Indonesian Idol Junior | Adik Rizal
Indonesian Idol Junior salah satu rancangan realiti yang mencari bakat bakat dari anak anak kecil di Indonesia.
Di Malaysia ada juga rancangan realiti yang mencari bakat bakat kecil seperti Indonesian Idol Junior ini yang khusus untuk anak-anak kecil tetapi mungkin nama rancangan nya lain. Tak pasti sebab jarang menonton.
Bila Google, tak jumpa pula Malaysian Idol Junior.
Ada apa dengan Indonesian Idol Junior? Siapa pula Adik Rizal?
Adik Rizal ini adalah salah seorang peserta didalam rancangan ini.
Apa yang istimewanya adik Rizal ni?
Anda tonton lah sendiri..
Cuma apa yang boleh saya katakan, walaupun anda tidak menangis, anda tentu akan merasa sebak mendengarkan kisah adik Rizal ini yang menyentuh perasaan dan ianya sangatmemberi inspirasi.
Saya sendiri walaupun menonton video persembahan adik Rizal dalam Indonesian Idol Junior ini berulang kali, rasa sebak tu tetap ada..... Terutama waktu dia menyanyikan lagu yang kedua.
Program I Want To Touch a Dog Menghina Islam
Kecoh dan viral baru baru ni isu pasal satu program yang dikatakan menghina dan mencemarkan nama Islam iaitu Program "I Want To Touch a Dog"
Mana tidaknya, menerusi program tersebut, ramai orang islam, baik lelaki, perempuan tua muda dilihat tersangat excited dan gembira sebab dapat memegang dan membelai anjing yang jelas dalam Islam anjing adalah binatang yang haram untuk dipegang atau disentuh.
Sangat pelik. program tersebut mendapat sambutan ramai dan kebanyakannya daripada orang Islam dan tanpa segan silu mereka memuat naik gambar mereka berpelukan dengan anjing-anjing di Facebook dengan wajah penuh kegembiraan.
Daripada banner di atas, penganjur program ini adalah seorang lelaki berbangsa melayu Islam bernama Syed Azmi. Dan di dalam program tersebut turut diundang seorang Ustaz iaitu Ustaz Mohd Iqbal Parjin atau nama gelarannya Ustaz Abu Zulfaqar didalam program tersebut.
USTAZ TURUT TERLIBAT didalam program "I Want To Touch a Dog"?
Maksudnya selama ni kita orang Islam memang boleh pegang anjing la ye dan tak menjadi satu kesalahan?
Ye la, dah ada Ustaz dalam program tu, secara automatik, Ustaz tersebut tidak menghalang perbuatan menyentuh anjing anjing ni...
Ternyata, program ni telah menimbulkan fitnah terhadap Ustaz Abu Zulfaqar dan beliau sendiri tidak menyangka program tersebut boleh terlanjur sehingga membolehkan orang ramai terutama orang Islam memegang anjing sesuka hati didalam program tersebut.
Ustaz tersebut hadir didalam program ini kerana beranggapan ianya satu program ilmu untuk mendedahkan lagi orang Islam tentang peranan anjing serta batas pemeliharaan anjing dalam kehidupan orang Islam.
Penjelasan Ustaz Abu Zulfaqar Berkenaan Program "I Want To Touch a Dog"
Dibawah adalah penjelasan Ustaz Abu Zulfaqar mengenai tujuan beliau turut serta didalam Program tersebut
Post by Abu Zulfaqar.
"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk anjing, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta peserta program"
"Saya juga jelas menerangkan tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu"
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebut oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku.
Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehidari apa yang telah berlaku.
Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah.
Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku liku perjuangan dakwah
Admin
6:14 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaPuting Beliung Melanda Pendang, Kedah
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang.
Puting beliung yang berkelajuan 80km/j dan setinggi banggunan 4 tingkat itu jelas kelihatan dari tol Pendang, Lebuh Raya Utara Selatan dari Alor Setar menuju Pendang
Akibat daripada kejadian tersebut, beberapa rumah sekitar Kota Sarang Semut mengalami kerosakan teruk tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Gambar Dan Video Kejadian Puting Beliung Di Pendang, Kedah
Kupasan Intipati Pembentangan Bajet 2015
Seperti sedia maklum, Perdana Menteri telah pun membuat Pembentangan Bajet untuk tahun 2015 pada 10 Oktober 2014. Tema Bajet 2015 kali ini adalah 'Ekonomi Keperluan Rakyat'
Bajet 2015 kali ini merangkumi 7 strategi utama iaitu :
1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantapkan Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabatkan Peranan Wanita
6. Membangunkan Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat
-------------------------------------------------------------
Dibawah adalah antara isi utama pembentangan Bajet 2015 yang melibatkan kewangan rakyat Malaysia
1. Peruntukan belanjawan untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM273.9 Bilion. Peningkatan sebanyak RM9.8 Bilion berbanding peruntukan asal 2014
2. Petrol, Diesel dan LPG dikecualikan daripada GST
3. Kelayakan cukai pendapatan dinaikkan daripada RM4000 kepada RM6000
4. Rebat bayaran balik PTPTN sebanyak 10% untuk ansurans dan 20% untuk bayaran penuh diteruskan
5. Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah bermula Januari 2015
6. Program Baucer Buku 1Malaysia sebanyak RM250
7. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 kebawah akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dan dibayar berperingkat sebanyak 3 kali iaitu
Peringkat 1 RM300 pada Januari 2015
Peringkat 2 RM300 pada Mei 2015
Peringkat 3 RM350 pada September 2015
8. Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk isi rumah berpendapatan antara RM3000-RM4000 pula dinaikkan daripada RM450 kepada RM750. Juga dibayar sebanyak 3 peringkat
Peringkat 1 RM200 pada Januari 2015
Peringkat 2 RM200 pada Mei 2015
Peringkat 3 RM350 pada September 2015
9. Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2000 pula akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM350, iaitu dinaikkan sebanyak RM50 berbanding RM300 pada tahun sebelumnya
10. Kakitangan awam akan menerima Bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 manakala bagi pesara kerajaan akan menerima RM250 dan dibayar pada Januari 2015
Google Street View Bahaya
Anda pernah dengar Google Street View? Tentu pernah bukan? Google Street View adalah versi terkini yang diupdate oleh Google untuk Google Maps mereka yang mana sebelum ini paparan peta dunia hanya dapat dilihat melalui grafik 'Maps' atau 'Satelit'. Tetapi kini dengan Google Street View, satu-satu lokasi itu dapat dilihat secara terus melalui komputer anda seperti anda berada di lokasi tersebut.
Google Street View dihasilkan adalah bertujuan untuk memudahkan para pelancong untuk mencari
kawasan-kawasan pelancongan yang menarik untuk mereka lawati dengan lebih dekat dan mudah. Hanya memasukkan nama lokasi yang ingin dilawati dan mereka sudah boleh mengetahui bagaimana keadaan atau kecantikan lokasi yang akan mereka lawati kelak juga keadaan sekitarnya.
Malah, jika satu-satu alamat yang lengkap dimasukkan seperti alamat rumah anda, maka Google akan memaparkan gambar rumah anda sehingga gambar pintu rumah juga dapat dilihat (Jika gambar dapat dipapar)
Tak percaya, cuba anda masukkan alamat lengkap rumah anda di laman Google Street View di bawah
http://www.instantstreetview.com/
Gembira gambar rumah anda terpapar di laman web Google? Terasa famous? Jangan terlalu gembira, kemudahan Google Street View ini mungkin mendedahkan anda kepada bahaya. Tak penting dan tidak perlu pun untuk memaparkan keadaan halaman rumah anda walaupun ada pelancong yang ingin melawat rumah anda :P
Mengapa bahaya? Bagaimana jika kemudahan ini disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat yang tidak baik seperti kecurian. Dengan hanya mendapatkan alamat lengkap rumah anda, mereka sudah dapat melihat keadaan sekitar rumah anda seperti kenderaan yang diguna, tahap keselamatan rumah anda samada mempunyai pengawal keselamatan atau sebaliknya.
Malang tidak berbau. Ingat tu. Keadaan ini sama seperti bilik tidur atau bilik air anda dipasang CCTV
Cara Hapus Atau Padam Gambar Atau Alamat Rumah Di Google Street View
Sebagai langkah keselamatan, sebaiknya hapus gambar rumah anda.
Ikut langkah dibawah untuk menghapus gambar rumah anda di Google Street View
1. Pergi ke laman Google Street View atau Google Maps.
2. Masukkan alamat lengkap rumah anda
3. Switch paparan imej pada 'Street View'
4. Pada bahagian paling bawah kanan, klik 'Report a Problem'
5. Pada bahagian 'Request Bluring', pilih mana-mana option yang ingin di kaburkan imej.
(Masukkan maklumat tambahan yang diminta)
6. Seterusnya masukkan alamat anda.
7. Masukkan Cpatcha jika ada atau klik 'I'm Not a Robot'
8. Submit
Tunggu pihak Google review report tersebut untuk mereka kaburkan gambar rumah anda.
Admin
1:47 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia