Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia
Pelakon veteran Sidek Hussain, 63 tahun meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 11.55 malam tadi (27 April 2014)
Sidek Hussain dimasukkan ke hospital pada 30 Mac lalu apabila pengsan di ibu kota sewaktu membeli barang untuk cucunya.
Hasil pemeriksaan doktor, kematian Allahyarham berpunca daripada ketumbuhan di pipi arwah yang hanya dikenalpasti sebagai kanser oleh doktor pada bulan April.
Ketumbuhan di pipi arwah Sadek Hussain mencapai berat 2 kilogram dan mula tumbuh sejak berusia 20-an.
Pada Jun 2013, Arwah sempat mengerjakan ibadah Umrah.
-------------------------------------------------------------
Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah kepada keluarga arwah.
p/s : Agak kagum dengan arwah sebab walaupun mengalami bengkak di muka (tak tahu bengkak tu kanser) tetap hebat berlakon.
Admin
9:19 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaKisah Di Sebalik Kubur Jenazah Perempuan Bercahaya Di Taiping
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agak kecoh sedikit baru-baru ni kes kubur seorang jenazah perempuan mengeluarkan cahaya di Changkat Jering, Taiping, Perak. (Dekat je dekat tempat aku)
Dari sumber-sumber yang tidak rasmi, jenazah adalah seorang ibu tunggal berusia 35 tahun bernama Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin). Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat kanser payu dara yang dihidapi.
Susulan daripada kejadian kubur Allahyarham yang dikatakan mengeluarkan cahaya, ada yang mengatakan Allahyarham sepanjang hayatnya sering berzikir sehinggakan 4 jam terakhir sebelum meninggal, arwah tidak berhenti berzikir menyebut Laila Haillallah sehingga beliau meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 20 April 2014 jam 8.52 pagi.
--------------------------------------------------------
Respon Mufti Perak Mengenai Kejadian Kubur Jenazah Perempuan Mengeluarkan Cahaya Sewaktu Dikebumikan
Banyak media yang membuat artikel mengenai kejadian kubur mengeluarkan cahaya ini, tetapi apa kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani mengenai kejadian.Menurut Tan Sri Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
-------------------------------------------------------------
Kisah Kubur Bercahaya Di Changkat Jering, Taiping Hanya Rekaan semata-Mata?
Ada bukti sahih??? Tak ada.....Ada laporan mengenai kejadian kubur jenazah mengeluarkan cahaya??? Tak ada....
Rasa-rasa betul ke cerita ni?????
Baca screenshot dibawah
-----------------------------------------------------------------
Aku petik kata-kata Tan Sri Harussani mengenai kejadian ni.
Kalau betul kubur arwah mengeluarkan cahaya, ianya petanda baik kepada arwah atas amalan yang dilakukan sewaktu hidup.....
Tapi kalau benda ni rekaan semata-mata.... photoshop editing, si tukang edit kena bagi pengajaran sikit.... Tak sepatutnya benda macam ni dibuat main.
Apa komen anda???
Servis Meningkatkan Like Fan Page
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda semua pasti tahu apa itu Fan Page atau Facebook Fan Page bukan?
Fan Page adalah salah satu 'feature' yang terdapat di dalam laman Facebook yang mana Fan Page ini dapat digunakan untuk menonjolkan komuniti-komuniti tertentu tidak kira untuk perniagaan, hiburan, persatuan-persatuan, kelab atau apa sahaja.
Dengan Fan Page, selain memudahkan info atau maklumat disampaikan kepada peminat-peminat atau likers, ianya juga dapat membantu meningkatkan kreadibiliti atau kepercayaan satu-satu komuniti atau individu yang terlibat. Didalam page ber'nichie' produk misalnya, jumlah like mungkin dapat mempengaruhi seseorang atau pelanggan untuk mendapatkan produk yang dipasarkan selain mudah untuk team Fan Page tersebut membuat pemasaran melalui Fan Page mereka.
Mudah kata, Fan Page boleh diibaratkan sebagai sebuah kedai. Jika satu-satu kedai itu mempunyai ramai pelanggan dan ramai pelanggan yang mendapatkan produk daripada kedai tersebut, apakah persepssi pertama yang terlintas difikiran kita? Semestinya produk yang di pasarkan adalah sesuatu yang bagus. Jika tak kena gaya, kita yang tidak terniat untuk membeli, boleh terbeli produk tersebut. Lihat bagaimana kepercayaan orang lain, mampu mempengaruhi kepercayaan dan keputusan kita. Begitu juga dengan Fan Page.
Jadi jika anda mempunyai Fan Page, terutama Fan Page yang ber'nichie' perniagaan atau produk. Bilangan peminat di Fan Page adalah penting kerena peminat tadi berpotensi bertukar menjadi pelanggan.
Anda nampak kepertingan Fan Page.
Tujuan entry ini dihasilkan kerana baru-baru ini saya ada mendapatkan servis meningkatkan bilangan like dari salah seorang rakan Facebook yang ada menawarkan servis meningkatkan bilangan like page.
Keputusan yang saya dapat amat mengujakan kerana bilangan like untuk page saya mencanak naik hanya dalam masa 1 hari..... Yang lebih menarik, like datang daripada Malaysia, tidak seperti sesetangah servis yang mana like dari entah mana-mana negara.
Jadi kepada anda yang ingin meningkatkan like di Fan Page, saya mengesyorkan anda mendapatkan servis daripada saudara Azlan IMer
Gerenti puas hati!!!
Pakar Motivasi Prof Izzi Hj Ali Dituduh Cabul Pelajar UiTM
Agak kecoh baru-baru ni kes pasal seorang pakar motivasi iaitu Prof Madya Md. Hj. Izzudin Hj. Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi. mencabul seorang pelajar perempuan di UiTM.
Dibawah adalah screenshot laporan polis yang telah dibuat oleh pelajar tersebut atas tuduhan dicabul oleh Prof Izzi Hj Ali
Agak menghairankan dan seperti tidak masuk akal seorang pakar motivasi seperti Prof Izzi yang terkenal dengan tag line 'Renung-renungkan Dan Selamat Beramal....' sanggup melakukan perkara tersebut. Tetapi jika hendak dikatakan fitnah, bagaimana pula pelajar tersebut berani membuat laporan polis???
Yang menguatkan lagi tuduhan ni, selain pelajar tersebut, ada lagi beberapa orang yang mendakwa turut mengakui perbuatan prof Izzi ni..
(Klik untuk gambar yang lebih jelas) |
Berikutan daripada pertuduhan tersebut, Prof Izzi yang hanya diam tidak memberi respon akhirnya mengeluarkan dua status di FB beliau mengenai pertuduhan yang dilemparkan...
Daripada sumber lain, difahamkan bahawa pertuduhan ini telah mengganggu kerjaya beliau dan memohon untuk merehatkan diri buat seketika daripada tugas.
Setakat ini siasatan masih dijalankan berhubung pertuduhan pelajar UiTM terbabit yang mendakwa dicabul oleh Prof Izzi Hj Ali.
-------------------------------------------------------------------------
Adoi.. Macam tak percaya jer Prof ni buat kerja macam tu.... Nak kata fitnah ada pula laporan polis.. Tunggu jer lah sisatan selesai dibuat.