Punca Orang Malu Untuk Buat Kebaikan
Malu kenapa pula nak buat baik pun...???
Pertama baca dulu jalan cerita dibawah...
*************************************************
Kejadian berlaku dua hari yang lepas, kebetulan masa tu saya nak singgah Aeon Big Batu Pahat nak beli barang-barang nak buat sup buah iaitu menu terbaru NLAD dekat kawan serumah yang lama. Saya ke Johor sebab saya ada program anjuran UTHM selama 4 hari.
.
Mungkin ni takdir Allah temukan saya dengan seorang makcik yang dah sangat berusia. Kalau orang tengok dari gambar bawah, orang akan cakap makcik ni jijik. Bagi saya, hati dia sangat mulia. Kenapa saya cakap macam tu? Kejap lagi saya cerita.
.
Masa tu saya tengah pilih buah-buahan dan pada masa yang sama mata saya macam terpandang sesuatu yang buat hati saya tersentuh sebagai seorang anak. Saya pun terus pergi dekat dengan makcik tersebut yang sedang teragak agak nak pilih barang keperluannya kat situ. Biasa la barang dah mahal sekarang ni. Dan saya pun terus hulurkan sedikit wang ringgit kepadanya.
Apa yang buat hati saya tersentuh?
Masa saya hulur wang ringgit kepada makcik tu, makcik tu memang taknak ambil dan saya paksa makcik tu ambil. Akhirnya dia ambil dan saya nampak dari riak wajah dia yang dia bersyukur sangat.
.
Selang beberapa minit lepas tu, dia datang ke arah saya dan dia hulurkan sedikit asam yang dia jual kat luar dekat saya. Dia cakap "ambil la asam ni, nanti boleh buat makan-makan". Banyak kali saya tolak dan saya suruh dia jual asam tu kat luar untuk cari pendapatan dia. Saya cakap kat makcik tu saya ikhlas bantu.
.
Saya nampak makcik tu dari awal lagi yang dia memang tak suka nyusah orang sebab dia cari pendapatan atas usaha dia bukan saja-saja dia minta sedekah. Saya suka cara makcik tu dan hati dia yang suci.
.
Kemudian saya pun kembali pilih barang keperluan saya. Dan pada masa yang sama mata saya masih tak terlepas pandang makcik tu. Dari pemerhatian saya, ramai yang pandang jijik dekat makcik tu. Allahu.. dia pun seorang manusia yang perlukan perhatian. Saya tengok makcik tu berulang kali tengok harga makanan dan banyak kali dia letak balik makanan tu kat tempat asal disebabkan harga.
.
Saya pun cepat cepat pilih barang dan pergi dekat makcik tu lagi sekali. Saya suruh dia letak barang-barang yang dia pilih kat dalam troli saya. Dia macam biasa la akan tolak pelawaan saya sebab dia taknak nyusah saya. Saya cakap takpa saya boleh bantu selagi saya mampu untuk hulurkan bantuan.
.
Makcik tu pun teragak agak nak letak barang dia dalam troli saya. Dah siap bayar semua, saya pun jalan sebelah makcik tu sambil borak. Memang ramai yang memerhati. Masa borak tu saya ada tertanya makcik tu "makcik melayu ke cina?". Dan dia jawab "I islam". Saya tanya sebab cara dia cakap macam cina. So saya rasa makcik ni seorang chinese muslim.
.
Saya pun terus borak sampai la kat pintu luar Aeon Big Batu Pahat. Kalau ikutkan hati saya nak hantar makcik tu balik rumah dia tapi dia bagi alasan dia tengah tunggu kawan dia yang entah pergi mana. Saya cakap kat makcik tu lama lagi ke sebab masa tu saya tengah kejar masa dan ada urusan lain yang saya kena selesaikan pula. Makcik tu cakap lama.
.
Saya tak pasti samaada dia sengaja taknak tunjuk rumah dia sebab dia taknak nyusah saya atau dia sendiri takda rumah untuk menetap dan takda kawan pun. Allahu tak sampai hati saya tengok keadaan dia. Kepada sesiapa jumpa makcik ni kat kawasan Batu Pahat, saya merayu hulur la bantuan kepada dia walaupun sedikit. InsyaAllah dengan sedikit bantuan dari kita akan mampu ringankan beban dia.
.
Masa saya nak balik, dia hulurkan saya sesuatu dalam bungkusan kertas dan kertas tu pula dalam bungkusan plastik yang dilipat kemas. Saya dapat agak tu la barang yang dia akan buat jual hari hari untuk dijadikan pendapatan makcik tu selain asam yang dia bagi tadi.
.
Sama-sama kita doa makcik tu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin..
p/s: Saya cerita bukan maksud saya riak atas bantuan saya tapi saya nak sama-sama kita bantu orang yang memerlukan. Yang selebihnya Allah yang turunkan rezeki.
Cerita ini ditulis oleh Gadis Nasi Lemak Anak Dara
********************************************
Pada mulanya admin baca post ni, admin terdetik bagus perempuan ni... Susah nak jumpa orang macam gadis ni kan walaupun kat tempat admin selalu makan tengah hari, ada seorang orang gila ni, orang ramai selalu bagi dia duit, kedai makanan tu pula selalu bagi dia makanan kat orang gila tu... Setiap hari disitulah orang gila tu ke hulu ke hilir. JAngan terkejut kalau dia hisap rokok Dunhill, tak taulah rokok tu orang bagi atau dia beli, kadang tengok dia kutip puntung rokok yang orang buang..
Berbalik pada cerita di atas, lepas admin habis baca cerita dia yang admin terjumpa dari blog orang lain, admin klik la sumber asal cerita tu iaitu pemilik cerita di atas yang waktu tu admin tak tau pun dia ni Gadis Nasi Lemak Anak Dara. Sampaila ke penghujung jalan cerita, ada tag macam di bawah...
Aik... Apasal ada tag #nasilemakanakdara pula??
Tak per lah, mungkin dia nak bagitau dia gadis penjual nasi lemak anak dara yang viral hari tu...
Baca kat komen pula....
Laaaaa.... ada juga yang tak senang dengan tindakan perempuan niii yang mengatakan dia riak...
Biarlah dia nak riak ke.. dia nak buat marketing nasi lemak dia ke..?? Itu urusan dia der.. Niat dia dia yang tau sudah....
Kalau dia riak pun tak ada menyakitkan hati orang lain walaupun part marketing tu macam ada sikit.. Biar jelahh... ini ada pula siap kutuk itu kutuk ini kat dia.. adoiii..
Buat baik salah buat tak baik lagi la salah....
Lepas ni kalau admin nak sedekah tak nak sedekah dekat public, takut orang kata riak pula... Kan.. huhu..
Mungkin ini punca orang kita malu nak buat kebaikan... Nak buat tapi takut dituduh kata riak sebab bagi di khalayak ramai.. Oh oh oh....
Jangan kata admin nak back up perempuan si penjual nasi lemak anak dara ni pula.. Kenal pun idok, nama pun tak tahu.. nasi lemak dia pun tak tau macam mana rasa.. huhuhuhu....
Cara Pendekkan Tempoh Pembayaran Hutang Pinjaman Kereta
Kereta oh kereta.... Kereta ni antara 'permainan' kaum lelaki la terutama yang muda mudi walau tak semua... Perempuan pun ada juga yang meminati dunia kereta ni.
Selain kereta yang sekarang ni dah macam keperluan (Keperluan ke), tapi kalau seseorang tu tak ada kereta terutama yang geng geng muda ni dia rasa macam dia ketinggalan sikit dengan kawan kawan lain yang dah ada kereta..
Apalagi pengaruh pengaruh dari filem barat macam "The Fast and the Furious" juga dari majalah majalah automotif. Belum ada kereta pun dah berangan untuk memiliki kereta ubahsuai sana ubahsuai sini... Yang dah ada kereta pula, dari kereta proton boleh dibuatnya jadi Mitsubishi... Haa... begitulah kuatnya pengaruh dunia automotif ni terutama anak anak muda yang meminati dunia automotif ni...
Disebabkan rasa minat yang teramat terhadap dunia automotif ni dari zaman sekolah, ditambah pengaruh pengaruh media media eletronik dan media media cetak jadi ramai lah anak anak muda yang baru saja tamat belajar, dapat kerja, terus rembat kereta idaman.... DISINILAH BERMULANYA MASALAH KEWANGAN SEHINGGA RAMAI DI ANTARA KITA TIDAK DAPAT MEMBUAT SIMPANAN.
Perlu diingat bahawa apabila membeli kereta dengan membuat pinjaman bank, bermakna anda sudah terikat dengan hutang yang wajib dibayar setiap bulan. Yang bijak sikit, mungkin mereka akan congak dahulu adakah gaji yang mereka terima mampu untuk membayar pinjaman kereta tersebut. Yang kurang bijak.. Gaji RM2000, ansurans bulanan pinjaman kereta sampai RM1500 sebulan.
Dah dapat kereta, Kereta terperuk kat parking, tuan kereta makan meggi hujung bulan... Padan muka.
Jadi macam mana cara supaya boleh memiliki kereta tanpa terlalu terbeban dengan pembayaran balik pinjaman hutang kereta a.k.a hutang bank sekaligus memendekkan tempoh pinjaman hutang.
SABAR SEKEJAP + MANAGE DUIT
Tips Memendekkan Tempoh Hutang Kereta
Ini adalah pelan ataupun idea jika korang dah teringin sangat nak pakai kereta.
Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.
1. Korang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja korang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.
2. Katakan korang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau korang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.
3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen korang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta korang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la korang cari ye.
4. Jika ansuran bulanan kereta korang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh korang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.
5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.
6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150
7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.
Itu sebab korang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.
Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.
Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji korang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya korang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?
Kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.
Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika korang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.
Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!
Beli hartanah dahulu dan korang mampu beli kereta. Tapi korang beli kereta dahulu belum tentu korang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.
Kalau korang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian korang masa zaman muda.
Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke korang. Korang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.
Kalau korang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun korang dapat besi buruk jeeee. Kah!
Tips Menukar Dan Membeli Tayar Kenderaan |
Jangan Sampai Tertipu
Jika korang ada kereta, tentu korang tau apa itu tayar. Kalau tak tau tak tau la nak cakap, huhu.
Tayar bila kempis, pam.. kan... Kalau bunga tayar dah haus atau botak, kena tukar apalagi kalau dah nampak dawai dalam.
Tapi tak semua pemilik kenderaan tau tentang tayar, termasuklah aku sendiri sebenarnya... Tau pakai beli sahaja tak kira tayar second hand ker, tayar korek ke, tayar baru ke... Asal bunga tayar nampak masih tebal, dah kira ok...
Untuk mengetahui tayar yang anda beli itu masih bagus atau tidak memang lah sekilas pandang dari bunga tayar itu. Tetapi yang perlu diberi perhatian adalah serial number tayar itu yang menceritakan tentang keadaan tayar itu. Ini yang ramai orang tak tau.. Dan tau tak tayar ada tempoh expired?
Jom belajar cara nak mengenali tayar kenderaan anda supaya tidak mudah ditipu oleh tokey tokey kedai tayar dan membahayakan nyawa sendiri sewaktu memandu.
Perasan tak dekat tayar anda ada kod macam dibawah ni
205/65/R1594H
Apa maksud kod atau serial number ni?
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
Lihat Abjad yang last;
H = Maksimum Had Kelajuan 210km/jam
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Jika ada punca kemalangan yang dikatakan berpunca daripada tayar pecah.. atau hilang kawalan, ini kerana pemandu kurang arif tentang tayar yang digunakan dan memandu lebih dari had kemampuan tayar itu bertahan. Semakin tinggi had kelajuan yang boleh diterima oleh tayar, bermakna tayar itu lebih tahan terhadap suhu.Tak percaya, lepas anda memnadu, cuba pegang tayar kenderaan anda yang menyentuh jalan, panas ke sejuk.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka .Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Lepas ni dah tahu macam mana nak tengok tayar tu masih bagus atau tak?