT DENGAN AJARAN YANG TERANG LAGI NYATA TELAH SESAT..?

    ReplyDelete
  2. Aper perkembangan kes ni skang

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment