Maeklong Market | Pasar Paling Bahaya Di Dunia
Maeklong Market, pasar paling bahaya didunia. Kenapa Maeklong Market dilabel sebagai pasar paling bahaya di dunia? Ini kerana pasar Maeklong yang menjual berbagai buah-buahan, rempah dan makanan eksotik ini terletak betul-betul di laluan rail keretapi di Samut Songkram, 60km dari barat bangkok, Thailand
Gambar pasar Maeklong di Samut Songkram sewaktu dilintasi keretapi
Siren akan dibunyikan sebelum keretapi melalui kawasan pasar Maeklong dengan kelajuan 20km/j dan peniaga akan segera mengenepikan barang jualan mereka bagi mengelakkan dilanggar keretapi.
Keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Gambar Pasar Maeklong sebelum dan selepas dilalui keretapi
Video keadaan di Pasar Maeklong, Samut Songkram
Petua Memikat Wanita
Cemburu melihat rakan-rakan seusia anda yang kesemuanya sudah memiliki teman wanita? Malu setiap kali keluar bersama rakan hanya anda seorang tiada teman wanita? Atau risau memikirkan umur yang kian lanjut tetapi masih belum mempunyai teman wanita?
Jaga Penampilan Diri
Penampilan bukan bermaksud rupa paras semata-mata. Ia lebih kepada bagaimana anda mengeksperikan diri anda terutama dari segi pakaian. Wanita tidak suka kepada lelaki yang kelihatan selekeh. Sebaiknya pakailah pakaian yang kemas dan bersih. Janganlah pakai Singlet, seluar pendek macam apek jual ikan, pakai selipar. Memang tak dapat lah.
Jadi Diri Sendiri
Ya. Jadi diri sendiri, jangan jadi orang lain semata-mata untuk memikat gadis yang anda inginkan. Jadilah natural. Maksudnya disini, jika anda seorang yang pendiam, janganlah nak cuba-cuba jadi seorang yang banyak mulut atau sebaliknya dihadapan dia. Biarkan dia terpikat kepada anda kerana siapa diri anda sebenarnya.
Pandai Berkomunikasi
Komunikasi adalah salah satu faktor penting didalam memikat seterusnya menjaga hubungan tersebut. Wanita sukakan lelaki yang bijak berkata-kata (bukan bijak berkata buaya darat), yang sentiasa tenang dan arif didalam banyak perkara. Untuk permulaan, mulakan lah berbicara mengenai perkara yang umum samada mengenai diri anda mahupun diri si dia.
RAHSIA ILMU PENGASIH
RAHSIA ILMU PENGASIH
Bersifat Prihatin Dan Ambil Berat
Wanita mempunyai hati yang lembut. Jadi, mereka akan mudah cair pada lelaki yang prihatin dan mengambil berat akan diri mereka. Contohnya sekiranya mereka didalam masalah, cuba untuk anda bantu masalah yang si dia hadapi, atau sekiranya dia sakit, temankan dia berjumpa doktor atau bantu dia belikan ubat. Tetapi jangan anda tersilap, prihatin atau ambil berat bukan bermaksud mengonkong
Jangan La Berkira Sangat
Berkira disini bermaksud janganlah terlalu kedekut dengan si dia sehinggakan makan bersama untuk kali pertama, sendiri makan sendiri bayar. Memang fail lah! Dalam hal-hal yang ringan, kelauarkan lah wang anda untuk si dia. Tetapi jika anda merasakan wanita yang ingin anda pikat itu 'Pisau Cukur'.... Nak yang itu, nak yang ini.. Nasihat saya.. cari yang lain sahaja lah :)
Admin
2:28 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaSeniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia
Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang Seniwati Veteran, Umi Kalthum.
Allahyarham Umi Kalthum disahkan meninggal di kediamannya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati jam 4 pagi tadi (24 Julai 2013)
Jenazah dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang sebelum zuhur.
Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahaudin pernah terkenal menerusi filem Bawang Putih Bawang Merah (1959)
Sewaktu zaman kegemilangannya, Umi Kalthum pernah dinobat sebagai 'Wanita Melayu Paling Jelita' di Asia oleh sebuah majalah antarabangsa Australia
Umi Kalthum merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada penyanyi Anita Sarawak.
Menurut Noor Kulamasari, mereka hanya menyedari pemergian ibu mereka setelah kakak sulungnya ingin mengejutkan ibu mereka untuk bersahur jam 4 pagi.
Menurut Noor Kumalasari lagi, ibu mereka tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan Umi Kalthum masih cergas walau usianya sudah mencecah 81 tahun
Sumber Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia : Sinar Harian 24 Julai 2013
------------------------------------------------------------
Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah
Admin
11:54 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAinan Tasneem Kemalangan Di Lebuhraya NPE
Penyanyi lagu 'Aku Suka Dia', Ainan Tasneem mengalami kemalangan sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) pada 21 Julai 2013 (rabu) sekitar jam 2.30 petang.
Merujuk Facebook Penyanyi Ainan Tasneem, kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya dilanggar dari belakang sewaktu menuju ke Bandar Tasek Selatan.
Sewaktu kejadian, kenderaan yang dinaiki Ainan Tasneem dan rakannya ingin membelok ke kiri dan kenderaan di belakang ingin ke kanan.
“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar, tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja"
Walaubagaimana pun, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Aku Suka Dia' dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Gambar MyVi Ainan Tasneem Yang Terlibat Dengan Kemalangan Di Lebuhraya NPE
Sumber Ainan Tasneem Kemalangan Di NPE : Sinar Harian
Penuntut IPTS Bunuh Diri Kerana Tiada Rakan
Gambar sekadar hiasan |
Hanya gara gara tiada rakan, seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sungai Long, Kajang nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 5 banggunan kuliah IPTS tersebut.
Mangsa yang berusia 23 tahun ditemui terlentang di bawah banggunan kuliah terbabit pada jam 4 pagi oleh pengawal keselamatan.
Mangsa dipercayai bertindak membunuh diri kerana tertekan tiada rakan, namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.
Sumber : HMetro 20 July 2013
------------------------------------------------------------------------------
Tak kan la sebab tak ada kawan, sanggup bunuh diri.... Aduhaiiiii..... Kesian..
Admin
1:05 AM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaGambar Dan Biodata Suami Baru Abby Abadi
Tara..... Kecoh aih cerita Abby Abadi dah kahwin.. Siapa yang ikut cerita Abby Abadi, peminat Abby Abadi mesti tahu la cerita ni kan...
Alkisahnya, Abby Abadi sudah pun bergelar isteri orang.....
Kalau Abby Abadi dulu bergelar isteri kepada pelakon Drama Gerak Khas, Norman Hakim, kecoh pula kes perceraian diorang, kini, Abby dah buat satu pengumuman yang dia sudah pun bergelar isteri orang.
Biodata Suami Baru Abby Abadi :
Nama penuh : Muhammad Noor Farhan Che Bakar
Umur : 24 tahun
Asal : Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Pekerjaan : Pembantu Kedai Butik
Peminat-peminat Abby Abadi comfirm follow rapat-rapat cerita si Abby ni kan. Kisahnya, selepas 12 hari bernikah dan sah bergelar suami isteri, baru la Abby Abadi announce pernikahan dia dengan suami baru dia.
Bagaimana Perkenalan Abby Abadi Dengan Farhan?
Perkenalan Abby Abadi dan Farhan hanya lah 2 minggu.
Pertemuan pertama mereka adalah di sebuah pasaraya di ibu kota dan ketika itu masing-masing saling berpandangan.
“Pada pertemuan yang tidak disangka itu kami saling memandang dan mengerling antara satu sama lain. Selepas itu adalah dua tiga kali kami berhubung kerana saya sibuk menguruskan butik Muslimah di Taman Melawati.
“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya.’
Sumber Gambar Dan Biodata Suami Baru Abby Abadi - Nurizspace.com
------------------------------------------------------
p/s : Macam mana aku boleh tertulis cerita artis plak ni? Hahaha
Harga Rokok Akan Dinaikkan RM16 Sekotak
Kenaikan cukai eksais rokok sebanyak 50% akan menjadikan harga rokok sekotak melonjak kepada RM16 berbanding RM10.50.
Menurut ahli Majlis MCTC, Dr Norashidah Mohamed Nor, kenaikan sebanyak 10% cukai eksais rokok pada tahun lalu hanya mengurangkan 4% penghisap rokok dan beliau percaya dengan kenaikan sebanyak 50% cukai eksais rokok akan mengurangkan sehingga 20% penghisap rokok.
Sumber Harga Rokok Dinaikkan RM16 Sekotak : Kosmo 20 July 2013
-----------------------------------------------------------------------------
Kebabom!!!!! RM16!!!! Banyak tu.... Kepada perokok tegar... Apa pandangan korang? hohohoho...
Remaja Perempuan Dakwa Pernah Diraba Ustaz Azhar Idrus
Seorang remaja perempuan, Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa pernah diraba oleh Ustaz Azhar Idrus dan memuat naik pengakuan tersebut di laman Facebook miliknya secara terbuka.
Di Ajak UAI Ke Hotel
Selain mendakwa di raba oleh Ustaz Azhar Idrus, gadis ini juga mendakwa bahawa UAI cuba menggoda dan menempah bilik hotel untuk bersamanya.
Dibawah adalah printscreen status Facebook Maryam Mazlieynna Mazlee. Walaubagaimana pun akaun Facebook gadis ini telah di delete
Sumber : Informasi.my
----------------------------------------------------------------------------------
Kalau betul ko kena raba, pergi la buat report polis.... Kecoh kat Facebook apehal??
Tanda minah ni buat fitnah :
Tak buat report polis
Delete akaun Facebook.
Apa motif minah ni??
Admin
9:44 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaCara Meningkatkan Jumlah Like Di Facebook Fan Page
Yang baca entry ni sah sah la ada fan page kan dan ada terdetik di hati nak meningkatkan jumlah like di Fan Page. Kan Kan Kan....
Macam mana cara nak tingkatkan jumlah Like?
Untuk meningkatkan jumlah LIKE di fan page, ada cara percuma ada cara berbayar.
Disini aku nak share cara untuk meningkatkan jumlah like di Fan page cara percuma.
Pernah dengar Exootlab?
Exootlab salah satu applikasi yang dibangun untuk meningkatkan jumlah like di Fan Page.
Mudah sahaja untuk menginstall applikasi ni di Fan Page.
First kena ada akaun FB la untuk log in dan ada page sendiri.
Dah masuk dan Log In, Scrool kat bawah dan klik pada 'App Market'
Dah masuk di dalam App Market, lihat video cara untuk buat applikasi dan install di Fan Page.
Dah siap, promote link.
Admin
7:18 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaDah siap, promote link.
Rancangan Memasak No.1 Di Bulan Ramadhan
Aku rasa semua orang dah tahu kan rancangan memasak apa yang paling best di bulan Ramadhan ni terutama kepada kepada kaum-kaum hawa akak-akak, adik-adik, makcik-makcik kan.
Ketuk-Ketuk Ramadhan la jawapannya kan.
Aku walau pun lelaki, tapi aku suka la tengok rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan ni.
Tak macam rancangan memasak yang lain kan skema jer kat dapur. Hahaha....
Apa yang membuatkan rancangan memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan ni rancangan memasak no1 malaysia erk? First df course la disebabkan hos atau pengacara dia yang memang agak kecoh kan iaitu pelakon Shiela Rusly. Yang kedua gelagat artis-artis jemputan yang akan memasak bersama Shile Rusly (Artis jemputan ker? Huhu)
Aku sebenanrnya tak ada la selalu sangat tengok Ketuk Ketuk Ramadhan ni tapi tak tahu lah rasa macam tak best pula tak ada rancangan ni. Haish... Dengar dia punya background muzik pun dah best. Hoho
Ketuk Ketuk Ramadhan disiarkan setiap hari di bulan Ramadhan 2013 ni bermula jam 12:30 tengah hari selama 30 minit di TV1.
Jom kita layan video gelagat Shiela Rusly dan beberapa artis yang 'terkantoi' di Ketuk Ketuk Ramadhan ;)
P/S : Aku suka Ketuk Ketuk Ramadhan bukan sebab artis tapi gelagat diorang. Artis mana yang masak aku tak ambil port. Hahaha... Ketuk ketuk....... Ramadhaannnnnnn
Apakah Landing Tab
Landing Tab merupakan satu tab khas yang boleh dihasilkan didalam Facebook Fan Page. Banyak Page yang mempunyai Landing Tab terutama Page rasmi atau Page perniagaan. Ini kerana Landing Tab dapat memudahkan lagi satu-satu penerangan berkenaan produk atau servis disampaikan lepada pengunjung atau liker satu-satu page. Ini kerana Landing Tab tidak bersifat seperti Timeline yang mana kedudukan nya sentiasa berubah. Berbeza dengan Landing Tab yang mana kedudukan tab sentiasa di atas sebelah kanan dan mudah dilihat. Selain daripada itu, isi kandungan Landing Tab juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti yang mana didalam Landing Tab, boleh dimasukkan video atau borang pesanan.
Kepentingan Landing Tab
Selain memudahkan keterangan satu-satu produk atau servis disampaikan kepada pengguna Facebook, Landing Tab juga mampu digunakan untuk meningkatkan jumlah like serta menambah bilangan Subscriber jika anda menggunakan Autoresponder iaitu dengan menggunakan Fan-Gate. Fan-Gate bermaksud seseorang itu perlu melakukan sesuatu sebelum satu-satu content dapat dilihat seperti klik butang 'Like' atau isi form tertentu. Contoh :
Ahmad masuk ke dalam page 'Menguruskan Badan' dan berada di dalam tab 'Petua menguruskan badan' Namun untuk melihat petua menguruskan badan tersebut, Ahmad perlu klik Like terlebih dahulu sebelum isi kandungan tab petua menguruskan badan tadi dapat dilihat.
Dengan cara ini :
1. Bilangan Like bertambah
2. Like adalah berkualiti (orang yang like adalah orang yang sememangnya ingin Like page tersebut
3. Prospek bertambah
Admin
8:38 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaCara Bina Landing Tab Fan Page
Mudah jer nak bina Landing Tab ni. Lihat video dibawah cara bina Landing TabJadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2013 Seluruh Negeri
Ramadhan Al-Barakah kembali lagi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghayati bulan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Mungkinkah kita masih diberi peluang pada tahun-tahun mendatang.
Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi lebih dulu daripada kita. Kepada yang kehilangan insan tersayang Ramadhan ini, semoga tabah.
-----------------------------------
Dibawah adalah waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 1434H / 2013M seluruh negeri.
Semoga bermanfaat
Selamat Berbuka Puasa Dari Amry's Blog
Admin
7:26 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaDoa Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Amry's Blog mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Umat Islam. Semoga ibadah kali ini lebih diberkati.