Pembentangan Penuh Bajet 2013
Dibawah adalah pembentangan penuh bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 28 September 2012
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
- Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG
- Petani, nelayan & penjaja kecil
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
- Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
Bahaya Dadah Jenis Krokodil
Rusia merupakan negara yang paling ramai penagih heroin. Memandangkan harga heroin yang terlalu tinggi, penagih penagih heroin di Rusia ini telah menghasilkan sendiri sejenis dadah yang bertindak hampir sama dengan heroin dikenali sebagai Krokodil.
Krokodil adalah bahasa Rusia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana dadah yang mengandungi kandungan kimia yang keterlaluan ini akan memakan dan menghancurkan tisu-tisu dan daging si penagih.
Dadah jenis krokodil ini apabila memasuki sistem tubuh, ianya akan menghancurkan pembuluh darah dan tisu badan akan mulai mati.
Dalam tempoh hanya 2 -3 bulan, kesan penggunaaan iaitu kulit mati, menjadi kehitaman dan mereput akan mula kelihatan.
Video dibawah menunjukkan kesan yang berlaku ke atas tubuh penagih dadah jenis Krokodil ini (18SG)
p/s - Tak kira apa jenis dadah...Semua bahaya.
Admin
2:15 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaRusia merupakan negara yang paling ramai penagih heroin. Memandangkan harga heroin yang terlalu tinggi, penagih penagih heroin di Rusia ini telah menghasilkan sendiri sejenis dadah yang bertindak hampir sama dengan heroin dikenali sebagai Krokodil.
Krokodil adalah bahasa Rusia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana dadah yang mengandungi kandungan kimia yang keterlaluan ini akan memakan dan menghancurkan tisu-tisu dan daging si penagih.
Dadah jenis krokodil ini apabila memasuki sistem tubuh, ianya akan menghancurkan pembuluh darah dan tisu badan akan mulai mati.
Dalam tempoh hanya 2 -3 bulan, kesan penggunaaan iaitu kulit mati, menjadi kehitaman dan mereput akan mula kelihatan.
Video dibawah menunjukkan kesan yang berlaku ke atas tubuh penagih dadah jenis Krokodil ini (18SG)
p/s - Tak kira apa jenis dadah...Semua bahaya.
Dibelasah Kerana Meminta Makanan
Sumber gambar - SinarHarian Online |
Hanya kerana meminta makanan, seorang lelaki cedera dibelasah penduduk kerana berang dengan tindakan lelaki yang hanya berseluar dalam meminta-minta makanan daripada mereka.
Kejadian jam 10 malam di jalan ss 22/39 bermula apabila penduduk berang lelaki tersebut enggan beredar dari kawasan perumahan tersebut walaupun telah ditegah berbuat demikian.
Selepas pemeriksaan, lelaki yang berusia linkungan 30-an itu tidak mempunyai sebarang butir pengenalan diri dan mengaku dia berasal dari Indonesia
------------------------------------------------------
Kenapa sampai nak belasah?????? Dia tak mencuri kot.... Kalau yer pun lelaki tu tak nak beredar, report jer la kat polis, habis cerita...
Orang yang meragut tu tak nak pula diorang belasah yang terang-terang buat salah. Tercegat macam tiang tengok orang kena ragut.
Lelaki tu lapar, bagi jer la makanan, tak jatuh miskin pun bagi makanan kat orang... Agak tak selesa, report, settle.......
Admin
12:56 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAkta Baru Untuk Pengamal Perubatan Islam, Bidan Dan Tukang Urut
Akta Baru Perubatan Islam, Bidan Dan Tukang Urut. Gambar Kecil Menteri Kesihatan, Datuk Seri Tiow Tiong Lai |
Semua pengamal perubatan islam termasuk bidan dan tukang urut dinegara ini diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dibawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2012 (TCM) yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.
Kegagalan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan islam ini mendaftarkan perkhidmatan mereka akan menyebabkan mereka didenda RM30,000 atau penjara 2 tahun untuk kesalahan pertama dan RM50,000 atau penjara 3 tahun bagi kesalah kedua.
Ketika ini terdapat kira-kira 15,000 pengalamal perubatan islam di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada orang ramai.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Kaedah perubatan islam ini telah dimasukkan dibawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2012 ini setelah mendapat rayuan daripada pertubuhan yang mewakili pengamal perubatan tersebut.
Sebelum ini, perubatan islam tidak dimasukkan dibawah akta tersebut kerana ianya memerlukan persetujuan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Setelah mendapat persetujuan JAKIM, mereka perlu sokongan negeri-negeri. Sebab itu perubatan islam tidak dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari ini sebelum ini.
Atas sebab itu, Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia meminta Kementerian Kesihatan menyemak semula Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional Dan Komplementari tersebut untuk memasukkan Perubatan Islam didalam akta tersebut.
Tiong Lai menjelaskan semua pengamal perubatan tersebut akan dipantau oleh Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari yang berfungsi seperti Majlis Perubatan Malaysia
Majlis ini akan diwakili oleh pakar-pakar daripada bidang masing-masing dan menjadi sebuah badan yang memastikan setiap pengamal mempraktikkan amalan atau ilmu mereka dalam keadaan profesional.
Menurut Tiong Lai, pelaksanaan akta tersebut akan membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan selamat.
Tambah beliau, Jakim juga akan mempunyai institusi khas untuk memastikan seseorang pengamal perubatan Islam itu adalah profesional dan diiktiraf
Sumber Akta Baru Perubatan Islam - Kosmo! Online
Sumber Akta Baru Perubatan Islam - Kosmo! Online
Ketua Pemuda UMNO Kepong Cedera Diserang 2 Penyamun
Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali cedera dalam kejadian samun dihadapan rumahnya di Ampang awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Datuk Norizan Ali, 41 tahun terpaksa berlari sejauh 20 meter untuk menyelamatkan diri. Akibat daripada kejadian tersebut, perut dan tangan beliau cedera parah dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh 2 penjenayah dipercayai warga Indonesia.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, daripada siasatan awal, berlaku pergelutan di antara mangsa dan 2 penjenayah terbabit.
Motif kejadian masih didalam siasatan berikutan barangan berharga tidak hilang. Manakala senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui.
Difahamkan sebelum kejadian, terdapat sebuah kereta yang mencurigakan berkeliaran di tempat kejadian.
Kejadian ini adalah kejadian kedua selepas dua kenderaan milik Datuk Norizan Ali dipecahkan sebelum ini tetapi kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada polis.
Pihak polis akan mengambil keterangan daripada Datuk Nizar Ali selepas beliau sembuh. Keadaan Datuk Nizar Ali dilaporkan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika samun.
Admin
4:32 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia
Video Lelaki Dirasuk Di Pasaraya Ketika Membeli Minuman
Pernah dirasuk atau melihat orang dirasuk?
Video dibawah menunjukkan seorang lelaki yang dirasuk di sebuah pasaraya ketika hendak membeli air.
Jika diperhatikan dengan teliti pada cermin pintu peti sejuk tersebut, ternampak kelibat seperti seorang perempuan berbaju putih betul-betul dihadapan lelaki tersebut.
Selepas lelaki yang dirasuk itu pengsan perhatikan lagi sekali pada cermin tersebut kelihatan bayangan putih keluar dari tubuh lelaki tersebut dan dengan tiba-tiba tisu diatas rak jatuh dengan sendirinya...
Admin
12:33 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaJika diperhatikan dengan teliti pada cermin pintu peti sejuk tersebut, ternampak kelibat seperti seorang perempuan berbaju putih betul-betul dihadapan lelaki tersebut.
Selepas lelaki yang dirasuk itu pengsan perhatikan lagi sekali pada cermin tersebut kelihatan bayangan putih keluar dari tubuh lelaki tersebut dan dengan tiba-tiba tisu diatas rak jatuh dengan sendirinya...
50,000 Unit Rumah Mampu Milik Dibina Tahun Depan
Mulai tahun hadapan, sebanyak 50,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pembinaan 50,000 unit rumah mampu milik ini adalah bertujuan membolehkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.
Kos bagi seunit rumah dianggarkan tidak melebihi RM300,000.
SPNB yakin projek pembinaan rumah mampu milik ini akan berjaya berikutan pencapaian hasil daripada faktor kecekapan pengurusan, modal insan yang berpengalaman serta rangkaian kontraktor yang berwibawa didalam melaksanakan projek perumahan.
Pencapaian terbaik SPNB adalah melalui pembinaan RMR1M iaitu menyiapkan 18,229 unit rumah di seluruh negara dengan nilai projek RM1.2 bilion dan sedang membina 6,041 unit rumah bagi mencapai 10,000 unit rumah kos rendah tahun ini.
SPNB juga sudah menyiapkan 85 buah projek terbengkalai yang melibatkan 25,283 unit rumah di seluruh negara yang melibatkan kos RM613 juta
Admin
9:23 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualaikum dan salam sejahtera pelawat-pelawat Amry's Blog....
Lamanya blog ni tak terusik....Sebulan juga rasanya...Hmm....
Alkisahnya..... Sekarang ni aku dah tak begelar 'pekerja' lagi dah... Aku dah berhenti kerja pada bulan puasa baru-baru ni... :) Kalau dulu aku tinggal di Penang, sekarang aku kembali ke kampung halaman bersama mak ayah aku. Hohohoho....
Cerita dia macam ni.... Kalau sebelum ni.. adik-adik aku ada di kampung yang boleh tengok-tengokkan mak ayah aku.... Ikut cerita mak ayah aku tak ada la sakit-sakit macam orang-orang tua kan... Tak tua sangat lagi pun.. Sakit-sakit biasa tu biasalah, sengal-sengal badan al maklum lah... Tapi ada gangguan disebabkan manusia ni terlalu 'bersih' hatinya :D Dalam pada masa yang sama mak ayah aku ni ada la buat niaga sikit....
Sekarang ni adik aku 3 orang dah 'hilang' dari 6 orang semua tu, seorang ikut suami dia.... 2 orang sambung belajar....tinggal la 3... 2 orang lelaki meningkat dewasa tak nak duk serumah, nak duk bujang la kot macam aku dulu (jarak rumah diorang tu 5 km jer dari rumah mak ayah aku... wakaka) seorang lagi adik aku yang bongsu 16 tahun.. Kalau aku tak balik tinggal la mak ayah aku ngan adik aku yang bongsu tu... 2 orang adik laki aku tu kerja, susah sikit la kot nak tengok-tengok mak ayah aku, malam baru ada.. Hmm...
Rezeki ada dimana-mana kan.....
Walaupun aku dah berhenti kerja, ada juga pendapatan aku dengan tolong ayah aku berniaga kat pasar malam... ok what?? :P
Walau duit dah tak setebal dulu tapi hati senang ok la...
Duit tebal tapi banyak bocor tak guna juga kan.... Hmmm....
Mula-mula dulu aku stress juga kot terpaksa tinggalkan kerja, hidup dikari sendiri... Tapi nak buat macam mana... Duk dengan mak ayah tak bermaksud kita tak pandai berdikari (macam ayat selamatkan diri jer.. haha)
Rezeki ada dimana-mana kan........
Admin
9:48 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaRezeki ada dimana-mana kan.....
Walaupun aku dah berhenti kerja, ada juga pendapatan aku dengan tolong ayah aku berniaga kat pasar malam... ok what?? :P
Walau duit dah tak setebal dulu tapi hati senang ok la...
Duit tebal tapi banyak bocor tak guna juga kan.... Hmmm....
Mula-mula dulu aku stress juga kot terpaksa tinggalkan kerja, hidup dikari sendiri... Tapi nak buat macam mana... Duk dengan mak ayah tak bermaksud kita tak pandai berdikari (macam ayat selamatkan diri jer.. haha)
Rezeki ada dimana-mana kan........